11 June 2008

Mesyuarat Agung Tahunan Superhero

Aku memang setuju sangat-sangat dengan ungkapan kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kerana ketika aku merancang sebuah pementasan pada waktu yang sepatutnya menjadi waktu senggang aku, sebaliknya aku dihujani pelbagai tanggungjawab yang perlu selesaikan. Menjadikan banyak aspek pengurusan dan artistik pementasan ini aku abaikan.

Tidak seperti Devian Dogma : Orang Minyak Mengganas, Mesyuarat Agung Tahunan Superhero sebenarnya lebih merupakan escapism kepada para pemain teater lama (lama maksudnya pernah berlakon dalam lebih daripada 2 pementasan) dan juga platform kepada pemain teater baru untuk mencuba bakat.

Sinergi ini memberikan satu rasa perlunya aku untuk berusaha dalam santai, di dalam proses mengarah dan mengarah. Naskhahnya juga mungkin nampak ringan, tetapi seperti biasa, dalam ketawa aku suka menempelak orang yang ketawa. Dan kerap kali orang yang ketawa tidak tahu yang sebenarnya mereka sedang mentertawakan diri sendiri.

Ruginya pada penonton yang tidak sudi tunggu sesi viva (soal jawab) kerana di sinilah segala kekusutan benang dilanda ayam akan dirungkaikan. Aku rasa budaya viva bagi pementasan di sebelah Tanjung ini dah semakin dapat diterima. Cuma aku masih menunggu soalan-soalan yang dapat membantu memerah minda aku, para produksi dan penonton lain pula.

Komen-komen provokatif seperti yang pernah aku terima dari Normah Nordin ketika mengarahkan Jebat : The Untold amat merangsang minda aku. Kerana pada ketika ini, aku berasa aku sudah sangat kurang berpolemik secara intelektual. Hinggakan kerap kali aku buntu bila mahu menjana idea-idea di luar tempurung.

Mesyuarat Agung Tahunan Superhero akan menghidangkan talam kosong kepada para tetamunya. Kalau ada isi pun mungkin bekas air sirap atau lelehan kuar rendang besar bersama beberapa butir nasi dan hirisan bawang.

Maka tetamu ini haruslah mencari apa yang aku hidangkan di sebalik talam itu. Hint sudah diberikan, tetapi aku mahu tengok apakah dalam ketawa, hint itu cuma tinggal lontaran vokal para pelakonnya saja.

Kalau sudi dan ada kelapangan, datanglah ke pementasan ini di Auditorium P.Ramlee, Pulau Pinang pada 20, 21 dan 22 Jun 2008, 8.45 malam dan di Taman Budaya Kedah pada 27 Jun 2008, 8.45 malam. Masuk percuma.

Jomlah, kita ajak masyarakat kita agar rajin sikit berfikir.

13 comments:

pjoe said...

wat trailer la beb

Butaseni@Wan Raja said...

kalau menonton,jangan lupa lontarkan soalan dan kritikan yang berbentuk propvokasi.biar berluh menjawabnya :D

orang kampung said...

satu lagi buah tangan hebat dari chop...tahniah beb. Yup betul aku setuju sangat bab talam tu. Terpulang lah apa yang dapat kalau jumpa cabai...maka cabai lah, kalau jumpa jintan maka jintan lah. go ...go..go.

* kalau jumpa awek...sendiri mau ingat.

anjang.

Anonymous said...

herm... kita merancang, Allah yang menentukan...!! aper pun, sory sgt sbb x dpt bg komitmen dlm lakonan, tp puteri akn cuba membantu sedaya upaya puteri wktu pementasan tu nanti, InsyaAllah..

Salam..(",)

jinggo said...

baik boosss....

Pegawai Khalwat said...

Pjoe
Teater amatur ni trailer dapat buat selepas show.

Butaseni
Ya... bukan aku yang nak menjawab. Ha ha....

Orang Kampung
Hebat mai kot mana. Kalo hang mai saja, abih la kami.
Bila nak buat show kat sini oi. Johan kebangsaan dah berapa kali dah. Takkan tak reti nak manage tour?

Puteri Cahaya
Yalah.... sapa la aku ni.

Jinggo
Sapa boss?

tegezoot said...

kot mana pun ang tetap boss kami!!

Hidup Boss!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Membaca entri kau ini pun dah membuat aku berfikir.

Di KL bila?

Penjejak Badai said...

kali ni kalau tnya soklan ada cenderahati x?hehhehehe

Anonymous said...

insyallah.. kalau ade kelapangan pakcik pon nak join

adie said...

la..ingatkan betul² mesyuarat..rupa²nya tajuk teater. hehe..

artisticklytouch said...

saya ada satu soalan...

Bilakah Portugis menyerang Melaka?

kalau aku tak jet lag, aku turun he he

Bunga Rampai said...

Oh, menariknya ... bawalah ke KL :)

Salam :)