Ini ada satu kemusykilan yang aku nak tanya pada anda semua. Adakah anda setuju kalau dalam satu-satu projek, anda dibayar setara, sama banyak dengan semua orang; tak kiralah orang itu buat kerja sikit, atau banyak, susah atau senang.
Aku bercakap ni sebab aku takut salah satu produksi yang aku akan ikut akan dapat bayaran yang macam tu (produksi luar, bukan pasukan aku). Jangan salah anggap, aku ni bukannya gilakan sangat duit. Sebab aku sendiri pernah buat produksi yang tak pakai duit. Semua orang yang tolong dari Pengarah, Pelakon hingga Krew semua tak dibayar, tapi buat kerja kerana kepuasan. Aku dah pernah merasa semua tu, memang perit tapi puas.
Tapi bila dah ada bajet, pada aku apa salahnya kalau di bahagikan duit tu seadilnya. Kalaulah duit tu tak banyak, buatlah cara tak banyak. Belanja makan ke, bagi t-shirt ke. Anda semua bayangkan, pelakon utama yang kena hafal dialog panjang berjela dan muncul dalam kebanyakan babak, dibayar sama dengan extra yang cuma muncul sekali. Krew yang berpeluh ketiak buat kerja sebelum, semasa dan selepas pementasan dibayar sama dengan usher yang cuma akan buat kerja sebelum pementasan bermula.
Masalahnya, kebanyakan yang terlibat dengan produksi baru ni jenis tak kisah, termasuklah aku. Ada yang cukuplah setakat yang dapat, sebab pengalaman lebih penting. Aku setuju..... tapi kita perlu faham yang produksi ini bukan tak berduit. Sekarang mungkin tak terasa, tapi bila dan selesai........ humm.......
Entahlah..... sekali lagi aku celaru..... betulkah tindakan aku mengkritik bayaran yang setara tapi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan?
Pada aku betul....
Pada anda?
Comment please.....!
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
22 October 2005
Bayaran Setara - Apa Pendapat Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kalau nak bayar, bayar cara yang sepatutnya, kalau nak bayar setara, sama je semua orang, baik aku jadi usher jer, pose cantik depan pintu, tak yah training, pakai cantik2 mcm model CK dapat RM200.00 buat apa nak susah2 ingat skrip, berlakon macam nak gila, kena maki dgn pengarah, kena memaki partner yg tak reti berlakon lepas tuh dapat Rm 200 gak... burit dia cakap kat PM tuh.... eh, mencarut plak dlm blog hang usop, bleh ke?
Kalau tak nak bayar, baik jangan bayar langsung senang, semua orang buat kerja volunteer atas dasar pengorbanan kepada dunia seni... hah, sanggup!! sanggup lagi aku daripada buat kerja pepenat tapi payment sama dgn org yg datang training masa hari show jer...
a.chorpe....bukan nya nak demand.....tapi bayar biar lah berbaloi ngan usaha kan!!!!bukannya perlu bayar setaraf PRIMADONA....tapi at least hati senang. tak ada cakap2 belakang!!!ann setuju ngan art....penat2 hafal skrip....berlakon penuh emosi ni....tapi bayaran sama taraf ngan krew jerrrrr....pakai make-up tebal2, sampai rosak kulit muka utk 2 mlm....bayaran yang dapat tak setimal ngan maintainence!!!!saya ni pompuan a.chorpe....muka ni nak pakai lama!!!!!tak da niat nak demand langsung. kalau tak da duit...ok jerrrrr. tapi clarify awal2!!!!ann bnyk kali dah join prod. yg x da duit. tapi kalau ader....ape salah nya dapat merasa!!!!!!maaf kalau comment keterlaluan.....maaf zahir batin!!!!!!
-annnurbayahassan-
Itu baru rumours, nanti ada mesyuarat teknikal aku tanya. Sebab hari tu baru nak bentang bajet dah kena potong dengan Pengarah. Takpa la... kita tunggu mesyuarat, kita protes kalau perlu!
Sekiranya aku di dua tempat berbeza.....
Kata crew jual tiket "Harga petrol dah naik...bayaran sama rata amat relevan"
Kata pelakon utama "Aku perlu dibayar lebih sbb hafal dialog panjang dan lebih panjang dari surah yassin"
...nada juga berbeza :)
Kalau dah tahu harga petrol dah naik and ko nak menampung kos itu dengan menjadi penjual tiket sahaja, apakah releven pemikiranmu?
Kalau macam tuh cadangan aku kepada si penjual tiket, usher dan crew beli nasik, datang training tiap2 malam, jual tiket, jadi usher, beli nasik tiap2 malam, releven ke?
Nadanya tidak sama Mr. Paul... kerana tanggungjawabnya tidak sama
Betulkah begitu?
Rasanya kalau penjual tiket diberi peluang menjadi pelakon utama, dia akan menjerit tidak puas hati jugak. Sebab dia akan rasa teruknya jadi pelakon utama.
Tapi itulah, mungkin ada yang tidak kisah. Masalahnya sebab ada yang kisah.
Bukan aku katakan orang yang kisah ini bermasalah, tapi pengkisahan ini yang jadi masalah.
Arghh pening dah... masalah... masalah....
Post a Comment