28 November 2007

Imejan Produksi Devian Dogma di Kuala Lumpur

Kali ini tak ada foto senget. Jangan risau. Tapi inilah entri aku yang paling banyak gambar. Cerita produksi Devian Dogma di Kuala Lumpur, 24 November 2007, Taman Budaya Kuala Lumpur.

Produksi Devian Dogma di Kuala Lumpur, termasuk 3 orang ahli yang memang dah menetap di Kuala Lumpur, yang sudi turun membantu.


Sedang membuat muka ganas supaya ahli wanita kami tidak diganggu oleh manusia lain di R&R Tapah ni.


Berusaha keras menghabiskan kopi latte yang rasanya tak sama langsung dengan kopi kedai Kak Norma. Lebih sedap, lebih mahal.


Sedang mencari hotel penginapan kami. Parking tempat lain, hotelnya di tempat lain. Itu tak termasuk bebal sebab dua jam cari hotel tak jumpa-jumpa di waktu puncak trafik sesak teruk. Foto-foto amarah tidak diambil atas sebab keselamatan.


Mengetuk pintu bilik hotel sendiri. Sedang menguji kekebalan pintu sekiranya berlaku bencana alam seperti puting beliung, ribut, gempa bumi, rusuhan.


Menu makan malam pertama bersama. Ayam Nandos. Syarat utama, makan mesti sampai habis.


Makan lagi! Tapi ini sarapan yang disediakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Syarat utama di atas tidak tertakluk kerana bukan duit produksi.


Kerja-kerja menyiap dan menggantung set sedang giat dijalankan. Pada masa yang sama, kerja-kerja ringging juga dijalankan. Panggung ini mempunyai dua sistem flying bar iaitu motorised dan counter weight. Dan inilah satu-satunya panggung yang aku lihat ada safety chain pada lampu yang digantungnya. Tahniah!


Pandangan dari atas. Ruang pentas dan tempat duduk.


Inilah dia Taman Budaya Kuala Lumpur, yang letaknya bersebelahan Balai Polis Trafik, dekat Bas Stand Klang lama. Tapi kalau aku datang sekali lagi mesti aku sesat. Tempatnya cantik, parkingnya banyak, merupakan bekas gereja yang diubah suai.

Surti dan Jamrud sedang berbalah.


Jamrud sedang membelasah Tejo.


Tejo menghalang Surti daripada memanggil Gundorowo.


Tejo mengalah kepada Jamrud yang lebih gagah dan sasa maskulin.


Barisan pemain dan pengurus pentas.


Inilah audien yang hadir. Walaupun tidak ramai, tapi audien yang berkualiti dan celik teater.


Sedang mengemas kembali set.


Minum-minum ala bar di R&R Sungai Perak ke arah Utara.


Ambil kesempatan bersantai, kami melawat Zoo Taiping, mencari rakan-rakan dan saudara yang dikurung di sini.


Akibat tidak menurut perintah, semua ahli produksi disumpah menjadi rusa sambar sehingga habis Krismas.

Aku mengucapkan terima kasih kepada semua ahli produksi yang bertungkus-lumus menjayakan siri jelajah ini, dari Januari hingga sekarang, dari Tanjung, ke Kedah, ke Perlis dan ke Kuala Lumpur. Tanpa kalian (dan izin-Nya), produksi ini pasti tidak akan dapat direalisasikan. Kalian adalah yang terbaik.

Pada para penonton yang hadir, terima kasih. Pada blogger yang hadir, sama ada memperkenalkan diri atau tidak, juga ribuan terima kasih (Goro, Rena, Bunga Rampai, Mineral).

Nantikan projek kami yang terbaru. Tahun hadapan. Terima kasih kerana menyokong teater Melayu.



22 comments:

Anonymous said...

eh eh.. hang ada datang perlis..
kejamnya aku tak pi tgk..
hahaha

DeeN said...

Aisey! Aku terlupalah. *tepuk dahi* apapun tahniah utk hang! Ke mana lagi lepas neh?

tegezoot said...

apa taruk gambar aku waktu kena belasah ngan si butaseni saja??

crunchyahcock said...

kecik giler stage dia.... len kali amik gmbar setiap bloggers yg dtg!!!!...pssst len kali aku nak ikut leh?

- G O R O - said...

Tahniah bos...

Sukses selalu..Nanti dtg lagi..

Tagline
"Sya juga memakai kasut yang mahal"

akan diingat sampai bila2..

Korang semua BEst...

Bunga Rampai said...

Hahaha ... jadi rusa? Nanti masa Krismas semua pakat nyanyi Jingle Bells ka? :-D

Salam,

Skrip yang baik, arahan yang bagus, komitmen yang tinggi para pelakon dan tenaga kerja menjadikan DD satu persembahan yang berjiwa.

Kombinasi unsur-unsur moden dengan budaya/tradisi silam, ditambah dengan unsur-unsur lucu dalam dialog menjadikan DD sangat istimewa. Andai punya peruntukan yang lebih baik untuk jelajah satu Malaysia, saya rasa DD mampu memupuk minat khalayak untuk menonton teater.

Cuma satu babak yang saya rasa agak membosankan(saya) iaitu babak debat kata antara Surti dengan Tejo. Kalau diselitkan dengan dialog lucu, saya rasa lebih meriah.

Akhir cerita adalah klimaks yang menyentak penonton. Saya sendiri ternganga dengan kejutan itu! Betapa DD telah menyekat kepuasan penonton untuk sampai ke puncak. Tapi di sinilah keistimewaan DD yang mampu mengheret penonton untuk berfikir!

Banyak unsur-unsur didaktik yang diketengahkan oleh DD menjadikan DD bukan saja menghibur malah mendidik penonton. Syabas!

Oh, saya kagum aksi-aksi 'belasah' tu!

Saya tunggu projek Bakawale seterusnya.

Butaseni@Wan Raja said...

hihihi hihii hihihi (membaca komen bunga rampai) hihihi
menjunjung kaseh bunga rampai,kami hargai.

aku masih ingat dinner yang diberi percuma pada malam pertama itu.aku ingat bestlah makan hotel,rupanya nasik yg hampeh,makan kat antin skolah lagi best.sedangkan hampa semua dengan bahagianya makan kat nando's.cis!!

Pegawai Khalwat said...

Ron97
Hang memang kejam.

Nuraddeen
Aik, bole terlupa? *tepuk dahi hang*

Tegezoot
Gambar itu paling berjiwa.

Ahcock
Gambar bloggers yang datang memang diambik, tapi tak dipaparkan sebab menghormati depa ni bukan jenis macam hang dengan Butaseni suka tayang muka.

Goro
Rugi hang mai lambat sikit, kalau tak seketul ayam nandos milik hang.

Psss... tagline tu pun hang bole ingat. Anyway tq mai.

BR
Ya, babak itu memang membosankan. Sengaja aku tulis macam tu sebab aku nak mencabar diri supaya berjaya membentuk pelakon yang boleh membawakan dialog-dialog yang diberi dengan berkesan.

Persis lakonan di dalam filim, yang banyak bermain dengan kata-kata. Aku mengaku aku gagal dengan babak itu. Tambahan lagi watak Tejo yang dibawa Tegezoot itu adalah watak gantian kerana pelakon asalnya tidak dapat hadir.

Tersentak dengan klimaks? Ya, memang tujuan aku macam tu. Aku cuba lari dari pendekatan konservatif. Harapnya memberikan kesan. Tak kisahlah, kagum ka, meluat ka, tak paham ka, asalkan orang akan ingat.

Psss.... aksi belasah itu memang kepakaran Butaseni dan Tegezoot. Dalam pementasan sebelum ini, aksi belasah itu lebih menjadi.

Butaseni
Amboi, hampa dengan bahagianya makan nandos. Abis yang hang mai terkejut tergempaq sampai suruh berpisah dok tempat lain tak mau, nak menyempit jugak sebelah aku tu apa?

Psss... awat tak ambiq gambaq makanan kantin tu?

jinggo said...

wahai tegezoot.........
gabq dia pukoi hang saja aku tau pasai apa...
pasai dia kan abang................
hahahaha..........

Butaseni@Wan Raja said...

kalau nak blogging memang satu kemestian ka merahsiakan muka kita?kalau letak satu kesalahan ka?hinaan ka?ha?ha?ha?ha?
(sudah dilatih dengan self confidence dan berani berhadapan tapi bukan buat pandai dan overshadow sesiapa),tak ada kesalahan bagi aku hihihi

Anonymous said...

yer.. yer..
sama-sama

yer.. yer..
sama-sama

yer.. yer..
sama-sama

tahniah atsa pementasan DD.. maaf tak dapat memeriahkan suasana malam itu..

blackpurple @ jowopinter said...

Aku gagal lagi menghadirkan diri, padahal aku memang dah nak sangat pergi petang itu. Sayang......

Apapun tahniah!

m i n e r a l . . . said...

yeah yeah ade wajah hamba disana jejejejej....

errr sebernya nk tumpang tanya skit bole?

melayu mempunyai byk kisah mitos dan hantunya yg tersendiri, belum terungkai pun ilmu2 hitam dn seumpamanyer..., kenapa subject org minyak?...

Anonymous said...

ada jual dalam bentuk cd atau dvd?
kalau ada, nak beli boleh :D

apapun, tahniah :)

tegezoot said...

dewataraya.

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Ha ha ha.....

Butaseni
Sapa kata salah? Ada aku kata salah? Ada?

Hang muka hensem takpala letak kat blog. Kami yang muka macam slow loris ni.....

Rena
Terima kasih.

Takpa, siang pun dah meriah sangat oleh hang. Sori aku pi jentik telinga kucing tu, aku tau hang marah kat aku. Ha ha ha....

BP
Family 1st bang. Takpa, kami terharu dengan sokongan hang. Lain kali ada lagi.

Mineral
Orang minyak subjek yang agak dekat di hati dan dah diekploitasi dengan lebih meluas.

Kalau pontianak, polong, langsuir, subjek perbuatanya terhad. Setakat makan anak baru lahir, kencing atas orang dah sebagainya.

Mungkin boleh diperbagaikan lagi, tapi sengaja aku nak fokus pada orang minyak dan kepercayaan orang kita.

Akirasuri
Nak jual pun tak sampai hati. Sebab kualiti mengalahkan cetak rompak, walaupun original copy.

Tegezoot
Harimau hitam atau naga merah?
Pelawak tulang atau Encik Otot?

Lily Abdullah said...

Sudah terlepas..hu..hu..

peminat teater.

tegezoot said...

Siluman mawas!!!

Rasha_rz said...

eh, lain kali kalau ada lagi pertunjugan teater, jemputlah akak, akak teringin sangat nak menonton teater. heh? untuk akak dan kawan2 akak.

Bunga Rampai said...

Salam,

Minta kebenaran. Nak salin komen saya di atas. Tampal kat blog saya.
Buat kenangan :-)

Terima kasih.

Bunga Rampai said...

Lupa ... tampal kat entri saya bertajuk "Santai."

Lagi sekali, terima kasih.

Kemat said...

aku ada mai tgk masa shoew kat KL..best..