22 June 2011

Asalkan Ada Teater, Tanya Percuma Ke Tak?

Medium mempromosikan teater dah jauh berbeza sejak beberapa tahun yang lepas (tak perlulah kita cakap pasal puluh-puluh tahun dulu, tak ramai yang hidup lagi). Dulu cuma bergantung kepada kain rentang atau banner, kemudian muncul emel, yahoo groups, blog dan kini facebook.

Yang paling aku tidak berkenan dari dulu hingga kini (terutamanya iklan di dalam facebook), bila orang bertanya "Show ni free ke tak?" atau ada juga yang bertanya "Boleh dapat diskaun tak?". Ianya sangat menjengkelkan. Pementasan teater amatur di Pulau Pinang, harga tiketnya setakat RM 5.00 dan paling mahal pun RM 10.00. Amat jarang sekali yang berharga lebih dari itu. Kalau ada pun mungkin produksi profesional dari luar negara atau luar Pulau Pinang.

Tolonglah! Harga RM 5.00 tu dah jauh murah dan biasanya tidak menguntungkan individu yang mementaskan pun. Itu pun masih ada yang mahu percuma, dan mahukan diskaun. Mungkin ada yang berkata, mereka cuma bergurau saja, tetapi sesuaikah gurauan itu? Kalau ramai yang mampu membelanjakan RM 10.00 untuk membeli tiket wayang, atau setidak-tidaknya RM 5.00 untuk membeli DVD cetak rompak, apakah tidak berbaloi mengisi jiwa dan minda dengan menonton teater pada harga yang sama. Kalau tidak berminat untuk menonton, itu adalah hak mereka, maka tiada siapa akan menyalahkan mereka. Tetapi jika mereka hadir dengan percuma atau dengan mendapat diskaun, maka mereka telah menidakkan peluang orang lain yang mungkin hadir untuk membayar (jika tempat duduk penuh, suatu perkara yang amat jarang berlaku).

Dah berpuluh-puluh tahun, tapi mentaliti masyarakat kita masih begitu juga. Apakah ada sesuatu yang tidak kena pada sistem kita, atau pada diri kita sendiri?

Apa kata kalian?

2 comments:

namoyaki said...

salam hormat tuan yang budiman,
pinta kami; usahlah tuan menitiskan titisan-titisan hirisan kasturi keatas luka yang telah sedia ada semenjak sekian lama,

mohon perlihatlah akan tuan kepada merpati yang mematuk bijirin di hamparan trafalgar square, khoo kongsi, st.james park, marble arch, padang kota, bryant park, klcc centre park, madison square park dan keseluruhannya yang ada di muka bumi ini,

adapun sekalian merpati itu dahagakan bijirin yang ditaburkan, bukan pula merpati itu dahaga untuk melihatkan siapa yang menaburkan bekalan,

maka dengan itu,
yang melihat bijirin adalah merpati,
yang melihat merpati adalah adalah si penabur budi,
arakian yang melihat si penabur budi adalah sang pencipta hati.

Pegawai Khalwat said...

Namoyaki
Adakalanya perasaan mengatasi kewarasan. Lewat usia yang makin tua di arena ini, adakala timbul rasa gundah dan kachiwa.