09 January 2006

Burung Tukang Nak Sendirian Bertukang



Kelmarin aku terjumpa dengan burung tukang. Aku pun bersembang dan bersembang. Katanya dia nak bertukang lagi tidak lama lagi. Aku tidak hairan, kerana memang burung tukang mahir dalam kerja-kerja pertukangan.

“Baguslah kalau kau nak bertukang burung tukang,” balasku.

“Kau tolong aku nanti,” kata burung tukang.

“Siapa lagi yang akan bertukang?”

“Burung tukang yang lain.”

“Burung tukang yang lain? Habis burung lain yang bukan burung tukang macam mana?”

“Tak usahlah. Lebih mudah burung tukang bertukang dengan burung tukang.”

Aku kaget, terdiam.

“Kenapa burung tukang lain tak boleh bertukang dengan burung lain?”

“Hari tu…… kemudian……. masalahnya……… tapi……..lepas tu……. akhirnya……”

Aku cuma diam. Sunyi. Aku tahu ada yang tak kena. Mulut burung ke mulut burung ke mulut burung pasti cacing yang diusung akan hancur atau lembik.

“Cubalah kau tanya burung yang mula-mula bawa cacing tu, salah faham ni,” bingkasku.

“Tak usahlah. Biarlah kalangan burung tukang saja yang tahu. Buat apa nak besarkan lagi.Asalkan kami burung tukang tahu yang hakiki”

“Tahu dari satu pihak yang hakiki mana boleh. Kena tahu dua-dua pihak”

“Tak usahlah…. Tak usah…. Aku tak mahu riuhkan rimba ni”

Aku cuma terdiam. Ada rasa kesal, campur sedih, campur geram, campur kecewa, campur niat.

“Kau tolong aku nanti ya?”

Eh…. Aku bukan burung tukang boleh pula nak menolong.

“Kau buatlah dulu kerja-kerja awal pertukangan,” aku separuh berjanji; janji di mulut akan buat, janji di hati akan satukan burung-burung di rimba untuk kerja-kerja pertukangan.

Aku tak mahu tengok rimba ini musnah.

4 comments:

artisticklytouch said...

Burung tukang ni egokan... kekwat tak tentu hala.. biarlah dia bertukang sendiri.. tidak boleh ke dia terima ada burung lain yang lebih hebat bertukang daripada burung tukang itu sendiri.. biarlah dia bertukang, tukangannya yang tidak pernah siap itu..

burung tukang ni woodywoodpecker kan? aherk...herk...aherk...herk...aherkherkherk

Pegawai Khalwat said...

Biarkan...biarkan....

Biarkan si tukang dengan tukang-tukangnya, eh....

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.....

NBB said...

tanya sama itu hud hud...

Pegawai Khalwat said...

Mau tanya sama itu hud-hud macam mana tuan puteri, kalau si tukang tak mau tanya.

Hud-hud pun dok "hoot-hoot-hoot" jela.

Anyway, katak tu ada lagi ke? Kalo tak mau kasi kat aku.