31 May 2011

Hidup Berubah

Agak lama aku tidak mengisi ruang entri di blog ini. Sibuk dengan urusan kerja hakiki serta usaha untuk membaiki diri kerap mengekang minda kreatif dan intelek aku. Nak harapkan minda yang memberontak, tiada yang sesuai untuk dipaparkan di sini. Maka terbuku dan beku sajalah ruang entri ini.

Tapi hari ini, aku gagahkan juga. Kerana hari ini ada dua perkara yang mengubah percaturan hidup aku. Aku perlu lebih tabah, serta membina momentum yang tepat. Kalau tidak, aku akan tersungkur.

3 comments:

Aloy Paradoks said...

huyo,, ayat mcm skrip opening film....

Pegawai Khalwat said...

Yaka? Ada can buat filpen la macam ni. Tapi tak boleh lawan hang punya certot.

m i n e r a l . . . said...

hijrahhhh...[teriang-iang lagu perang sudah tamat]