04 February 2006

Keris Tu Timbul Ke Tak?

“Kau nampak tak?” tanya orang kampung pertama.

“Entah, aku tak nampak pun,” bingkas orang kampung kedua.

“Eh… tadi aku nampak keris tu timbul,” orang kampung ketiga pula bersuara.

“Mana timbul, aku tak nampak pun,” getus orang kampung pertama.

“Betul aku nampak keris tu timbul tadi,” keras nada orang kampung ketiga.

Orang kampung kedua menggaru kepala, “Keris tu kan besi, mana boleh timbul!”

“Cuma raja-raja saja boleh buat keris tu timbul,” orang kampung pertama kata.

“Bukan raja….. pendekar besar. Yang ada sakti,” orang kampung ketiga pula berkata.

“Ahhh….. tak percayalah aku,” tegas orang kampung pertama.

“Sumpah, aku nampak keris tu timbul!” orang kampung ketiga.

“Aku dah kata cuma raja saja yang boleh buat keris tu timbul!” orang kampung pertama menegaskan lagi.

“Raja!”

“Pendekar!”

“Raja!”

“Pendekar! Pendekar! Pendekar!”

“Sudah! Masalahnya kat sini bukan raja atau pendekar. Tapi keris tu timbul atau tak timbul!” orang kampung kedua menempik.

“Kau nampak tak?” tanya orang kampung pertama.

“Entah, aku tak nampak pun,” bingkas orang kampung kedua.

“Eh… tadi aku nampak keris tu timbul,” orang kampung ketiga pula bersuara……………

(Dan ulang lagi hingga kiamat)

8 comments:

abdullahjones said...

haha. raja melaka dan pawang diraja. boleh buat pementasan tu. :)

artisticklytouch said...

keris lain yang diseru...keris lain yang timbul..

kinky...corny...and sexy dude!!!

Apa yang korang fantasikan 2!

Pegawai Khalwat said...

Yang fantasi tu Mat Jan je. Bukan aku beb.

Mr. AJ, nak buat pementasan tu bole, tapi nak cari keris yg timbul tu lah susah. Kang kontroversi pulak.

syed syahrul zarizi said...

uhuhu timbol2!

sinaganaga said...

Dude,
Kalau. Aku kata. Aku pun ada. Keris itu. Kau percaya?

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

hahahahaha... kelakar nya.. ahahah... fantastic

Pegawai Khalwat said...

Syed,

Kau yakin keris tu timbul?

Bro. Naga,

Keris itu, kau ada, aku percaya. Tapi timbul ke?

Honey,

Fantastic, romantic, bombastic, mr. lover lover; memang keja aku.

fairygal said...

keris...keris timbul ada..tp kena pandai carik ler...