15 February 2006

Aku Terluka / Aku Kerja / Aku Peduli Apa

Aku selalu menegaskan ada varian yang ketara di antara seni dan hiburan. Hiburan itu adalah seni, tapi seni tak semestinya hiburan. Dan bagi artis popular, aku labelkan mereka anak libur; terminologi yang lebih tepat berbanding anak seni, yang lebih umum dan kabur.

Bilamana ada artis yang kebetulan ditahan dalam satu terjahan di sebuah kalabul malami, maka lensa kamera sudah tentunya akan terarah kepada mereka. Yelahh… siapa nak baca tentang seorang lelaki yang menghabiskan duit gajinya di lokasi maksiat atas alasan melepaskan lelah dan tension, berbanding seorang artis yang muka mereka dicam ramai dan menghabiskan duit atas alasan yang sama.

Dan sudah disimpul mati sifat kebanyakan dari kita, yang mudah melatah. Melatah kerana mempertahankan tindakan kita, tindakan kepala kita, buah fikiran kita, perbuatan kita; entah betul entah salah.

Dan sensasilah cerita di dada akhbar, membusung, membawa bau hanyir yang melekat kepada semua mahkluk yang berstatus anak libur. Mungkin juga hanyir ini turut mengganggu wartawan yang mencari makan; mungkin juga tidak, mungkin mereka lebih suka kerana alih-alih mereka ada cerita.

Kerana baru saja ditegur kepala hidang agar berita yang nak disampaikan biar terus dan telus, jangan bernada sumbang seolah-olah perlian atau provokasi. Tapi itu terjatuh letak untuk para mentaranya, entah boleh entah tidak digunapakai untuk anak-anak libur.

Aku tak tahu siapa yang bersalah di sini; artis yang nak bersantai atau wartawan yang nak mencari makan.

Nasiblah……….

4 comments:

ron97 said...

tuntutan, kemahuan atau keperluan untuk hadir ke tempat begitu?

ko masuk kandang kambing, org kata ko bau kambing, jangan marah. hahaha

Sayuti said...

yang baik itu jadikan tauladan. yang buruk itu jadikan sempadan.

BooK said...

kata mereka
kami minum sirap aje

aku tak suke nak komen kene ade word verification, btw ni rumah kau, nape aku bising pulak? =)

Pegawai Khalwat said...

Rumah ni rumah terbuka sepanjang tahun. Haa.... jemputlah.....

Kita terjahlah....

(Kami minum sky juice je ari tu!)