Kekalutan tugas menyebabkan aku agak lewat menjamu entri baru. Dan kekalutan kerja juga menyebabkan aku tidak sempat menonton sebuah pementasan teater yang hebat iaitu ‘Bila Lagi Kompang Berbunyi’. Kerana pada masa yang sama, aku berada di Cherok Paloh, Kuantan, Pahang untuk program Rantau Budaya 3.
Ingat lagi Rantau Budaya? Kali pertama di Merbok, Kedah dan kedua di Bumbong Lima, Pulau Pinang. Entri mengenainya juga telah dimuatkan. Tapi untuk Rantau Budaya kali ini, mungkin agak lewat sedikit aku muatnaik entrinya kerana aku tidak punya masa untuk duduk menanti gambar-gambar dimuat naik.
Itu baru intro.
Bagi yang menjadi aktivis teater seperti aku ini, jikalau tidak banyak, sedikit pun pasti ada pengalaman berteater di bawah pengarah-pengarah yang berbeza. Sudut pandangan aku sangat menyetujui agar ada lebih ramai pengarah supaya setiap aktivis dapat merasakan bentuk pengarahan yang berbeza. Bukan sahaja bentuk pengarahan tetapi juga bentuk dan hala tuju produksi kerana secara normalnya, pengarah di dalam kumpulan teater amatur mempunyai kuasa yang hampir total dalam mencorakkan produksinya. Baik dari segi publisiti, rekaan set, tatacahaya dan bunyi, dan jadual latihan. Meskipun ada pengurus produksi/publisiti, pereka set, penata cahaya dan bunyi dan pengurus pentas yang menjalankan semua perkara itu, tetapi kata putus normalnya datang dari pengarah.
Itu teater amatur. Mungkin berbeza mengikut tempat. Mungkin ada yang kurang sistematik pengurusannya, mungkin yang sekadar sederhana, mungkin ada yang sudah mencapai tahap professional.
Aktivis yang duduk di bawah pelbagai pengarah yang berbeza, akan lebih matang di dalam mendepani masalah dan perihal teater. Kerana setiap pengarah mempunyai bentuk dan cara yang tersendiri. Tiada siapa boleh menuding jari mengangkat tangan mengatakan aku bagus. Kerana masing-masing punya kelebihan dan kelemahan. Di situlah datangnya keunikan berteater.
Setiap pengarah mempunyai identitinya yang tersendiri (kecuali pengarah baru). Misalnya isme-isme yang berbeza, objektif pementasan, garapan naskhah, dan perangai yang pelbagai. Ada yang cekap di dalam realisme, ada yang memilih anti-realisme, ada yang memilih dramatik teater, ada yang memilih epik teater, ada yang menjadikan pementasan medan meluahkan idea dan pendapat, ada yang memilih untuk menarik perhatian audien sebagai subjek utama, ada yang serius, ada yang santai, pendek kata macam-macam perangai pengarah.
Maka di sinilah aktivis yang bergiat di bawah pengarah berkenaan, akan dapat melihat kelebihan dan kekurangan, dan memilih yang baik untuk diamalkan di dalam produksi lain pula.
Di Tanjung saja ada lebih kurang 5 orang pengarah yang secara aktif mengarah dan juga terlibat di dalam produksi pengarah lain. Paradigma yang berbeza inilah berjaya memberikan sinergi di dalam pementasan teater di Tanjung. Tidaklah audien hanya melihat satu bentuk pementasan sahaja sepanjang masa. Aku tidak tahu senario di negeri-negeri lain. Apakah begini juga keadaannya?
Sedikit pesanan. Aku tidak pula menafikan kelebihan berteater dengan seorang pengarah sahaja.
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
09 May 2008
Lain Pengarah, Lain Macam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
aku taksub dgn 3 pengarah di tanjung.HANG (tangan atas,tangan bawah) dengan konsepnya,Cikgu Baha dengan originallity dan uniknya dan LKA dengan ninsatnya.mungkin lepas ni ada soang lagi,Haizal pulak hihihi
sayang juga ada yang tak kekal,dah hilang bahana komitmen lain contoh Art dgn eksperimentnya dan Man AJ dengan perbawaranya.kalau tidak group kita mempunyai banyak lagi gendre.kan?
ps:genap umur 30 tahun,Bujang Manis nak mengarah,macam mana?
sepak terajang teater memang dasyat....
banyak lagi aku kena belajaq......
nak belakon ngan org lain..depa x mau ambik...
eh...ada orang merindui aku..ha ha
kita harus pelbagai supaya kita sendiri tidak bosan dan kita akan terus belajar dan belajar
Aku ikut jinggo!
Sepak terajang teater memang dasyat! dan bayak lagi aku kena belajaq! Walau jinggo dan aku seguru dalam ilmu persilatan petualang dari gunong hantu!
Pegawai khalwat guru pesantrian Dewa mencecah langit!
Butaseni dari perguruan negara matahari terbit!
LKA dari selatan thai 'NINGSAT'!
Lat dari perguruan Si bongkok Tanjung Puteri!
Art seni pertapaan Redang!
Man AJ aku tak tau!
Mamu Silambam!
hish...macam ajaran sesat j
tergezoot - persantren gigi harimau
lariiiiiiiiiiikkkkkkkk
ajari aku ilmu yg ko ada.
Butaseni
Toksah dok buat bidaah. Aku ni tak dak apa kalo dok banding ngan orang lain. Show bawah aku mana penah penuh. Ha ha.....
Jinggo
Hang baru nampak sepak terajang, hang tak jumpak lagi tikam belakang.
P. Badai
Depa tu sapa, habaq mai sat.
Tegezoot
Aik, pelik bunyi?
Dah hang tak mau mengarah. Kalo tak mesti hatrick lagi.
Art
Ya, aku setuju kita harus pelbagai. Kalo tak, kita akan jadi katak bawah mangkuk Arcopal.
Wanie Agk
Kita sama-sama belajar. Ilmu hang apa kurangnya.
gulp! tengok pandai la...
Oh! Menonton teater sangat menghiburkan.. :)
Tapi entah bilalah boleh menonton teater-teater kalian.. :)
teringin bekerja bawah korang, insyaallah satu hari nanti.
fuhhh
penuh info
lain pengarah lain gayanya .. barangkali
kan?
Halogamora
Kira pandai jugak la tu.
Akira
Kalau diizinkan-Nya, pasti boleh.
Orang Kampung
Sapalah kami berbanding juara kebangsaan. Terasa kerdil. Macam pokok taugeh di telapak kaki gergasi.
Pjoe
Applicable juga untuk semua organisasi.
pu3 riindu nak berlakon...tp bt masa ni, pu3 kena slow jap..tp pu3 akn bantu apa yg patut.. cuma x dapat aktif utk b'lakon jer...
Stuju sangat mengenai entry kali ini. Aku sebagai pengarah lebih mementingkan aspek jalan cerita, lakonan dan unsur teknikal dalam pementasan. Walaupun xde ilmu rasmi dalam bidang teater..tetapi minat aku amat mendalam dalam bidang nie..
Kata nak datang IB? Bawak lah sumer menonton p.ramlee kat sini, start 28 mei ini.
Salam,
Enak isinya ...
Terima kasih entri ini yang telah mengocak ruang fikir saya.
Post a Comment