01 September 2010

Ramadhan Sebagai Sumber Pelancongan

Ada orang mungkin menggelengkan kepala membaca tajuk ini. Ramadhan bulan yang mulia, bulan untuk beribadat. Memanglah Ramadhan juga menjanjikan rezeki kepada para peniaga, tetapi budaya hiburan dan berbelanja tak kira bajet, bukanlah satu perkara yang nampak molek dilakukan di bulan Ramadhan. Tapi mengapa Ramadhan nak dijadikan sebagai sumber pelancongan?

Kita tengok yang pro dahulu.

Setiap kali Ramadhan, yang pasti akan ada bazar Ramadhan (ada orang panggil Param atau Pasar Ramadhan). Di bazar inilah menjanjikan hidangan eksoktik yang selalunya jarang ditemui di satu-satu tempat kalau bukan bulan Ramadhan. Beriani Itik Nila lah, Ayam Goleklah, Haruan Gorenglah, dan segala macam lagi. Itu tidak termasuk menu yang biasa kita temui, tetapi jarang ditemui oleh para pelancong.

Bayangkan kalau kita boleh catar satu kapal terbang untuk pelancong hadir ke program Homestay, kalau bulan puasa macam ni, kita boleh lakukan perkara yang serupa. Pelancong yang hadir, kita galakkan berpuasa (setakat tahan lapar dan dahagalah) agar mereka dapat merasa nikmat berbuka puasa apabila sedang lapar, dan tentunya mereka digalakkan bersahur. Bila nak dekat waktu berbuka, bawalah mereka berbondong-bondong ke bazar Ramadan untuk memilih lauk pilihan mereka. Dan seperti mana nikmatnya berbuka setelah penat membanting tulang, begitu jugalah mereka akan merasa nikmat berbuka puasa.

Siapa tahu, mereka akan mendapat hidayah untuk mendalami Islam dengan lebih mendalam, seperti yang terjadi kepada seorang warga Jepun yang datang ke Malaysia untuk mencuba rasa berpuasa (aku petik berita ini dari salah satu akhbar, tapi aku tak ingat akhbar mana).

Kontranya.

Bila orang asing hadir, mereka akan hadir dengan pakej budaya mereka. Kalau yang hadir itu sememangnya mahu mencuba budaya asing iaitu budaya berpuasa kita, mungkin mereka akan menuruti apa yang kita suruh. Tapi kalau yang nak menurut itu sekadar melepaskan batuk di tangga, maka kita akan menghadapi masalah.

Bayangkan kalau yang hadir ke bazar Ramadan itu dengan pakaian yang menjolok mata (yang pakai macam ni, bukan setakat pelancong, orang kita pun ada, cuma peratusannya kecil). Dan ada pula yang mungkin mahu berbuka dengan bir (bukan rut bir, tapi bir yang berakohol) kerana sudah menjadi rutin mereka untuk ada minuman itu. Itu tidak termasuk lagi kemesraan berlainan jantina yang mungkin tidak dapat mereka kawal. Maka ini akan mencemarkan kesucian Ramadan.

Apa fikiran kalian?

4 comments:

Bunga Rampai said...

Bagus entri ni! Patut hantar ke akhbar arus perdana supaya pihak-pihak yang berkaitan membuka mata dan memikirkan tentangnya.

Salam :)

artisticklytouch said...

aku rasa OK je..

Pegawai Khalwat said...

BR
Ini entri orang biasa-biasa aja. Manalah nak dapat tempat.

Art
Haa.. hang tak juai pekasam lagi ka Art?

Raja Azrul said...

boleh dibuat cuma bukan di semua tempat...

dan sebelum mereka menyertai homestay itu mereka harus memahami apa yang boleh semasa bulan ramadhan...( suruh mereka baca peraturan dulu).