09 October 2006

Nak Bagi Hati Ayam Sedap

Agak lama juga rasanya aku tidak berblog. Di samping agak sibuk dengan tugas hakiki, perpindahan ke lokasi pejabat baru (cuma aku seorang saja) telah mencuri banyak masa aku. Tapi aku puas hati kerana hasilnya amat memberangsangkan. Cuma talian internet masih belum ada. Kata pihak berwajib sedikit masa lagi, yang aku kira pasti akan mengambil masa paling kuran 3 bulan.

Mengemudi internet menggunakan komputer orang memang tidak menyeronokkan. Tidak ada cukup masa untuk mengemaskini blog, mahupun melawat blog rakan-rakan. Maka ketinggalanlah aku serba serbi. Ini pun mujur aku bercuti, bolehlah singgah ke warung cyber.

Cukup pengenalan.

Hari itu, aku berbuka bersama sahabat dan anak buah. Maka keluarlah satu topik perbualan.

Sahabat : Hang pernah makan hati ayam tak?

Anak Buah : Pernah, kenapa?

Sahabat : Sedap tak?

Anak Buah : Ikut tukang masak dan ikut masakan la.

Sahabat : Tau tak macam mana nak bagi hati ayam sedap?

Anak Buah : Ntah.....

Anak Buah Seorang Lagi : Biasanya orang masak lada, atau masak dengan kerisik.

Sahabat : Lagi?

Anak Buah Seorang Lagi : Ntahla.... biasa itu yang paling sedap.

Sahabat : Semua salah.

Anak Buah : Abis tu?

Sahabat : Hangpa lepaskanlah ayam tu, baru 'sedap hati' dia.

Aku tengok anak buah aku blur tak paham, manakala aku dan sahabat-sahabat ketawa gila.

20 comments:

blackpurple said...

Huh.... hehehe


Ada juga yang tak makan hati, stor toksik katanya...

Anonymous said...

hahaha.. hati lembu lagi sedap, dibikin sup. hati ayam enak kalu disatekan..

Anonymous said...

hati-hati memakan hati.. nanti ada yang sakit hati.. hahaha... aku tak berapa suka makan hati ayam atau lembu..

bunga rampai said...

Salam.

Baca tajuk, ini jawapannya: Goreng garing. Masak cili, guna cili segar. Itu kegemaran saya :)

Selepas baca entri: saya ketawa...

Terima kasih menceriakan pagi saya :))

gitartong said...

sakit hati saya baca entri ini.

.:HalogamoRa:. said...

amboiiii kwn hang loyar buruk ! ha ha

Puan Ainon Mohd. said...

Saya suka entri hati ayam.

Lan Rambai said...

aku pun sakit hati jugak lah macam gitar tong haha

amanitium said...

kalau marah ayam tu, agak ayam tu sakit hati tak? haha.

Pegawai Khalwat said...

BP
Ya ka stor toksik? Tu doktor dok galakkan makan hati untuk tambah darah apa cerita lak?

Orang Biasa
Hati lembu bikin sup? Aku tak pernah jumpa lagi.

Orochi
Dulu aku pun....

BR
Teringin nak rasa masakan hati cik Bunga Rampai. Mesti menyelerakan.

Gitar
Huhu.... sakit hati takpa, jangan makan hati.

Halogamora
Dia bukan lawyer... huhu....

Puan Ainon
Saya suka kalau orang suka.

Lan
Malas nak ulang, baca komen aku kat Gitar.

Amanitium
Marah ayam? Bahasa apa pakai?

kunci hilang said...

biarkan ayam itu terlepas utk sedapkan hatinya kerana saya lebih sukakan pedal ayam.
:)

ron97 said...

aku suka jawapan kunci
hehehe

Amiene Rev said...

hati ayam penuh dengan zat besi, namun kata orang banyak makan ayam boleh buat diri dengki dan benci,
ntah ape ape

ayam memang rock!

sinaganaga said...

Aku cuma makan daging ayam. Organ2 kat dalam tuh - aku tak makan langsung!

artisticklytouch said...

makan hati siot..nak nangis je rasa

Pegawai Khalwat said...

Kunci
Pedal ayam kalau kat sini juga dikenali sebagai mangga.

Ron
Hang semua suka.

Amiene
Ayam rock? Betul la. Sebab tu ada istilah rock till you die.

Naga
Maknanya hang makan kerang untuk tambah darah.

Art
Nangis? Itu kisah cinta.

tuan tanah said...

[tiada kaitan dengan entri.]

cuma singgah nak mengucapkan selamat hari raya.
maaf zahir batin, fizikal & mental.

Ku Keng said...

Tuan Pegawai,

Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.

bunga rampai said...

Salam Aidilfitri, mohon ampun maaf atas kekasaran atau kesilapan selama berblog di sini atau teratak saya.

Selamat Hari Raya.

Pakteh said...

ha ha ha... pakteh pun terkena da