Bila orang kata tak boleh!
Bagi aku, Never Say No, Until I Say No. Ertinya, kau usahalah sehabis baik yang mungkin, yang mampu kau buat, dan kalau aku tengok tak mencapai tahap yang aku nak, maka aku terima itulah tahap kau untuk kali ini.
Ini tidak, bila suruh buat itu, tak boleh. Bila suruh buat ini, tak tahu.
Tak tahu nak usaha sendiri? Tak tahu atau tak mahu?
Buatlah dulu, sampai aku nampak sendiri itu saja yang kau mampu, maka aku akan faham. Setiap manusia ada batas-batas yang mampu mereka buat pada satu-satu masa (maksud aku dalam jangka masa panjang seperti dari satu produksi ke satu produksi). Bila kau tak bagus dalam produksi ini, maka dalam produksi yang akan datang, mungkin kau akan lebih bagus kerana kau dah dapat pengalaman dari produksi ini.
Kata kunci hari ini - USAHA!
Kapish?
5 comments:
kalau aku semasa jadi pengarah, aku lebih suka paksa mereka untuk fokus dalam latihan.
Pantang aku selalunya ialah datang lambat, main2, tak fokus, sensitif, susah nak tegur dan paling tak boleh tahan..berlagak !
Sebab tu selalunya aku amek team yang betul2 aku ngam sahaja..
Raja Azrul
Begitulah....
Tapi bila hang dah duduk dalam NGO teater ni, tak boleh dah nak berkira pilih yang ngam dengan kita. Kerana yang ada akan datang dan pergi.
setuju
ye,usaha itu tangga menuju kejayaan...
Ryann
Amin!
Artsoul
Jangan dok ye saja.
Post a Comment