23 January 2006

Aku Jumpa Ketam!

Ada jantan, ada betina..... aku jumpa ketam.

Ketam yang sepitnya besar. Yang otaknya kecil tapi enak.

Ketam pandai mengetam, pandai berjalan..... senget.......

Pandai mengajar berjalan..... senget......

Aku tengok pun..... senget........

Banyak betul ketam senget.

Aku?

Aku lebih rela jadi udang kara; harganya mahal, isinya banyak, berjalannya..... tak senget.....

7 comments:

sinaganaga said...

Dude,
Ini kali pertama aku singgah. Dan, aku rasa aku boleh suka kau. Ok, nanti aku singgah lagi. Humchaaa!!!

Pegawai Khalwat said...

Tabik... tabik hormat!!

Bila sifu Naga singgah, aku macam kucing yang terperanjat melihat bapanya menjadi uberseksual.

Isi aku ni pasembor skit. Al maklumlah orang Tanjung.

Terima kasih....

tujuh86 said...

Kau jumpa ketam bangsa apa? Ada ketam Melayu, ada ketam Cina, ada juga ketam India.

Nak kenal ketam Melayu, bila semuanya diletak dalam satu baldi, tak payah nak bertutup. Ketam tak lari.

Aku? Bukan ketam, bukan juga udang kara. Tiram barangkali.

Pegawai Khalwat said...

Nampaknya tujuh86 jua yang kenal ketam.

Kau tiram? Bagus tu, boleh jadi maskot Tanjung... mutiaralah katakan....

Tapi sayang Naga tetap naga dan Rimau tetap harimau.

ah_zan said...

wtf?

ron97 said...

aku hanya mahu menjadi ketam kayu
mengikis harta mak aku.
boleh?

pakai letrik kot, licin sikit.

artisticklytouch said...

dah ketam pulak...

aku ikan cap Jepun

weh email kat aku jadual final projek..