11 October 2005

The Four Horsemen of Apocalypse dalam Apokaliptik

Aku nak bercakap sekali lagi tentang Apokaliptik. Memang aku dah bercakap tentang Apokaliptik, tapi aku nak bercakap sekali lagi. Bukan apa, tak puas rasanya kalau tak meluahkan idea aku. Hari tu sewaktu viva, aku menahan diri daripada bercakap, kerana aku tahu kalau aku bercakap tentang significant colour dan The Four Horsemen Of Apocalypse, sama ada orang akan makin pening atau polemik itu akan jadi makin panjang. Tambahan lagi, kalau ikutkan kehendak artistik asal aku, memang tak menjadi. Bukan salah pengarah atau pemain, tapi kekangan masa yang menghalang kami.

Bagi yang menonton teater Apokaliptik, ramai yang menyangka aku yang mengarah teater itu. Tapi ramai yang mungkin terperanjat bila nama Ann yang diumumkan sebagai pengarah. Memang.... memang aku menyerahkan kerusi pengarahan kepada Ann, kerana aku rasa aku tidak mampu membentuk para pemain dalam dalam jangka masa yang pendek untuk mencapai tahap yang aku mahukan. Aku mengaku yang aku ini quite demanding tapi aku juga seorang yang linear bila situasi mendesak.

Justeru itu, aku abaikan teori signifikan warna dari The Four Horsemen of Apocalypse. Kerana pasa asalnya, semua set adalah pelbagai warna yang kusam dan lembab. Kemudian sebelum Babak Era Manaluk bermula, korus atau pemain itu sendiri akan masuk dan membalut semua set menjadi putih. Kenapa putih? Pertama dari segi pencahayaan tentunya putih akan lebih menimbulkan warna. Dan kedua, kerana Horsemen yang pertama akan datang dengan kuda putih, membawa busur, memakai mahkota, menakluk dunia; yang juga melambangkan tanah kita sudah dijajah.

Kemudian, peralihan di antara Era Manaluk dan Era Mabagun, sepatutnya sekali lagi korus atau pemain akan datang dan mencurahkan, melelehkan, bermain dengan cecair berwarna merah (tak kisahlah, cat, sos tomato, darah ayam) di atas balutan putih itu. Kenapa merah? Kerana Horsemen yang kedua datang dengan kuda merah, membawa pedang besar, dan menyebabkan manusia menyembelih sesama sendiri; yang juga melambangkan peperangan.

Kemudian selesai babak dua, Era Marudum datang, maka sekali lagi sewaktu peralihan babak, korus dan pemain mewarnakan set putih yang telah tercemar dengan merah itu, dengan warna hitam. Kenapa? Sudah tentu! kerana Horsemen yang ketiga datang dengan kuda hitam sambil membawa dacing di tangannya, menyebabkan makanan terpaksa dicatu; yang juga melambangkan kebuluran.

Dan apabila selesai babak ketiga, aku ada pilihan untuk menggunakan warna kelabu atau tidak kerana Horsemen yang terakhir itu akan datang dengan kuda kelabu yang pucat, merupakan Kematian. Tapi aku memilih untuk tidak menggunakan kepucatan itu, kerana bagi aku, 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.

Kalian mungkin tertanya-tanya, kenapa Book of Revelation dari Bible yang menjadi rujukan aku. Bukan rujukan, tapi ilham. Ilham boleh datang dari apa saja. Dari sekecil-kecil atom dan molekul ke sebesar-besar cakerawala. Kerana semua benda, semua perkara dalam alam ini ada seninya. Terpulang kepada bagaimana kita melihat, menilai, menghayati dan menghargainya. Pada aku, selagi aku masih berkiblatkan Yang Esa, seni sebegini tidak akan mengganggu gugah iman aku.

Aku juga suka membuatkan orang berfikir. Dan memang banyak kali karya aku berlapis-lapis. Aku bercakap tentang apa sahaja, dan aku bukan semata-mata beretorik. Kerana dalam retorik aku memukul dan membelai. Dalam retorik aku meracun dan mengubat.

Pokok pangkalnya, rasa lega sedikit. Rasa yang terbungkam di hati dah diluahkan. Bukan aku tak mahu meluahkan pada malam itu, tetapi seperti yang aku nyatakan, itu malam Ann dan para pemain. Tambahan lagi, sentuhan artistik aku tidak begitu menjadi. Aku tak mahu dikatakan melepaskan batuk di tangga. Uhuk....uhuk.....

Uhuk....uhukk.... uhuk...... batuk pula....... uhuk..... khaaaqqq...tuih!!

8 comments:

Anonymous said...

nak join bule ker

Pegawai Khalwat said...

Bole apa salahnya. Sama-sama kita ramaikan pendapat.

artisticklytouch said...

haaa... dah aku agak dah... idea hang mmg best tapi kalau hang citer harituh aku rasa aku sorg jer fhm...

apa lagi, kita wat sekali lagi, kali ni hang mengarah pulak n ikut idea hang... we c what the feedback, kita cari pelakon yang betul2 pelakon
yang tak mengada2
yg tak asik nak senang jer dan
yg paling penting sekali yang tak
kata saya tak boleh

kudaffa said...

gigit lagi

Anonymous said...

gigit lagi

Pegawai Khalwat said...

Dalam maksud hang, dalam..... kena cari la pelakon yang mampu, dan kena tengok la audien kat mana yang mampu terima. aku ok je, ada 3 orang da bole on cerita.

Ni mamu (USM), hang suruh gigit apa? Batai posa satgi.

Anonymous said...

a.chorpe....ttg apokaliptik...ann sudah baca n a little bit clear of what u want actually.kalau kita bincangkan awal2 n we have more time....ya....the possibilty utk menjadi apa yg a.chorpe mahu kan....ada!!!!
i would love to, kalau di berikan peluang sekali lagi.tapi kali ini ann tak mahu mngarah.azab!!!lebih suka menjadi yg diarah.idea sebenar a.chorpe mmg best...mungkin dah menjadi lahiriah bahawa jiwa ann more to anti-realis...so...bab2 ni mmg tak mahu lepaskan!!!!
tapi..of all, thanks to you sbb bagi ann peluang utk mengarah dan merasa azab nya!!!!!menjadi pengarah dan pelakonnya skali, selain itu mengarah beginers yg basic pun tak ada!!!!!tuntut kesabaran yang teramat DEWA.....
thanks much a.chorpe...kenangan yg tak akan dilupakan w/pun ann berada di negara kangaroo nanti!!!!
-annnurbayahassan-

Pegawai Khalwat said...

Yoko Iyoko..... Tgklah keadaan dan masa yg mengizinkan. Sebab tahun depan saya akan buat "Kerusi", lepas tu mungkin "Penantian". Still saya akan siapkan Monolog GayA Jebat.