17 May 2010

Litar Lumba Motor Untuk Mat Rempit?

Entri ini tidak berbau politik langsung. Cuma aku memberi komentar dari segi pandangan manusia biasa yang cuba menyelami sosio budaya mat rempit. Dan aku juga tidak merujuk mat rempit itu kepada semua mat rempit atau mereka yang membawa motosikal dengan laju. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran berita ini kerana AFP melaporkan Kelantan akan membina litar lumba motor untuk membawa mat rempit di sana berlumba di litar. Tapi kiranya benar, apakah akan berjaya rancangan itu? Aku agak skeptikal, kerana modus operandi yang sama pernah dilakukan di Litar Batu Dua Shah Alam, yang kini aku tidak tahu sejauh mana kejayaannya.

Aku bukan mat rempit, jadi aku tidak boleh menyelami hati dan jiwa mat rempit. Persoalan kenapa mereka merempit (kini samseng jalanan), masih tidak dapat dijawab kecuali oleh mereka sendiri.

Pemerhatian aku, mahukah mereka merempit di sebuah litar yang mungkin jauh dari kawasan yang selesa bagi mereka? Di pekan-pekan, di situlah titik panasnya; mudah untuk mereka tiba dari kawasan rumah mereka dan juga mudah untuk mereka melarikan diri kalau ada operasi.

Dan mana thrillnya berlumba kapcai (kapcai pun dah cecah 135cc) di sebuah litar. Tak boleh nak selit-selit antara kereta. Awek-awek pun tak boleh nak ushar (tengok). Kalau di litar, agak susahlah awek-awek ini nak berkumpul kerana pastinya lokasi litar itu akan dipantau oleh pelbagai pihak berkuasa.

Merempit bukan sekadar berlumba. Kerana merempit adalah dunia mereka. Di situlah ada penyalahgunaan dadah, judi, arak, seks dan sebagainya (aku tidak merujuk kepada semua mat rempit). Sekiranya dilitarkan, maka yang wujud cuma lumba, dan tidak lengkaplah dunia itu. Berapa kerat sangat yang betul-betul berjiwa kental untuk berlumba? Kerana setiap perlumbaan pasti ada habuannya.

Ini pendapat aku. Pendapat kalian?

8 comments:

The Minimalist Guy said...

Tuan,

Lumba di litar masih ada gadis litar. Boleh ayat dia orang. Seks? Checked.

Menang bukak champagne. Arak? Checked.

Sesama pelumba dan pengurus team boleh je betting dan atur keputusan. Judi? Checked.

Penyalahgunaan dadah? Minum ja Coke dengan Panadol dua biji untuk stamina berlumba....checked.

-www.theminimalistguy.com-

Pegawai Khalwat said...

KC a.k.a. Minimalist Guy
Tetapi itu dilakukan dalam gaya yang lebih elit. Rempit bukan budaya elit walaupun contentnya mungkin sama.

Dan apakah mungkin di Kelantan akan ada gadis litar? Cross.

Arak? Double cross.

Judi? Secara senyap tanpa dihebahkan, checked.

Dadah? Pun secara senyap. Checked.

m i n e r a l . . . said...

baru2 nie dikatakan lesen judi utk world cup diluluskan...
ermmm ada juga beberapa penulisan di akhbar, ditulis oleh panel
yg membuat ulasan(perli) seperti,
'mat rempit juga harus diberi lesen utk merempit' walupun ia hanya utk jangka masa pendek...

seperti menghalalkan benda yg haram.... nampaknyer nanti nk merompak juga memerlukan permit dan lesen... atau nk jual dadah nanti mungkin memerlukan permit khas atau lesen khas.....

huahauhauhaua ade juga menteri yg berfikiran sebegini..... islam pula tu... aiyakKKKKK

m i n e r a l . . . said...

oops seperkara... kalau ke UMP ade persembahan di ASTAKA baru... nikmatilah ia seadanyer hauhauhauau....lupa lak pegawai kebudayaan tu.. yg igt misai dia je..smart :)

artisticklytouch said...

Litar Batu 3 la bukan 2. Litar tu pun dah tutup. Mat rempit kekal merempit.

Apa kata kalau umur 25 baru boleh dapat lesen moto?

Pegawai Khalwat said...

Mineral
Tak terselesai jugalah walau apa jua cadangan ye.

Art
Aku tak duduk Shah Alam, mana la aku tau litar apa. Ha ha ha....

Umur 25 nak bagi lesen? 15 pun dah boleh bawak kereta.

aloy_paradoks said...

dimana litarnya?

Pegawai Khalwat said...

Aloy
Kelantan, tapi baru cadangan.