30 November 2006

Kancil Penipu

Mencari tempat letak kereta memang susah. Nak nak pula di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Tanjung. Hari itu aku dan sahabat menggunakan tempat letak kereta bertingkat untuk untuk meletak kereta.

Jenuh berpusing mencari, dan tiap kali nampak ada ruang kosong, pasti ada kereta Kancil tersorok di situ. Beberapa kali keadaan begitu berulang. Maka kawan aku pun kata,

"Kancil ni dari binatang sampai kereta memang penipu!"

16 comments:

Pa'chik said...

hik hik, kancil tu memang jahat sungguh!
memang sakit ati sungguh, tambah kalau time tengah hari, dengan matahari tegak meninggi...

abdullahjones said...

hahahaha..

Tok Rimau said...

Aku kalau ke bandar, bawak kancil, tinggalkan MPV. Senang parking.

Anonymous said...

Kancil memang bijak, tapi penipu.

p/s...tanya lagi ni, ada persembahan teater bulan ni kat Tanjung? Kalau ada, tarikh bila, mungkin boleh padankan dengan jadual kerja. Tk. Salam.

Pegawai Khalwat said...

Pa'chik
Sokong!

AJ
Huhu....

Rimau
Tuan Kancil pun boleh kira penipu jugak ka?

BR
Sokong juga!

Psss.... bulan ni malangnya tak ada. Bulan 1 insyaallah ada. Bulan ni teater Cina adalah.

Lan Rambai said...

hahaha... dah kancil tu bontotnya pendek kan.. memang ahh terlindung.. haha

tapi aku selalu jugak paking seberapa dalam yg boleh supaya orang lain ingat kosong hahaha

blackpurple said...

Kancil memang...! di parking pandai menyelit, di tengah jalan pulak pandai mencilok...

sinaganaga said...

Ha ha.

tuan tanah said...

:)

gitartong said...

hahaha!

Pegawai Khalwat said...

Lan
Hang tuan punya kancil boleh dikira bersubahat menipu.

BP
Betul!

Naga
Hu hu....

Tuan Tanah
:p

Gitar
Hu hu.....

tujuh86 said...

Kehebatan kancil ni, sampai kancil lain pun boleh tertipu juga. Kalaulah ruang parkir tu panjang sikit, boleh muat dua kancil! Hah!

.:HalogamoRa:. said...

ha ha ha...mmg ramai yg tertipu...eh tp kelisa pun bleh gak tau.

semut said...

owh.jadi kau tak pernah kena tipu dengan motor yang parkir di kotak parkir kereta? haha

Pegawai Khalwat said...

786
Dah namanya kancil, kancil lain pun bole tertipu.

Halogamora
Kelisa bukan penipu. Dia menipu.

Semut
Motor? Kalau ada aku akan park di belakang dia, supaya dia tak boleh keluar. Padan muka dia.

amyz! said...

ahahaha.
jgn kata gitu. aku pun bawa kancil juga.

baiklah. lepas ni, aku tak parking dalam2. aku akan parking dan bahagian depannya sebaris dengan kereta-kereta besar. biar ada satu ruang kosong yang besar di belakang kancil tu~