Ketiga-tiga item ini aku masukkan ke dalam item hampir pupus di bulan Ramadan dan Syawal tahun ini. Mungkin ada di sesetengah tempat, tapi di tempat yang kerap aku lewati, memang tak pernah jumpa. Tapi aku ada pula jumpa kuih badak berendan, puteri mandi dan biji nangka.
Kembang semangkuk bagi yang tak pernah dengar, biasanya diletakkan di dalam laici kang. Biji kembang semangkuk direndam di dalam air suam untuk beberapa ketika dan kembanglah isinya. Kalau diletak ke dalam mangkuk, maka kembanglah semangkuk. Mungkin dari situ ia mendapat nama.
Getah anggur juga banyak digunakan pada minuman sejuk terutamanya laicikang. Aku tak tahu apakah getah anggur itu memang berasal dari getah anggur. Tetapi dikatakan getah anggur bole menyejukkan badan. Getah anggur cerah warnanya seperti buah nau atau buah kabung yang hancur.
Halua maskat pula manis seperti dodol. Bukan resepi berbuka puasa, tetapi biasanya disajikan waktu raya. Rupanya ada lebih kurang macam kuih bakul yang keras dan ia tidak lembik macam dodol. Warna rasmi halua maskat biasanya berwarna kuning.
Harap-harap aku masih boleh ketemu ketiga makanan ini.
12 comments:
kalau makanan semakin hilang dan pupus di setengah tepat.. macam tu ngan adat dan budaya sambut raya yang juga semakin pupus.. rata2 sekarang dah lupa macam mana nak sambut raya..
ucop!!! ang memang antu lencikang la... patut mau try lencikang telok bahang, cuuuukup rasaaa!!
hmm...
Di Johor kembang semangkuk boleh ditemui dalam minuman asasi bulan Ramadhan iaitu Air Kathira.Sedap boleh tahan. warnanya hijau.macam2 ada dalam 2 termasuk kurma lenyek, kembang semangkuk, selasih, susu cair dan macam2 lagi yg x dpt saya kenal pasti. tp bln puasa je dia jual rasanya, bln lain x nampak la plak.
Halwa Maskat..ari 2 masuk dlm tv3 crita pasal pembuatannya di negara Arab. nampak menyelerakan...tp mmg..kat cini nk cari yg sedap payah sket la.
zaman dh berubah, manusia lbh memilih yg segera berbanding yg asli walaupun yg asli itu lbh enak..
kalaulah...hmm..
shikin
Badak Berendan ke Badak Berendam bro'..
masa mengubah segalanya...nanti 20 tahun lagi almond london pun jadi kueh tradisi
Halwa maskat itu sedap. Lama tak makan.
Salam ziarah.
Terima kasih ya. info ni sangat berguna buat saya sebab bini saya tengah mengandung dan asyik panas badan. ayah mertua saya kata suruh cari getah anggur. Saya google sakang baru tahu getah anggur nak cari dari mana. Nanti bolehla saya order lai ci kang jer untuk kasi isteri saya minum... hehe.. terima kasih yer..

En. Mohd Nor
Sama-sama tuan. Moga isteri dan anak sihat sentiasa.
Getah anggur ada jual kt mydin subang jaya yg besar tu..saya baru jer beli kt situ..maklumla musim panas ni
biskut raya makanan masa minum petang hari raya...pagi nasi himpit dan sate...tengahari nasi putih dan gulai ayam...petang biskut almond london dan tapai...malam nasi putih dan daging goreng..supper..kopi dan kuih raya.itu la menu raya ruah saya

Post a Comment