Sedang membuat muka ganas supaya ahli wanita kami tidak diganggu oleh manusia lain di R&R Tapah ni.
Berusaha keras menghabiskan kopi latte yang rasanya tak sama langsung dengan kopi kedai Kak Norma. Lebih sedap, lebih mahal.
Sedang mencari hotel penginapan kami. Parking tempat lain, hotelnya di tempat lain. Itu tak termasuk bebal sebab dua jam cari hotel tak jumpa-jumpa di waktu puncak trafik sesak teruk. Foto-foto amarah tidak diambil atas sebab keselamatan.
Mengetuk pintu bilik hotel sendiri. Sedang menguji kekebalan pintu sekiranya berlaku bencana alam seperti puting beliung, ribut, gempa bumi, rusuhan.
Makan lagi! Tapi ini sarapan yang disediakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Syarat utama di atas tidak tertakluk kerana bukan duit produksi.
Kerja-kerja menyiap dan menggantung set sedang giat dijalankan. Pada masa yang sama, kerja-kerja ringging juga dijalankan. Panggung ini mempunyai dua sistem flying bar iaitu motorised dan counter weight. Dan inilah satu-satunya panggung yang aku lihat ada safety chain pada lampu yang digantungnya. Tahniah!
Pandangan dari atas. Ruang pentas dan tempat duduk.
Inilah dia Taman Budaya Kuala Lumpur, yang letaknya bersebelahan Balai Polis Trafik, dekat Bas Stand Klang lama. Tapi kalau aku datang sekali lagi mesti aku sesat. Tempatnya cantik, parkingnya banyak, merupakan bekas gereja yang diubah suai.
Jamrud sedang membelasah Tejo.
Tejo menghalang Surti daripada memanggil Gundorowo.
Tejo mengalah kepada Jamrud yang lebih gagah dan sasa maskulin.
Barisan pemain dan pengurus pentas.
Minum-minum ala bar di R&R Sungai Perak ke arah Utara.
Ambil kesempatan bersantai, kami melawat Zoo Taiping, mencari rakan-rakan dan saudara yang dikurung di sini.
Akibat tidak menurut perintah, semua ahli produksi disumpah menjadi rusa sambar sehingga habis Krismas.
Aku mengucapkan terima kasih kepada semua ahli produksi yang bertungkus-lumus menjayakan siri jelajah ini, dari Januari hingga sekarang, dari Tanjung, ke Kedah, ke Perlis dan ke Kuala Lumpur. Tanpa kalian (dan izin-Nya), produksi ini pasti tidak akan dapat direalisasikan. Kalian adalah yang terbaik.
Pada para penonton yang hadir, terima kasih. Pada blogger yang hadir, sama ada memperkenalkan diri atau tidak, juga ribuan terima kasih (Goro, Rena, Bunga Rampai, Mineral).
Nantikan projek kami yang terbaru. Tahun hadapan. Terima kasih kerana menyokong teater Melayu.