18 October 2005

Bangsawan dan Mazhab-mazhabnya

Sebagai individu yang menggilakan seni, aku secara personal amat mengagumi bangsawan. Walaupun aku bukanlah orang bangsawan dan rasanya ilmu bangsawan aku amat cetek kalau nak dibandingkan dengan air tebu yang baru lepas dihirup hamba Allah yang baru lepas berbuka puasa, tapi aku amat menghargai bangsawan. Selagi aku hidup, aku akan berusaha memperjuangkan bangsawan dengan apa saja cara yang aku mampu.

Tapi itulah.... setiap perjuangan pasti ada cabarannya. Dan cabaran aku yang mula-mula sekali aku tempuh ialah untuk mengenal mazhab-mazhab dalam bangsawan. Bangsawan tidak seperti mak yong, yang sudah hampir pasti terpulihara. Mak yong sudah ada standard dan tatacara persembahannya yang tersendiri. Jadi jika ada yang ingin belajar mak yong, tidaklah teraba-raba.

Tapi bangsawan, pada masa sekarang ini sahaja sudah ada empat mazhab yang berbeza (setakat yang aku tahu). Walaupun ada persamaannya, tapi tidak seragam. Tanyalah Pak Morad Ibrahim, Dr. Samat Salleh dan Cikgu Baharudin, pasti ada perbezaan di setiap persembahan mereka. Itu belum tanya lagi Onie Moraza, Datin Dr. Rahmah Bujang, Pak Rahman B dan lain-lain tokoh bangsawan.


Bukan maksud aku kepelbagaian itu tidak elok, tapi pada aku perlu ada keseragaman terlebih dahulu supaya ada standard. Bila dah ada standard, mudahlah untuk dijadikan kajian, mudahlah dipentaskan oleh orang-orang baru macam aku ni. Barulah tidak terkeluar dari landasan bangsawan. Dan jika terkeluar pun, mungkin boleh disebut istilah bangsawan kontemporari.


Sekarang ni, cubalah kalian tanya, bangsawan siapa yang asli. Aku tak tahu jawapa
n mereka tapi aku yakin jauh di dalam sudut hati mereka, akan mengatakan bangsawan yang mereka bawakan itulah yang asli. Dan aku sendiri pun mengakui bangsawan yang mereka bawa itu asli, tapi bukankah lebih molek yang satu, yang standard, yang dicapai melalui kata sepakat dikatakan asli?
Entahlah.... terlalu banyak soalan. Aku ini dah pernah bekerja di bawah Pak Morad dan Dr. Samat. Sekarang ni aku mengikuti pula Cikgu Baha, itulah sebabnya aku mengesan pelbagai perbezaan ini, dan tiap kali ada perbahasan, tidak tahu yang mana satu betul.

Tak perlulah aku ceritakan satu persatu perbezaan yang aku maksudkan. Cukuplah kalau aku mengambil contoh keperluan extra turn. Extra turn di dalam bangsawan bertujuan untuk memberi ruang dan masa kepada krew untuk mengubah set dan tirai yang berat-berat di balik tirai. Tapi sekarang zaman sudah berubah, sudah ada fly bar yang boleh mengangkat tirai dalam masa tidak sampai 30 saat dan set boleh dibuat dengan lebih ringan, menyebabkan ada pihak yang tidak menggunakan extra turn di sesetengah babak. Pun...... jadi perbahasan, kerana dikatakan membelakangkan tradisi bangsawan. Jika sudah ada standard, tatacara, kod atau apa-apa sahaja perkataan yang sesuai, maka semua orang bolehlah menuding mengatakan perbuatan itu salah. Tapi tanpa semua itu, salahkah?

Tolonglah..... tolonglah kami generasi baru untuk menyelamatkan bangsawan. Kami tak mahu jadikan bangsawan macam dulu, banyak kumpulan tapi berpuak-puak. Kami mahu banyak kumpulan bangsawan baru, tapi bersatu di bawah fahaman yang sama, bawah mazhab yang sama.

Arghhh.................

3 comments:

artisticklytouch said...

Aku pun baru terpikir nak wat entry pasal bangsawan... chekout later2 k.

Anonymous said...

wow!!!
interesting blog....man....
going to be my fav!


NoneOther.

Pegawai Khalwat said...

Aku dah check Art.... i know more 'panas-panas' thing to come. To noneother, tq 4 supporting........