Bukan apa, glamor berlakon teater tu ada (walau tidak seglamor berlakon drama tivi atau filem). Kalau berlakon di sekolah, bila lepas berlakon, akan rasa seolah-olah satu sekolah itu cam muka mereka. Kalau berlakon dengan persatuan atau kelab teater pun lebih kurang sama. Merasakan lakonan mereka dah cukup baik.
Waktu muda, berteater ini lebih kepada seronok berteater. Kepuasan pada apa yang mampu disampaikan kepada audien, terutama melalui lakonan. Sebab itulah ada yang berlakon tak sedar diri hingga memakan watak pelakon lain.
Bila dah tua ni, paradigma dah berubah. Berlakon dah tak larat nak berlakon. Kalau berlakon pun, biasanya untuk mencabar diri dengan sesuatu yang lebih sukar dari yang biasa dibuat. Dan bila tua lah mula berminat nak mengarah, menulis skrip atau kerja-kerja artistik yang lain. Mahu supaya pemikiran mereka dilihat oleh audien. Tapi tidaklah semua begitu. Kerana setiap insan dilahirkan berbeza.
Orang muda lebih marah. Kalau buat teater, biasanya yang radikal dan memprotes. Itupun perlu lihat latar belakang orang yang buat teater tu lah. Ada juga yang lebih berhasrat menghiburkan orang.
Orang tua lebih sabar, protesnya dalam diam dan berlapik. Pun begitu, ada juga yang buat sekadar menghiburkan audien. Teaterkan termasuk juga dalam cabang hiburan. Jadi kerja mendidik audien teater ini, akan berterusan sehinggalah masyarakat kita bersedia menerima teater sebagai satu industri.
1 comment:
semasa aku muda..( ehem..sekarang muda lagi..), aku suka berteater sebab teater ini adalah seni, dan kepuasan akan berlaku sekiranya penonton memberikan sorakan yang hebat!!
Aku suka belakang tabir, kurang sikit bab-bab berlakon ini, tapi kadang-kadang berlakon lah juga kalau dah rasa teringin.
Sekarang ini?? Aku cuma ketiadaan masa dah join mana2 group teater. Kumpulan yang aku bina semasa belajar pun masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Rindu sangat pada dunia pentas..
Post a Comment