30 October 2006

Konflik Dalam Cerita Melayu

Selamat Hari Raya.

Bagi yang tak sempat aku singgah blog, aku pohon maaf. Kebarangkalian untuk aku mendapat talian hayat internet dalam jangka masa terdekat adalah mustahil. Memandangkan aku juga merempat di komputer orang, jadi tidak banyak masa yang ada untuk melayar blog kawan-kawan. Nak kemaskini pun terasa membebankan, bukan pada aku tapi pada orang lain.

Hari ini aku nak bercerita tentang orang kita yang memang suka pada konflik. Aku rasa bukan orang kita saja, tapi manusia memang suka pada konflik.

Kecilkan skop, orang kita.

Maksud aku di sini ialah bagaimana aku berasa jelik jika ada orang yang bersuara,

"Cerita Melayu tak habis-habis. Kalau bukan rumah tangga porak peranda, kisah cinta tiga segi. Kalau bukan kisah cinta, kisah polis. Tak boleh nak buat cerita hidup orang Melayu yang aman, tak bergaduh. Barulah boleh jadi tauladan"

Jeliknya pada aku. Pada kalian, aku tidak tahu.

Kalian lihatlah sendiri cerita Malim Kundang, dan kini Bawang Merah Bawang Putih dari seberang. Balik raya dahulu, ketika mengunjung rumah kaum kerabat dan rakan taulan, aku dengar makcik pakcik berkata,

"Kalau nak keluar beraya. Tunggu pukul 3, habis cerita Bawang Merah Bawang Putih dulu"

"Aku dulu tak tengok cerita ni, tapi satu hari tu seorang kawan tumpang tengok kat rumah aku sebab rumah dia tak ada karan, terus aku sangkut sampai sekarang"

"Geram betul aku tengok si mak tiri mata bulat tu. Tak habis-habis nak menyusahkan orang"

Begitu hebatnya penangan konflik. Cerita apa dalam dunia ni yang tak ada konflik? Dokumentari mungkin boleh diterima. Wayang kulit, mak yong, mek mulung, semuanya ada konflik.

Apa agaknya rupa dan rasa sebuah cerita tanpa konflik. Adakah orang kita suka melihat kesusahan orang lain? Ataupun memang orang kita kuat simpati? Aku boleh susun berbagai atau di sini, tapi pokoknya konflik itu musti dalam cerita.

Kalian boleh bersetuju, boleh juga tidak. Ini aku.

13 comments:

gitartong said...

konflik, kalau dengan kesan dramatik, efek bunyi yang men'suspen'kan, memberi kesan mendalam. sedangkan cerita kartun pun ada konflik. yang penting konflik yang dimainkan benar2 hidup dan bukan sengaja diada2kan.

aku suka cerita 'kiamat sudah dekat' tv9 jam 6 petang. haha!

Lan Rambai said...

haha.. cerita pari-pari tu... surirumah semua tengok kot

.:HalogamoRa:. said...

ho ho PK! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Office blum ada internet connection lg ke?

cite bwg putih bwg merah...mmg ramai peminat. org kita mmg ske tgk cite yg bermain dgn emosi..biasala mcm lu kata la manusia..

Jannah said...

Konflik terjadi bila manusia sudah bosan dengan keamanan.

Konflik sendiri dicari. Dimulakan. Tanpa manusia, mungkin dunia jadi aman damai. Manusia saja yang sedar apa yang sedang dilakukan itu bisa membawa kepada satu konflik.

Manusia gila saja yang suka konflik. Gila disini bermaksud mahukan elektrik menembusi jiwa dan buat mereka rasa hidup.

Amiene Rev said...

aku mengkritik konflik itu... lalu kritikan itu bisakah mencetuskan konflik

lalu aku mengkritik kritik...

Pegawai Khalwat said...

Gitar
Aku pun suka, walhal aku cuma pernah tengok dua kali saja.

Psss... teringin nak buat rambut macam Kipli.

lan
Suri rumah? Bukan takat surirumah, bapak-bapak pun pakat tengok.

Halogamora
Ha ha... entahlah. Cerita yang kerja close up tiap kali ada unsur dramatik. Tension aku.

Jannah
Binatang pun berkonflik juga. Tumbuhan pun sama. Tapi dengan cara mereka yang tidak memudaratkan dunia.

Amiene
Bagaimana agaknya bunyi kritik yang dikritik. Seperti bunyi hujan turun tik tik tik tik?

tuan tanah said...

konflik - saya tak suka.

cornflakes - saya suka.

bunga rampai said...

Salam.

Cerita perlu ada konflik. Konflik membawa perubahan - ini yang penting dan menambah keenakan pada cerita.

Manusia itu sendiri penuh dengan konflik. Tiada konflik juga adalah satu konflik sebenarnya :)

rimanilzah said...

Setuju. Tapi ada orang kata, "Hanya orang bodoh yang suka tonton cerita bodoh mcm BPBM."
Dan saya kata, "Kalau begitu saya salah seorang daripadanya."

halda said...

hari raya lepas, aku pegi rumah orang je semua tengok cerita bawang puteh bawang merah tu... pelik aku.. it's a hari raya, tak leh miss ke?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Tanah
Saya pun suka cornflakes.

Bunga Rampai
Betul!

Rimanilzah
Orang bodoh mana yang kata macam tu?

Halda
Hari raya tahun depan ada lagi. BMBP tahun depan dah habis, belum tentu ada ulangan.

tisu paper said...

kurang setuju bila tiba hari raya fauziah nawi, rosyam nor, rasyid sibir, jalil hamid dll akan muncul dengan cerita cerita sedih.

Pakteh said...

Itulah kejayaan penulis skrip cerita dan pengarahannya. Bila ada pihak yang terasa hati dan tidak puas hati. Kalau cerita tak ada konflik... bukan cerita la namanya kan...