26 December 2006

Selfish - Sifat Yang Tak Akan Terhakis

Malam itu, aku dan keluarga ke Pesta Tanjung. Ramai sungguh. Awal kemunculannya tak seramai begitu. Nak letak kereta pun sangat susah kecuali datang seawal jam enam petang. Tukang parking haram pun muncul macam kulat lepas taufan. Bayangkan letak kereta tepi jalan yang hak milik kerajaan pun kena RM3.00. Kalau motosikal RM2.00.

Jalan raya sesak teruk, macam banjir kat jalan depan. Walhal bahana orang letak kereta tepi jalan. Nak pula tapak pesta itu dekat dengan stesen bas ekspres, yang dulunya merupakan tapak letak kereta. Mana bas ekspres berebut masuk mengejar masa, mana kereta pun berebut masuk mengejar masa. Kali ini, kancil yang pandai menipu pun tak ada peluang menipu sebab ada lagi mahkluk berkaki dua yang lebih pandai menipu.

Dan perkara yang sama berlaku dengan sebuah kompleks beli-belah yang baru dibangunkan di tepi pantai. Memang yang terpanjang dan terbesar di Tanjung. Laksana Midvalley lagaknya aku rasa. Tapi seperti biasa bila ada benda baru maka ramailah yang datang mengerumun. Termasuk aku.

Deretan kereta yang cuba masuk letak kereta mengalahkan semut dalam sebuah koloni raksasa. Di dalam kompleks ada tujuh tingkat tempat letak kereta, tak termasuk bawah tanah. Di luar kompleks ada lagi tempat letak kereta, tak tahulah haram atau sementara. Itu pun masih ada banyak tuan punya kereta yang letak kereta di bahu-bahu jalan dalam tempat letak kereta. Tanpa kemahiran yang cukup, aku rasa sangat sukar meletakkan kereta di ruang kosong dek kesempitan yang diakibatkan oleh tuan punya kereta yang mementingkan diri sendiri ini. Nak pula tak ada power steering.

Memang aku rasa nak membebel dengan sikap orang kita. Tak mustahil akan lekat pada aku. Kerana dek pesta, aku terpaksa beratur selama satu jam setengah atas jalan, namun masih tak dapat letak kereta walau ke mana saja aku berpusing mencari jalan. Bila aku datang dengan motosikal, letak atas kawasan lapang yang entah milik siapa, tuan peniaga air dan keropok haram di situ minta pula RM 2.00, macam dia bayar tapak itu untuk berniaga dan letak kereta.

Dek kereta yang letak di bahu jalan tempat letak kereta, bonet kereta aku kemik terlanggar dinding belakang, gara-gara mahu lekas kerana dihon kereta yang sedang beratur menunggu aku berpeluh memulas steering yang tak berkuasa.

Mujurlah aku ni sabar. Walau masih ada sisa-sisa kegeraman pada orang yang suka mengambil kesempatan pada kesabaran dan baik hati aku.


10 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya dalam time2 lagu tu, kesabaran amat diperlukan. Kalo tak akan bertambah sesak gara2 acara gaduh di tengah jalan hehe..

tuan tanah said...

mari kita buat kempen: naik basikal!

gitartong said...

haha! padan muka hang!

blackpurple said...

Orang kita ramai yang dah jadi enau dalam belukar.... itulah pasal....!

Anonymous said...

peringatan tu.. jangan nak pergi pesta aje.

Anonymous said...

Salam. Bebel-bebel hujung tahun sambil mengingatkan tu :))

Pegawai Khalwat said...

Dah lama nak reply komen, tapi gempa bumi di Taiwan menidakkannya.

Nuraddeen
Sabar dah le ni.

Tuan Tanah
Sini banyak kawasan berbukit. Letih!

Gitar
Bukan muka aku sorang.

BP
Memang. Melepaskan pucuk masing-masing.

Sayuti
Bawak famili brader. Lagi pun selama sebulan pesta, aku pi sekali tu saja.

BR
Itupun kalau ada yang teringat.

artisticklytouch said...

Ha ha orang Penang memang suka parkir di tepi jalan...

Dan hang memang suka langgar apa saja bila me'reverse'kan kenderaan..

Nak power steering?? Minumlah air POWER!

Anonymous said...

fuh! kesabaran ko tahap dewa la.hehe..kalu aku dah lama dah blah..mmg x pegi la tempat tu kalu jem cenggitu

Pegawai Khalwat said...

Art
Itu sebab takdak power stereng.

Penyu
Nak blah pun tak boleh. Sebab jem. Jalan pun satu saja.