10 February 2011

Iklan - Teater Monodrama 'Manusia Raja 3'


24, 25, & 26 Februari 2011
Panggung Pelenggang Cahaya, Pusat Pengajian Seni, USM
8.30 malam
RM 5.00

Menampilkan 5 buah cerita oleh 2 orang penulis :

Aku Borgeouis - kisah seorang lelaki borjuis yang sedang mengalami krisis kehidupan dan menyalahkan alam, karya Mata Kucing.

Ketawa Sampai Mati - kisah seorang pelawak yang menghadapi dilema, antara berlawak untuk membuat orang ketawa, atau untuk menghibur atau sebaliknya, karya Mata Kucing.

Jamuan - kisah seorang bomoh yang risaukan kariernya kerana wujudnya Akta Jenayah Sihir, karya Dudok.

Tidak Meminta, Tidak Menolak - kisah seorang gaji yang serba salah kerana bekerja di dalam sebuah keluarga yang pincang, karya Dudok

Genggam Di Pinggir - kisah guru silat yang risaukan nasib seni bela diri Melayu atau seni silat yang makin terpinggir, karya Dudok.

13 comments:

Bunga Rampai said...

Saya suka tajuk-tajuknya. Sekali rasa, pengisiannya juga menarik. Malang sekali tak berpeluang menontonnya tapi moga ada ulasan terpulas selepas persembahan.

Salam :)

Mat Zain said...

Teater ni mcm teater dbp ke, yg 20 minit skali dalam 2 jam, banyak cerita dalam sati persembahan, banyak slot. Saya nak masuk slot iklan boleh? dah jenuh kat media, nak pergi kat show pulak

Pegawai Khalwat said...

BR
Terima kasih kerana terus menyokong BR. Insyaallah akan ada ulasan terpulas. Dan kalau ada rezeki akan ada di KL nanti.

Mat Zain
Teater DBP khas untuk merdeka dengan tema merdeka saja. Ceritanya cuma 10 minit. Sebab tu ada banyak cerita.

Teater ni jangka masa 1 slot lebih kurang 20 - 30 minit. Tuan nak slot iklan apa tu?

zizie ali said...

format filim 'ragam p.ramlee'

namoyaki said...

:)

Pegawai Khalwat said...

Zizie Ali
Ya, itu betul.

Namoyaki
: )

akemilurves.... said...

student from Umk.....
b'cadang mahu membuat lawatan di USM untuk melihat persembahan teater.....
ade lg psmbahn teater yg akan menyusul x???

Pegawai Khalwat said...

Akemilurves
Ada lagi yang akan menyusul. Raja Pengemis dan Mayat. Hujung Mac dan awal April. Tarikh yang tetap akan dimaklumkan.

akemilurves.... said...

ok....kalau ada pape maklumat...bgitahu secepat mungkin...
boleh saya tahu bgaimana mahu berhubung dengan encik??...

aloy_paradoks said...

selamat berjaya...

Pegawai Khalwat said...

akemilurves
Boleh emel saya, pegawai_khalwat@yahoo.co.uk

aloy
juga untuk hang and team.

akemilurves.... said...

ok...terima kasih.....:-)

sinaganaga said...

poster hang cun cun. aku suka.