Orang Kampung telah membangkitkan nostalgia aku pada komputer.
Aku mula kenal komputer tidaklah begitu lama, tapi tidaklah begitu baru. Tapi aku bersyukur atas kesedaran arwah ayah aku yang sanggup menghabiskan duit menghantar aku ke kursus komputer selepas habis peperiksaan dan bila aku sambung belajar, emak aku pula sanggup habiskan duit belikan komputer untuk aku yang harganya pada masa tu macam sebiji motosikal. Sekarang dah murah, kalau nak mahal pun sebab peripheral yang canggih.
Aku nak fokuskan kepada cara aku memanfaatkan komputer tu iaitu selain daripada taip assignment, tengok movie, dengar lagu dan juga membolehkan aku belajar repair komputer, yang paling banyak aku dan kawan-kawan aku tumpang manfaat adalah dengan main permainan komputer.
Permainan pertama yang aku main adalah Duke Nukem, 1st person shooter punya style. Kalau zaman sekarang permainan seperti Halo, Half life, Medal of Honor (semua ni aku tak main dah). Dan pertama kali aku main juga, kepala aku jadi pening. Tapi bila dah selalu main, aku dah biasa dan tak pening lagi.
Lepas tu, aku main pula Red Alert. Aku tak sempat main Command & Conquer dahulu kerana waktu tu Red Alert dah keluar. Aku main segala macam expansion. Permainan ni jenis real-time strategy. Pada masa yang sama juga aku turut main Warcraft dan Starcraft. Tapi Red Alert lebih hantu lagi kerana boleh buat aku main sampai ke pagi.
Bila aku dah master Red Alert, siap pakai cheat duit tak habis-habis, aku pun slow sikit. Dan kawan-kawan aku pula yang gila main Red Alert. Aku pun tukar kepada Heroes of Might & Magic, juga real-time strategy. Sekarang permainan tu dah sampai siri yang ke V kalau tak salah aku, dan upgrade ke macam-macam. Aku di bawa ke dunia naga hitam, naga merah, archangel, hydra, Cyclops, Minator, kiranya haiwan mitos Eropah.
Dan pada masa yang sama juga, permainan bola sepak dah mula popular. Siri Fifa menguasai termasuklah Championship Manager yang kerjanya menguruskan pasukan. Aku tidaklah fanatik sangat kedua-dua permainan ni terutamanya Championship Manager kerana permainan ni macam tak ada kesudahan. Jual pemain, beli pemain, susun formasi. Tunggu tengok percaturan kita menjadi atau tidak. Pada waktu ini, komputer aku hampir 24 jam tak ditutup kerana kawan-kawan aku tumpang main permainan ni.
Cuma kadang-kadang saja aku main permainan arcade macam Street Fighter 2, King of Fighting, Mortal Kombat dan juga game perniagaan seperti Transport Tycoon, Simtower, Sim City dan sebagainya.
Tapi selepas komputer aku makin lama makin obsolete, aku pun dah kurang main benda-benda macam ni. Tahun-tahun akhir juga melihat aku sibuk dengan tugasan dan kerja luar. Dan aku pula menumpang pada komputer kawan-kawan aku yang lebih power.

15 comments:
SATU JA....
main video game
ahak ahak
jari kusakit
ahak ahak
tapi tak serik
ahak ahak
nak cuba lagi...
sim city & sim family expansion pack is the best!!!
bila aku terer main je, diaorang tukar game baru...bila aku terer je tukar...paling aku benci game worm!
komputer...
komputer...
komputer...
Herm..masih bnyak yg pu3 x tau..dah ader tok guru..blh ler minta tlg...
Pu3 tau, Pgwaikhlwat sedia nak tolong pu3...kan.. herm??? bolehkan? bolehkan?
rupanya hang jugak bapak it pulau pinang.
ryu,ken,blanca,chun li,sagat,guile,vega,
dhalsim,zangief,ballrock,m bison.....
teringat masa dok p main game kat achai..keluaq belakang..
WAHAHAHA...bila bleh try red alert...la ni kami dok gila main wining eleven ngan lord of the ring....red alert tu lama sgt pakai masa...la ni dah sibuk...
Art
Benci worm? Memang hang tak boleh dihantar pegi perang.
Puteri Cahaya
Tolong apa? Ajaq main game?
Butaseni
Apa sangkut paut IT dengan game? Game tu sebahagian kecik dari IT la.
Anony
Aku jarang pi ahcai Kalau aku pi pun aku main Aero fighter saja.
Penjejak Badai
Red Alert old school punya game. La ni dah sampai tahap Command & Conquer General. Mungkin dah ada yang lebih baru.
Sibuk? Hang sibuk?
game....
haaaarrrrrr......
boriinnggg.......
tapi komputer hang paling power dari kami semua......
Hmm ... tak tertarik dengan permainan komputer. Kecuali Sim.
Tertarik dengan gambar Ikon tu :-)
Comel!
Salam.
game komputer.. ermm
tak main sgt...
waktu mmber seangkatan [waktu study] gila main medal of honour, aku lg suka main benda lain jejejejeej....
komputer sy d larang sama sekali d/load game....
Aku gila main Red Alert masa 1998-1999 dulu. Memang lupa dunia sekejap kalau 'dilayan' game itu.
Hehehe!
"Aku mula kenal komputer tidaklah begitu lama..." ayat ni buat aku rasa tua....wakakakakakakakaka. Kalau based pada game game yang hang susun tu bro.....hahahahahhahahaha kalau aku tak kenai pun aku dah agak dalam club 3 series.
satu lagi age of empire.... game ni buat aku tak tidur, membuatkan x-gf mengamuk, membuatkan pc aku kalau letak ayaq pun boleh masak. kalau lagi lama ...prince of persia. Hahahaha dah lah...kang buat aku rasa tua ja.
Red alert, Command & conquer...masa ni aku dah start kerja rasanya. Maybe dihujung hujung kuliah aku. Aku ada pengalaman dengan Red Alert apabila aku mampu bertahan 72 jam tak tidur. Hahahahah endurance.
Sim City, membuat aku berangan nak jadi mayor. sampai lorong belakang kedai pun aku buat highway. Apa nak heran duit tak habis habis. Cheat. hahahahahahahaha
....dan sekarang bila aku tengok budak budak layan game counter strike, etc. Aku pernah terfikir...tak jemu jemu ke diaorang nih. Makna nya dulu mesti org fikir macam tu jugak kat aku.
Now aku cuma layan Yahoo game jer. back to basic. hehehehehhehe
opssss satu lagi dulu kalau dapat main network game, aku rasa dah terer sangat dah, rasa dah IT sangat dah. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset sebab budak sekarang dah layan online game. tak kenal pun pihak lawan , malah tak duk Malaysia pun.
Moral:- Itu baru allah beri secawan ilmu daripada 7 lautan ilmunya. bayang kan kalau allah beri 1 baldi ilmunya dari 7 lautan tadi. Agaknya game macam mana yang kita main sekarang ni ek? Subhanallah.
anjang/orang kampung
sibuk arr bro.ulang alik sp sini tau..kena kerja lg..huh.final projek x dak duit maa...
age of empire, stronghold, zeus, pharaoh, kalau main mau tak ingat dunia. tapi kebanyakan games ni dicipata sebelum ws xp so skang pc dah tukar xp susah mau cari itu patch la. saudara ada sumber yg boleh bekalkan patch tersebut?
Jinggo
Hang patut try beli PS2, nanti hang tau boring ka tak.
BR
BR memang bukan jenis suka buang masa.
Mineral
Medal of Honor tu kira baru lagilah. Bapak kepada game style tu adalah Doom.
BP
Ya.... kita serupa. Hang pakai Russia atau Allied?
Orang Kampung
Age of Empire aku layan tapi tak sangat. Mungkin dah jemu dengan game style tu.
Prince of Persia tu memang klasik. Tapi masa tu aku lebih banyak main game Disney macam Aladin, Jungle Book, Lion King.
Penjejak Badai
Baru hang tau buat teater bukan senang.
no.sher.ta
Sori bang, dah tak tau nak cari patch kat mana. Aku la ni dah tak ada masa nak layan game panjang-panjang macam tu. Kalau ada pun, game arcade mcm Yahoo game dan paling berat pun, NFS.
Post a Comment