23 October 2005

Monolog - 1:05



Pada 22 & 23 Oktober yang lepas aku berkesempatan menonton Monolog 1:05, pementasan monolog oleh 13 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Seni Halus; Lakonan dan Pengarahan dan Sarjana Muda Sastera; Drama & Teater Pusat Pengajian Seni. Untuk pengetahuan kalian, monolog ini merupakan sebahagian daripada pemarkahan bagi semester ini. Persembahan mereka dinilai oleh para pensyarah yang berkaliber. Sekarang, aku yang tak berkaliber ini pula nak menilai. Ha... ha... ha.... Ketawakan dia.....
"Kenapa baru sekarang ayah panggil saya anak?" - Foto oleh Deana
Daripada 13 orang tu, aku terlepas 3 persembahan sebab ada komitmen lain. Dan semua sekali ada 4 monolog yang diberi. Jadi mereka ni perlulah memilih salah satu daripadanya. Monolog yang pertama merupakan petikan daripada Sangkar Emas karya Norilham Ismalis. Mengisahkan luahan rasa hati seorang anak yang ketagihan dadah terhadap bapanya yang mengongkong kebebasan si anak tapi pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawabnya.
Monolog yang kedua ialah Trem Bernama Desire oleh Tennessee Williams atau dalam bahasa Inggerisnya A Streetcar Named Desire. Petikan yang diambil ialah ketika si watak menceritakan kekecewaannya melihat suaminya bersama lelaki lain serta sikapnya yang cuba melupakan perkara itu serta tindakan yang dilakukannya. Ketiga ialah Bukan Orang Kita, karya Zainal Arifin Sharbini, sebuah kisah seorang imam yang terpaksa mempertahankan tindakannya mengekalkan seorang ustaz penceramah yang dikatakan menyokong kumpulan lain, sedangkan ustaz itu berjaya menarik ramai makmum ke masjid.
Dan yang ketiga ialah Miss Jay oleh Mariam Rashid, yang mengisahkan seorang janda anak tiga (mungkin empat, aku tak ingat) yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki, dan pada masa yang sama, kagum dengan sahabatnya yang boleh hidup tanpa lelaki sedangkan dia tidak.
Kedengaran menarik bukan? Memang menarik kalau masing-masing boleh memahami kehendak skrip dan be a little bit rebelious. Tapi entahlah, daripada 10 orang (tolak 3 yang aku tak tengok) aku rasa cuma 3 orang saja yang menarik. Ada kelainan, ada energy, boleh membuatkan aku tak mengantuk. Yang lain..... emmhhh.....
Sama ada memang tak berbakat, atau malas buat homework dan malas buat latihan. Aku tak tahu yang mana satu. Atau mungkin ada varian lain yang menyebabkan mereka jadi begitu. Entahlah...... Kalian pernah tak makan bubur lambuk? Kalau di Utara ni orang panggil bubur kanji. Sedapkan? Tapi bagaimana rasanya kalau tak cukup lemak, tak cukup santan. Atau kalau tak cukup garam. Tak sedapkan? Macam tu lah aku rasa. Serba serbi tak cukup.
Permainan tu kurang. Lakonan tak cukup jiwa, karakter tak konsisten, ruang tak di fully utillized, tidak cukup kreatif dan pelbagai lagi. Memanglah, persembahan mereka itu untuk para pensyarah yang dinilai. Tapi perlulah diingat, a performing arts is a performing arts, once kita dah perform, kita perlu mengambil kira kehendak audien. Dalam kes ini, ya betul, penilai mereka itulah audien utama mereka, dan itulah target audiences. Wahh.... bagus rupanya pemasaran mereka ni.
Tapi aku ni sebagai audien yang tak diundang, sesak nafas sepanjang pementasan. Tahniah diucapkan kerana berjaya menandingi barbiturat. Cukup hebat. Tahniah juga kepada beberapa persembahan yang pada aku above average. Persembahan mereka inilah tonik yang mencerahkan mata aku kembali. Apa-apa pun. Tahniah, tahniah dan tahniah kepada semua yang berjaya mementaskan monolog. Aku tahu kalian ini berusaha keras untuk menambat hati audien @ penilai. Dan kalian telah mementaskan yang terbaik.
Errr..... betul ke yang terbaik........

5 comments:

artisticklytouch said...

weh... wat la entry yang lebih spesific pasal each mono, ke kau tak ingat sangat? diaorang tak nak pentaskan lagi ker? or suh diaorang wat show kat actors studio... kalau diaorang berani la

Nih apa citer Maka DijadikanNya ke penilaian semula nih? Latt kata kalau diberi peluang untuk dinilai pun hang dgn wira tak mau bwk, apa citer? weh on YM laarr... senang

Pegawai Khalwat said...

PC aku mana ada line internet, kena menumpang. Mana bole YM kalo macam tu. Nantila line ok.

Memang dah decide dengan Lucifer, tak nak Maka Dijadikannya dinilai. Sebab nak konsentrate dengan Percaturan dan nak upgrade Jebat. Kita nak Penang ke Kebangsaan tahun ni. Kecuali kita dipaksa buat, baru kita buat.

Each mono tu banyak sangat. Ada yang aku tido. Kalau nak komen yang bagus ok la, yang tu aku ingat. Yang lain tu.... humm.....

artisticklytouch said...

Hmmmm...ko n Lucifer dah tanya ke produksi team? diaorang setuju ker? setakat semalam lepas buka puasa rumah Shahrul, citer nih hangat la jugak, produksi korang macam Latt, Honey and Mamu nak cerita Maka DijadikanNya masuk penilaian, diaorang pun nak rasa bertanding ke peringkat seterusnya (ini kata-kata Hani). Cadangan aku korang meetinglah, suara diaorang nak kena dengar gak, lagipun pada aku lebih baik kita susukan anak kat rumah daripada kera di hutan, cukup2lah bantuan yang kita dah hantar tuh. hmmm... sok aku wat entry pasal nih.

ah_zan said...

Nov 1 2005 - Berbukak Posak ngan Geng Jahat..jam 6.00 pada Restoran Pelita Juru..jgn tak datang bang..

Pegawai Khalwat said...

Humm...... betul jugak.

Nampaknya dah terlajak buat executive decision. Takpa, bole dikensel. Meeting Bakawalee bole bincang sekali.

Tapi, kalau nanti Kementerian tetapkan cuma no. 1 saja yang layak dinilai, tak bole buat apa la.

Thanks for the reminder.