12 February 2008

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

Dulu, pepatah ini aku fahami sebagai buat baik itu biarlah bersungguh-sungguh, dan jangan sekali-kali berbuat jahat. Tapi setelah umur semakin tua, dan juga mendengar pendapat orang lain, aku rasa dan bersetuju bahawa pepatah ini juga ada maksud yang lain.

Ini persoalan masyarakat kita, bangsa kita, bukan persoalan agama. Jika persoalan agama, pastinya menuntut kita berbuat baik sebanyak yang mungkin. Tapi kerana ini adalah pepatah Melayu, maka perkara yang aku timbulkan ini juga berkaitan dengan bangsa.

Ada orang berkata, buat baik berpada-pada, maknanya kalau buat baik itu biarlah berpada-pada. Cukuplah setakat yang termampu dan yang sepatutnya. Kerana kecenderungan sesetengah orang dalam masyarakat kita yang suka memijak kepala. Diberi betis nak peha, diberi peha nak dada, diberi dada nak kepala. Tidak pernah cukup.

Benarkah begitu? Apakah harus kita berbuat baik setakat yang perlu sahaja? Aku timbulkan persoalan ini kerana aku sendiri yang mengalami perkara ini. Iaitu bila berbuat baik pada orang, kepala kita dipijaknya. Ini adalah hasil berbuat baik berulang kali. Aku tahu tidak semua begitu, dan aku yakin pepatah Melayu pun tidak menggambarkan semua orang Melayu, tapi itulah situasinya yang membuatkan aku terfikir.

Dan ini juga membuatkan aku terfikir juga. Adakah buat jahat jangan sekali bermaksud jangan buat sekali, tapi buatlah dua kali atau tiga kali atau lebih. Pastinya akal logik kita menolak telahan ini, terutama jika kalian pejuang bangsa dan agama.

Tapi logik pemikiran orang-orang tua dahulu juga kita tidak tahu setakat mana hebatnya. Mungkin juga buat jahat jangan sekali bermaksud alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau buat jahat sekali, hukuman dunia adalah sama dengan buah jahat berkali-kali.

Bunuh satu nyawa, hukumnya mati. Bunuh tujuh nyawa, hukumnya mati juga. Curi komputer, hukumnya penjara. Curi satu kontena cip komputer, hukumnya penjara juga. Relevankah hipotesisnya?

Dan semestinya aku bercakap tentang hukum dunia, hukuman akhirat tidak aku pertikaikan. Cuma pepatah ini membuatkan aku berfikir. Apakah ada maksud di sebalik maksud?

Apa kata benak kalian? Apa kata hati kalian?

22 comments:

Anonymous said...

faham..pd yg mngerti..yg pernah merasa..biarkn mereka dgn dunia lalai mereka..bantulah mereka yg memerlukannya...ishk2, per la yg pu3 merepek nihh
hihi..jgn ler serik dgn pu3..yerk?

jiGOMorrison said...

Buat baik berpada-pada
- Rujuk pepatah, 'seperti melepaskan anjing tersepit', 'seperti mendukung biawak hidup', 'diberi betis, hendak peha'. Maknanya, kalau mahu buat baik pun perlu berhati-hati. Waspada. Jangan sembrono saja.

Buat jahat jangan sekali
- Kalau diterjemah, boleh bermaksud, 'you should never do evil (even for once). Jangan buat jahat, walaupun sekali. Perbuatan jahat ni macam dadah. Boleh buat kau ketagihan. Buat sekali, nak buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Rujuk Macbeth. Bila kau pernah membunuh sekali, takkan ada lagi rasa kesal kalau kau mahu membunuh buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Mungkin.

jinggo said...

siluncai terjun dengan labu-labunyaaa....

Ku Keng said...

Hai berfalasafah pulak pula hari ni! Buat jahat jangan sekali, Hanya 4 atau 5 tahun sekali. Dan tahun ini akan jatuh tahun ke-4. Oleh itu, awas.

Pegawai Khalwat said...

Puteri Cahaya
Aku tak serik pada orang yang boleh beri komitmen. Harap puteri tak serik dengan aku.

Jigo
Yo, lama tak dengar cerita bang.

Ya... analogi yang hang bagi tu lebih tepat. Aku setuju sangat, melengkap dan membantu lagi orang lain faham entri ini.

Jinggo
Kita selamatkan labu. Luncai kita biar lemas.

Keng
Aha... Tuan Keng memang dapat membaca lapisan demi lapisan entri ini.

Ya awas! Saya tak suka pangkah organisasi. Saya suka pangkah orang. Ha ha!

Sayuti said...

berpada-pada tu juga mungkin merujuk kepada situasi. kepada siapa kita buat baik tu.

mungkin.

orang kampung said...

errrrr...kalau aku buat jahat jgn sekali....sebab dah alang alang buat jahat, buat banyak kali. hahahahahaha. boleh pakai ke hipotesis nih. bak kata hang curi 100 masuk lokap curi sejuta pun masuk lokap. Teringat kata seorang kawan aku...."aku buat loan 1juta utk projek ni....aku kata "gila ke apa" dia kata allo kawan..." lu tak bayar kredit kad yang kredit limit tak seberapa tu pun boleh di jatuhkan bankrup. So kalau alang alang nak bankrup biar aku loan 1juta" hahahahahahaha.....

Jangan buat jahat sop.

wanie_agk said...

org tua dahulu pemikir(meski ada yg aku tidak setuju). tetapi aku setuju dgn pepatah ini. buat baik berpada-pada ini lebih membawa maksud agar kita lebih berhati-hati dalam membuat kebajikan, memberi pertolongan. kerana manusia punya seribu satu ragam, perangai. Ada yang pantas mengambil kesempatan di atas kebaikan sesorang. itu yang harus diperhatikan.

Buat jahat jgn sekali- jangan sesekali pun berbuat jahat. itu saja.

Butaseni@Wan Raja said...

live for nothing but die for something....its your call.
membaca entry ini teringatkan entry si bujang manis (amaran daripada dewa) hahahahaha

sebenarnya entry ni lebih menjurus kepada seorang melayu yang tersepit.
bila bersabar dan merendah diri ada hadnya,
dan dikala ia melampaui had itu maka amuklah jawabnya.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau dari perspektif samseng. Buat baik patut-patutlah, jangan selalu sangat. Buat jahat biar banyak kali pun tak apa selagi tak kena tangkap atau hukum.

Anonymous said...

sepatutnya berbunyi begini:

buat baik beringat-ingat
buat jahat jangan buat.

orang kampung said...

kalau ditukar macam ni :-
buat baik jangan buat buat baik
buat jahat jangan buat buat jahat kalau dah baik.

eeerrrr panjang sangat ke peribahasa ni?

sinaganaga said...

hang tak ada projek main teater sempena hari mengundi ke weh?

crunchyahcock said...

X nafi bro... Tapi mmg lumrah manusia. Bila kita bagi pepatah ni, suma kata paham.. Tapi paham ke mereka pada apa yg mereka rasa mereka paham? Bukan nak pangkah sume org, cuma ada d kalangan yg hipokrit (slalunya kengkawan kita sendri).
Minta maaf! Aku kata dari pengalaman sendri. Yang mana aku dah kena banyak kali tapi simpan sendiri, Bila kuar entri ni aku rasa ada yang setuju.. Jigomorison, komen ko mmg best tapi persoalan dalam benak aku... Adakah benar mereka paham apa yang mereka rasa mereka paham?? sebenarnya aku rasa mereka patut paham ayat"sendiri mau ingat"

Pegawai Khalwat said...

Sayuti
Macam mana kita nak tau kepada siapa kita harus berpada-pada?

Orang Kampung
Kalau orang buat jahat kat kita?

Wanie
Kita serupa.

Butaseni
Sapa yang tersepit tu?

BP
Ahah! Bagus juga dapat tengok perspektif lain. Tak terfikir aku.

Gitartong
Nape tak sedap sangat bunyinya.

Orang Kampung
Lagi tak sedap.

Naga
Depa tak bagi kot. Depa suruh pasang bendera kot.

Ahcock
Kali nilah aku tengok komen hang sungguh bermakna.

tegezoot said...

Aku kalau bab hukum dunia atau pepatah ni kurang sikit, sebab aku selalu akan kaitkan dengan pandangan Agama. Buat baiklah byk2 tak rugi, tak dpt kat dunia, akhirat sudah pasti. Lagipun memang akhirat yg nyata, dunia ni sebenarnya yg fana! Tapi kita selalu fikir yg sebaliknya. Mungkin keyakinan(iman) tak penuh tangki lagi.. Apapun walau susah kita harus kejar utk jadi kesayangan Allah.

m i n e r a l . . . said...

sy setuju dgn buat baik berpada2, jgn baik sgt jejejej... tp kurang setuju dgn buat jahat jgn sekali... err maksud sy jgn la buat jahat, kalau dh buat sekali sure nk buat lagi...

curi sebiji komputer mungkin kena penjara [7hari] kalau curi satu kontena komputer mungkin kena penjara [7 tahun], walupun sama kena penjara, nilainya berlainan :)

artisticklytouch said...

12am...sleeping together..ingat x? kisahnya sama ke? Macam sama jer

Penjejak Badai said...

bro..nak mintak tlg wat design poster kami..bleh ka?

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot
Ya, bab agama hang memang adiguru.

Mineral
Ya... nilainya memang tak sama. Tapi kesannya sedikit sebanyak sama.

Art
A'ah... aku baru perasan. Aku ingat cerita tu, tapi aku tak ingat apa isi cerita. Ha ha ha....

Penjejak Badai
Nak tolong suggest konsep, itu aku boleh kasi free. Nak tolong design, kena minta tolong designer, itu kena bayar.

Raja Azrul said...

berstuju..

Peribahasa ini punyai banyak tersirat..

Buat baik biarlah cukup seadanya, takut nanti orang akan ambil kesempatan..

Buat jahat, hurm..tak elok.

Tapi manusia bukanlah sempurna, peribahasa ini sekadar mengingatkan sahaja!!

Penjejak Badai said...

bro...konsep2 pon konsep lah....gua tgk mcm cantik arr poster cumbuan tuh..x dak idea la nak buat poster