Sebenarnya sudah beberapa bulan aku tertanya-tanya. Aku lihat beberapa akhbar di luar negara, ada edisi petangnya. Kalau di sini, akhbar berbahasa Cina pun, ada edisi petangnya. Tapi kenapa akhbar arus perdana kita tak ada edisi petang? Aku tidaklah hairan sangat kalau akhbar berhaluan kiri itu tidak ada edisi petang. Bukannya jualan akhbar itu boleh menandingi akhbar arus perdana. Tapi kemusykilannya timbul pada akhbar arus perdana.
Apakah negara kita ini ketandusan cerita yang boleh dikhabarkan? Atau apakah kita juga kegersangan penulis artikel? Sehinggakan tidak mampu untuk menerbitkan akhbar edisi petang?
Ataupun mungkin juga akhbar kita kekurangan bajet, hingga tidak mampu menerbitkan edisi petang? Tapi jika benar kekurangan bajet, kenapa diterbitkan pula akhbar berbentuk tabloid? Mahu cari pendapatan tambahan dengan longgokan iklan?
Yang tidak seronoknya, bila kita baca akhbar edisi tabloid dan akhbar utama dari syarikat yang sama, berita yang dipaparkan ada di antaranya sama. Berulang-ulang. Tidakkan lebih baik jika salah satu ditumpukan pada akhbar edisi petang?
Aku bukan jurnalis mahupun wartawan mahupun editor. Mungkin ada perkara yang aku tidak nampak, yang tidak memungkinkan penerbitan akhbar edisi petang. Tapi selagi aku tidak nampak perkara yang tersembunyi itu, aku tetap pada suara hati aku, bahawa akhbar arus perdana patut ada edisi petang berbanding tabloid.
Kalian pula berasa bagaimana?
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
27 May 2008
Akhbar Tabloid Atau Edisi Petang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Ang kata apa pun betui! aku sokong 100 pratus!
ya memang berita sensasi kkesukaan rakyat malaysia banyak (kes,seks,rogol,skandal dan mistik).kalau nak buat 1 edisi pasal cerita tu saja pun memang menguntungkan.
tapi mungkin nak jimat dakwat printing kot hehehehe.
herm.. (",)
Mereka berniaga bro'. Bukan memikirkan sangat pengisian berita dan ilmu. Agaknyalah.
Kekurangan penulis artikel salah satu sebab yang ketara, juga kakitangan sokongan seperti dalam bahagian cetak. Satu lagi sebab ialah kurang pembaca. Begitu saya difahamkan.
Tapi pada pendapat saya, kalau benar mahu jadikan akhbar saluran berita yang berilmu, perkara di atas boleh diketepikan. Kalau hendak seribu daya.
Saya juga suka kalau ada edisi petang ... sebagai teman sambil-sambil minum nescafe tarik dan makan cekodok :)
Salam Bro.
perlukah edisi petang kalau kita sendiripon kalau baca sampai malam baru abih....
hihihihi.....
org kita ni kurang masa untuk membaca.....
terutama sekali aku la....
hihihiii.....
Tegezoot
Ai... pelik bunyi....
Butaseni
Dok untung nak jimat apa?
Pu3 Cahaya
Herm?
BP
Ya... aku pun agak begitu.
Bunga Rampai
Bab lain aku boleh terima. Bab kurang pembaca? Habis tabloid siapa yang baca?
Jinggo
Itu kalau baca akhbar Inggeris (baca: Bujang Manis).
kitaorang busylah...ingat korang je ke busy
Metro dulu Edisi Petangkan?
Kosmo dulu banyak artikel
entahlah, sekarang ni aku lebih suka membaca ruangan hiburan dan sukan kerana ruangan lain hanyalah berita-berita yang kau boleh faham ceritanya hanya dengan membaca tajuk.
adakah masyarakat kita semakin sakit?
menakutkan
hmmm... dulu Malay Mail tu bukan ke keluar lambat sket sebab nak cover edisi petang ke? ke salah fahamanku itu? sekarang dah tak la...
Art
Metro edisi petang ka?
Kalau hang bole faham cerita dengan baca tajuk maknanya jurnalis la ni dah semakin efektif penulisannya. Ha ha....
Sastri
Kalau mengikut fahaman aku, edisi petang biasanya guna nama akhbar yang sama. Tapi kalau dari satu kompeni yang sama, boleh jadi juga.
bila show superhero?x sabaq nak mai tgk...ada show panggil arr..nak join kat sana plak..sini dah borink dah dok berabad jer...x berkembang..gua ada nak wat show nanti tp dalam proses baru la..nanti gua bg tau..kali ni antireal..maklumla dah abis ni..x mau wat dah la realisma tuh...selalu sgt..la ni wat sendiri tanpa terikat...huh best giler..sapa nak kutuk2 kutuk saja hatta ayah lan sekali pon..gua x akan peduli..eheheheh...karya sharif saari...nantikan (insyaallah)
Gaji wartawan pun bukannya besar mana, bro! Siapa sanggup kerja dari pagi bawa ke petang bawa ke pagi semula.
Post a Comment