03 October 2005

Apokaliptik


Apokalitik.........

Karya kedua aku selepas Penjara Kasih (sebelum diupgrade menjadi Nefertiti). Keras dalam lembut, tajam dalam tumpul. Tumpul mungkin di pena, tapi tajam di makna. Lembut mungkin di bahasanya, tapi keras di ertinya.
Aku sendiri tak pernah pentaskan karya aku ni. Budak-budak Warisan dari Kedah yang pentaskan dulu. Terima kasih daun selasih kerana sudi bereksperimen dengan karya aku. Kali ini dipentaskan di Panggung Sasaran, bukan aku yang mengarah, kerana aku terlalu gemar beranalogi dan bermetafora. Masa yang ada tidak cukup untuk aku bereksperimen.
Aku serahkan tanggungjawab itu pada Ann Nurbaya. Biar dia yang tanggung dan jawab. Ini percubaan pertama Ann, dah mesti banyak yang pincangnya. Tapi pada aku yang pincang itu bagus kerana orang akan bercakap. Tidak mungkin ada yang akan sempurna dalam sesuatu pementasan. Kerana selera manusia berbeza.
Aku tak sangka viva selepas tu menjadi satu polemik yang agak hangat. Bagus juga, biar budak-budak ni rasa, betapa sensitifnya orang seni terhadap seni. Dan biar mereka berani, bukan jadi kerakap di tepi batu. Biar mereka cuba jadi helang biarpun mereka itu belalang. Sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada "aku pernah menjadi helang!"
Apalah nasib kau belalang............

1 comment:

artisticklytouch said...

Weh berani, wat run sekali lagilah.... long live anti-realist!!!