22 November 2006

Gores dan Belum Tentu Menang

Hari itu, aku duduk di sebelah beberapa orang yang lebih tua dari aku. Mereka sedang berbual-bual. Aku dengar.

Kopiah Putih : Aku cukup tak suka orang menipu dengan jualan langsung ni. Tambahan yang gores dan menang tu.

Songkok Hitam : Patut depa kena kata gores dan belum tentu menang.

Kopiah Putih : Hari tu, ada sorang mai rumah aku.

Songkok Hitam : Abis tu, hang halau?

Kopiah Putih : Dok aih..... tak baik halau orang tak tentu pasal. Dia mula la cerita yang tu yang ni.

Songkok Hitam : Lepas tu?

Kopiah Putih : Dia kata, 'encik gores ni, boleh menang kereta kancil.'

Songkok Hitam : Kancil?

Kopiah Putih : Ha'ah kancil. Aku pun tanya dia, 'encik mai sini naik apa?' Dia kata, 'naik van'. 'Kalau macam tu, encik bawak balik la, gores, menang, encik ambik Kancil tu kat cik.'

Songkok Hitam : Hang ni, tak patut kata lagu tu kat dia.

Kopiah Putih : Dia tu la buta perut. Dia masuk rumah aku dah nampak Wish aku, dengan Spectra bini aku. Boleh dok kata nak menang Kancil lagi.

9 comments:

Anonymous said...

Aku pernah jugak kena maacm tu dulu, mas tu aku baru pindah dok sembang kat aku dan gores bagai alih2 kena bayar RM5000. Tapi aku halau dia keluar. Kali ke 2 kat parking bukit jalil, tapi kali nih aku siap warning "kalau you tipu i pukul you dengan stearing lock nih" Dia terus blah sambil cakap dalam phone...

blackpurple said...

Pernah kena kat stesen minyak. Aku gores pun cuma sebab nak ambik hati. Lepas gores tu, mamat tu siap buat-buat terperanjat kunun, "Eh..bang..bang.. abang nasib baik.! abang dapat Myvi nih..!". Cakap Bahasa Melayu pun pelat...pigi dahh....

Aku cakap "Eleh.. saya dah tau tektik u all ni.. kalau u nak MyVi tu u ambik la.."

Aku sengaja pergi ke skyline aku terus blah......

semut said...

Bro...maafkan aku...

Pa'chik said...

Masa pi penang, kat komtar, ada mamat naik wheelchair datang, hulur kad gores dan menang,Hadiah Sejuta. Tapi kena bayar RM2 dulu.

Eh, kad gores dan menang tak sama kan.

p/s: mamat ngan wheelchair tu ada lagi ka?

Anonymous said...

Pernah jugak seronok-seronok gores kat pasaraya, menang sekali, dapat sekotak tisu. Jadilah, buat pengesat selsema :)

Yang tak seronok tu bila tengok kita menang, orang tu amboi bukan main seronok siap melompat lagi(sungguh!), macamlah saya menang BMW ke, rumah ke...hisy, tak berkenannya saya telatah dia tu! Lepas peristiwa tu saya tak pandang dah gores-gores ni.

Salam.

kemat said...

betul bunga rampai, bila gores kluar hadiah, yg jurujual tu yg terlebih gembira cam dia yang menang...cis lakonan mereka hebat btul..

Sayuti said...

itu namanya strategi marketing.

tp, kalau tak kena gaya, jadi la situasi macam tuan pegawai cakap tu.

Pegawai Khalwat said...

Cuaca
Ganas betul hang ni. Patut pukul dulu dengan stereng lock tu lepas tu baru kata, "kalau u tipu i lagi i pukul lagi sekali dengan stereng lock ni".

BP
Patut hang tengok dulu apa lagi trick dia macam Cuaca buat. Lepas tu katok dengan stereng lock kalau dia tipu.

Semut
Orang tua-tua merajuk buruk.

Pa'chik
Hoi! Yang tu loteri! Bukan gores menang biasa. Hang jumpa kat mana? Depan MekDi Komtar?

BR
Dapat tisu? Kira menang jugak la tu.

Kemat
Ya... memang hebat. Aku nak ajak depa berlakon dengan aku takut depa suruh aku gores dulu.

Sayuti
Bab bab marketing ni memang hang arif.

Pegawai Khalwat said...

Cuaca
Ganas betul hang ni. Patut pukul dulu dengan stereng lock tu lepas tu baru kata, "kalau u tipu i lagi i pukul lagi sekali dengan stereng lock ni".

BP
Patut hang tengok dulu apa lagi trick dia macam Cuaca buat. Lepas tu katok dengan stereng lock kalau dia tipu.

Semut
Orang tua-tua merajuk buruk.

Pa'chik
Hoi! Yang tu loteri! Bukan gores menang biasa. Hang jumpa kat mana? Depan MekDi Komtar?

BR
Dapat tisu? Kira menang jugak la tu.

Kemat
Ya... memang hebat. Aku nak ajak depa berlakon dengan aku takut depa suruh aku gores dulu.

Sayuti
Bab bab marketing ni memang hang arif.