19 November 2007

Retreat Ke Teluk Duyung @ Monkey Beach Kali Ke-2

18 November 2007, Ahad. Kami sekali lagi mengadakan retreat ke Teluk Duyung a.k.a. Monkey Beach, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Sekadar beriadah dan melepaskan ketegangan kerja. Memang sungguh menyeronokkan, aku tak boleh nak ceritakan di sini. Biar gambar yang bercerita.

Langkah dimula. Kami bersebelas sahaja setelah ramai yang tarik diri pada saat akhir. Kebanyakan yang tarik diri adalah ahli baru yang tidak pernah merasai keseronokan program ini. Kalau mereka ikut sekali, aku yakin lain kali mereka tidak akan menarik diri lagi.


Pintu masuk hutan Taman Negara Pulau Pinang. Kameraman tidak rasmi sedang melakukan tugas rasmi merakam aktiviti santai kami. Beliau bijak mencari ruang dan sudut yang menarik untuk dipaparkan di kaca tivi.


Papan tanda di pintu masuk. Dulu tak ada, sekarang dah ada. Dah makin memudahkan pelancong. Dengan peringatan yang biasa kita terima bila melakukan aktiviti di kawan hutan.


Papan tanda di persimpangan. Ke kiri ke Pantai Kerachut. Ke kanan ke Teluk Duyung. Kalau ikut jalan laut, kedua tempat ini tidaklah jauh mana. Tapi jika dah sampai ke salah satu tempat, memang tiada trek lagi untuk pergi ke tempat yang satu lagi. Kecuali dengan meredah hutan yang belum diteroka.


Papan tanda di kawasan rekreasi Sungai Tukun. Kawasan ini akan ditemui dalam perjalanan sama ada ke Pantai Kerachut atau Teluk Duyung. Tapi ia terletak lebih jauh dari persimpangan pertama tadi. Tempatnya memang sempurna untuk riadah. Mandi, surau, tandas, pentas dan sebagainya.


Berehat seketika melepaskan lelah di Muka Head, berdekatan dengan Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM. Kawasan ini tidak dibenarkan berkelah atau berkhemah. Nak rehat minum sikit-sikit boleh lah. Kerana kawasan ini digunakan untuk kajian.


Perjalanan diteruskan. Kelihatan abang sasa, seorang jurulatih gym dan bouncer membantu dengan membawa bekas makanan.


Laluan semakin sukar. Banyak pokok yang tumbang dan ada ketika kami terpaksa merangkak untuk melepasi satu-satu laluan.

Pantai Teluk Duyung nun sayup kejauhan. Pemandangan lebih jelas sebenarnya kalau diambil dari kawasan laut. Tapi aku malas nak bawa kamera yang mahal ke tengah laut. Buatnya terjatuh........


Dah sampai port, manusia pun tak ramai, maka kami menjajah kawasan yang cukup cantik dan selesa ini. Urusan penyediaan makanan kami serahkan kepada ibu dan bapak yang lebih pakar. Tapi, kami nak buat pengakuan berani kat sini, bahawa kari ayam yang dimasak oleh kedua laki bini ini memang lazat, sedap, enak tak terkata. Sayang kalian tak boleh nak cuba rasa.


Inilah kawasan yang dijajah oleh kami. Rumah disebelah belakang itu merupakan banglo Boon Siew. Ada dua buah semuanya. Sebenarnya kawasan pantai ini merupakan tanah milik Boon Siew. Kalau kalian perasaan, nama dia ada selepas nama Honda. Tapi pada motosikal sajalah. Boon Siew merupakan usahawan yang membawa dan mengedar motosikal Honda di Malaysia dan mendapat hak eksklusif meletakkan namanya selepas Honda. Tanah ini dijadikan pantai awam di samping beberapa bahagian yang dijual kepada pihak hotel.

Seni di mana-mana. Seni grafiti di belakang badan. Ketika ini adalah sesi santai, rehat, sembang-sembang selepas sesi makan, berendam, sparring dan sebagainya.


Biasanya kami pulang dengan berjalan kaki lagi. Tapi kali ini kami pulang dengan bot laju. Bukan apa, kami masih ada destinasi kedua iaitu Sungai Tukun. Di situ ada air katoq atau air bukit. Dah penah berendam air laut yang tak begitu jernih tu, kami nak cuba pula air tawar.

Bergembira beberapa minit di atas bot. Memang laju hingga kami rasa macam tengah shooting filem Miami Vice 2. Ingat, Miami Vice 2 bukan Gerak Khas The Movie 4.


Inilah kawasan air katoq. Kelihatan ahli-ahli rombongan sedang mengambil giliran melakukan kuang balik dari belakang. Suatu perkara yang sudah menjadi kelaziman bagi kami.


Aksi interframe yang merosakkan rakaman aksi kuang balik berganda. Kelihatan juga abang sasa sedang memanaskan badan yang sejuk akibat air yang ultra sejuk.


Kuang balik berganda. Akibat latihan yang tidak mencukupi, maka tiada synchronisation. Mereka diketawakan dengan dahsyatnya oleh jurulatih yang sedang memerhati. Jurulatih yang sama juga membuat interframe sebelum ini, baringkali akibat cemburu akan kehebatan anak buahnya.


Abang sasa melakukan kuang balik, diperhatikan abang hensem dan jurulatih. Tiada orang yang mati atau dicederakan ketika sesi latihan ini dijalankan.

Sesi kami sampai setakat itu. Kami pulang berjalan kaki. Yang pasti retreat ini pasti akan muncul lagi. Kali ini kami mungkin berubah angin ke Pantai Kerachut, atau Gunung Jerai, atau Koh Samui, atau Bora Bora, atau..............

12 comments:

jinggo said...

eeerrmmmmm....
memang best............
rugi sapa tak p............

tini said...

teman tengok camera man yang posing lebih..(2nd picture)..hahahah...apa2 pun deme best ar..

Qaseh Bidadari said...

ngeri betul aksi balik kuang tu...

- G O R O - said...

Alahai tenangnya..

Stim siot aktiviti macam nie..

Geram...

Butaseni@Wan Raja said...

hmmm tak best tak best.jeles tahap sangdewata raya.apa boleh buat dah tugass.aku pekerja dedicated,tak boleh mengulat time office hour.ahad pun kadang kadang ada program.

Bunga Rampai said...

Adeii, datang sini akhir-akhir ni sangat menyakitkan:-p Hari tu sakit leher tengok gambar terbalik. Hari ni sakit jiwa tengok gambar-gambar santai ni ... hutan, pantai dan air ... phew!

Salam :)

DeeN said...

Alah, kuak balik dalam air berani la buat. Cuba buat kuak lentang kat atas tikaq ka, lantai simen ka, dari tingkat 25 ke hak hak hak

Super Nia Hana said...

hoh!!
byk gambar sexy
**hana tutup sebelah mata

ahahaha

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Lepas ni kita pi koh samui pulak.

Tini
Kalo rasa best, meh la join kami.

Mama Ranggie
Depa ni dah pro.

Butaseni
Dedicated konon. Terpaksa kata saja la terpaksa.

BR
Memang tujuan blog ni menyakitkan hati orang. Yang sakit itulah yang orang akan ingat. :P

Nuraddeen
Atas tikaq dan lantai simen pun depa dah terer. Atas lantai tingkat 25 pun tak ada masalah.

Hana-ni-mo-nai
Seksi ka? Ha ha ha!

crunchyahcock said...

koh samui????? setttt!!!

Chik chuMeLL said...

ish2...seksanya gmbr..pe2 pn mmg best camping ni..lg2 kalu kite ni mmg kaki camping n trekking...ibaratkn satu terapi tau..yeah...!!

Hisyam Alewi said...

Salam bro..thnx 4 sharing ur wonderful experience..nk tnya sket leh?berapa lama eh trekking tuk smpai ke Monkey Beach tu?