02 August 2010

Sebelah....

"Tokeh aaa, wa punya brek ala munyi ooo," aku memulakan perbualan di kedai baiki kereta yang biasa aku kunjungi.

Tokey Cina itu senyum, "Apa macam munyi?"

"Itu bunyi eeekkkk eeeekkkk macam kaldai la tokeh. Lu mau tau lu angkat bawah pi tengok," aku tak tahu nak menerangkan bagaimana bunyi brek kereta aku tu.

"Ohh... itu tarak pa. Blek mulah saja ma. RM 80 saja," kata tokey.

Aku tepuk-tepuk poket dan dompet aku. RM80 tu cukup la kalau nak tukar.

"Lagi satu aaa tokeh, wa kalau lali sampai 90 km/j aaa. Kereta sula mula goncang ooo. 100 km/j goncang. 110 km/j goncang. Kalau wa talak tekan minyak, okey saja. Apa pasai aa?" tanya aku lagi.

"Lu tekan minyak baru goncang aaa?" buat-buat tanya lagi pulak tokey ni.

"Itu drive shaft. Tengok macam mana sebelah ka losak, lua-lua belah ka losak," tokey tak lekang dengan senyuman.

"Itu berapa halega?" aku dah sedia nak menepuk poket sekali lagi.

"Rm300 lebih ooo" jawab tokey dengan tenang saja.

"Aiya! RM300 lebih ka?" aku buat-buat tak jelas.

"Sebelah....." tokey menambahkan kuantiti air liur yang perlu aku telan.

Selepas menelan air liur, aku buat congakan segera.

"Tak apa la tokey. Wa bawak dulu kereta ni bawah 80 km/j. Atau wa bawa saja lebih dari 120 km/j."

5 comments:

Bunga Rampai said...

Hehehe ... munyi itu cakap tuan punya keleta pun sama macam itu tokey punya gaya ooo! 1-Malaysia maaa ... :P

Tu diaaa, sebelah pun dah harga macam tu! Kalau dua belah? Errr, saya sendiri tak berani sebut!

Begitulah, bila kereta sakit, dompet dan kepala pun ikut sakit. Apa nak kata, kereta juga satu keperluan. Err, benarkah satu keperluan?

Salam :)

Penjejak Badai said...

la..masalah kita sama ja..bleh baiki tuh..kadang2 join dia ja..xpon bush dia dah haus...

Unknown said...

Fakeh ni mesti banyak mengaji kitab kuning sekolah pondok...

Macam2 dia tau Wahabi ke tidak...ahlul bait yang dicerca...

Salut...orang Melayu perlu lebih ramai "ilmuwan' macam fakeh...

-www.ahmadfadli.com-

Pegawai Khalwat said...

BR
Perlu. Kalau hujan, sakit demam, senang nak ke hospital atau ke mana-mana. Cuma tak senang nak parking saja.

Fakeh
Iklan percuma ka?

Penjejak Badai
Memang la boleh baiki. Tapi ongkosnya pak?

KC
Titik jangan tak titik....

Penjejak Badai said...

murah ja...join dia baru 70 hengget...ni harga kat kl...kalau tukar baru mmg mahal...