19 December 2006

Intro - Devian Dogma

Aku dah pun menyiapkan skrip teater yang terbaru. Cadangan pementasannya tampak hebat. Pementasan di Tanjung ada dua kali; USM dan P.Ramlee, kemudian cadangnya turun ke Kedah dan Perlis. Pertengahan kedua aku merantau pula ke Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

Tapi semuanya masih dalam perancangan. Aku takut kesibukan aku akan mengekang segala perancangan dan kerja-kerja aku. Akhirnya impian hanyalah tinggal kenangan. Apa-apapun, setiap perancangan direalisasikan dengan izin-Nya.

DEVIAN DOGMA

Tajuk naskhah terbaru aku. Ambil masa berbulan juga untuk siap. Aku rasa tajuk menceritakan segalanya. Kalau kalian tak tahu apa maksudnya, maka rujuklah Kamus Dewan Edisi Keempat, yang jaketnya berwarna merah.

Ceritanya tentang pembunuhan seorang wanita, yang modus operandinya sama dengan kes-kes pemerkosaan oleh orang minyak, yang pada masa yang sama sedang mengganas.

Persoalan devian dalam masyarakat kita, serta permasalahan dogma; aku utarakan secara parodi dan satira. Tak tahulah jika naskhah aku ini mencapai tahap parodi atau satira atau tidak tapi setidak-tidaknya kalian tahu itulah nawaitu aku.

Mungkin juga sifat aku yang gemar pada sarkasisme, menyebabkan naskhah-naskhah aku sarat dengan irama semiotik, termasuklah juga yang terbaru ini. Maka terpaksalah orang mengorek lapis demi lapis untuk melihat intisari cerita.

Tak kupas pun tak apa, kerana hidangan memang telah disediakan mentah tapi boleh dijamah. Memang satu lagi sifat aku yang suka pada sesuatu yang memprovok minda. Tak aku tak lupakan juga elemen komersial pada nilai tiket yang akan dibayar oleh audien.

Jadi kiranya kalian sudi menjemput pasukan kudrat produksi aku ke tempat kalian, mempersembahkan sebuah kisah yang entah apa-apa, jemputlah. Ada kelapangan, ada kudrat, ada izin dari-Nya, maka turunlah kami.

Jika tidak, kalianlah turun ke sini.

12 comments:

sinaganaga said...

Meh aaa main kat KL weh!!!!

Sir Mute Key Chicks said...

wah.brape tiket ko nak tolak kat aku?wakaka.selamat makan bro.

Anonymous said...

Tak paham...tak paham... Tapi macam best jer naskah ko tuh. Unsur thrilller, aku suka hehe. Bile nak g perlis. Leh a aku balik kg skali :D

Anonymous said...

turun terengganu tu bila? bahagian mana?

tuan tanah said...

Uuuu... tak dapat nak tengok... :(

Anonymous said...

hm....teruja

Pegawai Khalwat said...

Naga
Aku cuba diuruskan. Mungkin MATIC.

Semut
Berapa hang nak?

Nuraddeen
Perlus akan datang. Tain depan.

Pa'chik
Bila belum pasti. Sebelah Kuala Ibai. Taman Budaya Ganu. Dekat Masjid Terapung.

Tuan Tanah
Kirim VCD bole?

Cuaca
Teruja? Tak cukup. Kena tengok.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah..! Tajuknya saja dah cukup hebat...! Tahniah !

Tok Rimau said...

Turun sampai JB la geng.

Pegawai Khalwat said...

BP
Wah.... anda menggerunkan aku dengan tahniahan itu.

Rimau
Ada ongkos, ada kelapangan, ada izin, sampai la.

Anonymous said...

Salam. Wah, bagus... saya tunggu!

artisticklytouch said...

Waaaahhh...abang buat teater ye... sorry ye, tak jadi nak berlakon, saya tak confidenlah..

Semoga kaplah yang menggunung...