25 February 2007

Kesedaran Dari Tuan Punya Kucing

Hari itu, ketika anak aku sedang mengejar seekor ibu kucing dan anak kucing, aku bertembung dengan tuan punya kucing itu, seorang wanita India yang aku rasa sudah lebih separuh abad. Kami pun bersembang seketika.

Tuan Punya Kucing : Ini kucing sudah enam tahun saya bela tau. Dia beranak, mati. Beranak, mati. Dulu ada banyak anak. Sekarang sudah sikit.

Aku : Anak yang dah besar ada juga la?

Tuan Punya Kucing : Ada, tapi sudah besar semua lari dari dia punya mak. Saya ada enam cucu tau. Paling besar sudah sekolah menengah.

Aku : Jaga-jaga jatuh satgi!

Itu pesanan aku pada anak aku agar tidak terlalu ralit mengejar kucing, bukan pada wanita India tu.

Tuan Punya Kucing : Awak tengok, saya pun laki sudah lama lari tinggal saya. Ikut lain perempuan. Tapi saya tarak bunuh anak. Itu perempuan yang bunuh gila punya orang. Tarak otak. Mau marah sama laki marah la. Tapi anak-anak jangan kacau. Dia apa tau?

Tu dia! Betul bak kata Keng dan Bunga Rampai, ilmu, guru dan kesedaran ni boleh datang dalam pelbagai bentuk yang tak diduga.

7 comments:

DeeN said...

ya betul. Bukan setakat dalam kelas saja ilmu tuh, hatta dari org yg tak pernah masuk kelas.

hehe . . memang ada banyak cerita dalam satu kisah ek.

artisticklytouch said...

anak hang dah buleh lari ka? hang bawak jugak anak hang keluaq rumah no. baguih la bagi dia kenai rumput, jangan jadi macam anak2 LKA, kenai bulu saja ha ha

Ku Keng said...

Salam Bro.,

Terima kasih kerana memuatkan lagu yang amat saya suka sewaktu kecil dulu. 'Hassan dan Hasnah'

Bunga Rampai said...

Salam,

Wow, best!
Terima kasih lagu-lagu klasik tu. Tahu siapa penyanyinya? Lagu dari filem? Dan nama lagu tu 'Hassan dan Hasnah' atau 'Hassan Budak Jaga Lembu'?.
Senikata lagu ni dah tempek kat blog saya :)

Lepas ni, bubuh Bengawan Solo pulak :) Terima kasih.

Bunga Rampai said...

Eh lupa...siapa pencipta lagu H/H?
Maaf, banyak benar bertanya :)

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Binatang pun tak bunuh anak sendiri.

Wah ! Lagu klasik ek...

Pegawai Khalwat said...

Nuraddeen
Memang banyak cerita dalam satu kisah.

Art
Dah boleh lari dah. Tak larat nak kepung.

Keng
Salam Tuan Keng. Sama-sama. Gembira bila boleh menggembirakan orang.

BR
Tajuk lagu tu memang tak tahu. Kalau tak salah lagu tu petikan dari filim. Mungkin Tuan Keng lebih mengetahui.

Pencipta lagu?
Sedangkan lagu moden pun aku tak tau sapa cipta, inikan pula.....
Mungkin perlu dibuat sedikit kajian.

Psss... ya, nantikan bengawan solo dan kemayoran.

BP
Tak tepat bang. Binatang pun ada juga yang bunuh anak sendiri.

Contohnya dari keluarga kucing, tak kiralah kecik atau besar. Harimau jantan, singa jantan, kucing jantan (tak semuanya) akan bunuh anak yang masih kecil kerna tidak mahu menjadi rivalnya.

Selamat kalau si ibu bijak menyembunyi dan mempertahankan anaknya.