10 October 2005

Percaturan - Coming Soon December 05

Ini karya terbaru At Ziafrizani, antara orang yang paling rajin berkarya selain Mark Beau De Silva. Maksud aku, orang yang aku kenal secara in person. Ada lima buah cerita pendek yang digarap menjadi satu, dan setiap satu ada kesinambungannya yang tersendiri. Ala-ala filem Go, Pulp Piction dan Gangster la gitu. Itu filem, mana boleh bandingkan dengan teater, sebab aku rasa tak ramai yang buat cerita begini.

Aku selalu kagum dengan karya-karya mahkluk ni, kerana karya dia selalu menentang arus dan rebelious. Tapi yang selalu mencacatkan karya dia adalah pelakon-pelakon yang tidak mantap. Kalau ada pun pelakon yang mantap, tenaga produksinya pula yang tidak mantap.

Cacat maksud aku tu, adalah dari segi pandangan aku yang daif dan naif teater. Dari segi pandangan orang lain mungkin sempurna. Beauty is in the eye of beholder. Jadi aku harap kali ini dia dapat pentaskan yang terbaik, sebab dia dah menghimpunkan antara yang terbaik di Pulau Pinang ni. PT, PLT, PPLT, ST, yang dia tak dapat cuma PWT sebab diserang penyakit rindu pada rumah atau homesick. Dan dia juga memberi peluang kepada pengarah muda yang baru pertama kali mengarah. Harapnya jangan parah.

Aku dah baca tiga dari 5 skrip pendek tu. Memang rebelious, tahap 13 Mei punya. Satu cerita tentang orang bergaduh di tempat parking, kedua cerita tentang pengayuh beca yang dah uzur, ketiga cerita tentang suami isteri yang sedang menghendap couple muda sedang bercengkerama. Dua lagi skrip adalah di dalam bentuk improvisasi. Nampak mungkin stereotype, tapi isu yang diketengahkan dalam bahasa-bahasa yang ih dinas sira tul mustaqim itulah yang sangat bisa.

Tapi itulah Art, sentuhannya jarang berlapis-lapis tapi merobek hati dan otak. Aku meletakkan tahap cynide; racun yang boleh membunuh, tapi dalam dos yang tertentu, dalam keadaan yang tertentu, boleh menyembuhkan. Yang boleh terima, akan terima seadanya. Yang tak boleh terima, akan mengutuk seadanya. Pada aku, buang yang keruh ambil yang jernih, yang elok jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tapi jangan pula karya kau mencapai tahap tetrodoxin, dimakan orang, terus mampus, tak sempat berubat!

Cuma kalau boleh aku nak cadangkan, buatlah sessi viva selepas pementasan agar kita boleh dengar komen orang. Awal-awal ni memang orang akan malu bertanya, tapi bila dah biasa, kita dah boleh membentuk audien yang berani bersuara dan secara indirect kita sudah mengajak mereka berfikir (nak tanya soalan kenalah berfikir).

Para pelakon dan produksi pun akan lebih bersedia. Tidaklah bermain teater seumpama Ramayana dan Sita Dewi kulit kambing dibalik kelir yang dilimpahi warm light.



Kita teruskan kawan-kawan......

Biar kita menjadi racun yang mengubat, bukan madu yang membunuh.


2 comments:

artisticklytouch said...

muahahhahahahha

while reading ur entry...

minit pertama
aku senyum jer

minit kedua
aku dah start blushing

minit ketiga
aku gelak besar

minit keempat
aku gelak gila...

tetro apa benda tah!!! killing machine plak aku nih

Pegawai Khalwat said...

Laa.... betoi pa. Dah memang macam tu. Bila hang punya show? Raja Ligor macam mana?