19 July 2008

Blue Ocean Strategy

Satu sebab menjurus kepada satu sebab. Satu sebab boleh menjadikan sebab musabab.

Awal Julai lalu, aku dan ramai lagi telah diberi penerangan tentang pesiapan tempat kerja aku untuk dinilai menjadi salah sebuah universiti yang terlibat di dalam Accelerated Program for Excellence (APEX). Dan dalam banyak-banyak perkara yang diterangkan, selain daripada isu pelestarian, aku amat tertarik dengan satu strategi korporat yang baru yang dinamakan Blue Ocean Strategy.

Blue Ocean Strategy dihasilkan oleh W. Chan Kim dan Renee Mauborqne. Kedua-duanya dari INSEAD Blue Ocean Strategy Institute. Buku ini telah terjual lebih daripada 1 juta naskhah pada tahun pertama diterbitkan dan telah diterjemahkan kepada 41 bahasa.

Aku memang tak tahu menahu langsung tentang kewujudan buku ini. Nampak sangat aku ni antara rakyat Malaysia yang malas membaca buku-buku bermanfaat sebegini. Tapi di dalam taklimat yang aku dengar, secara ringkasnya telah dinyatakan apa itu intipati Blue Ocean, yang membuatkan aku sangat berminat untuk berkongsi dengan kalian.

Kita ambil contoh kes :

Pak Razali seorang penjual apom balik di pasar Lorong Kulit. Dialah satu-satunya penjual apom balik dan apom baliknya mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebelum itu tidak ada peniaga lain yang menjual apom balik.

Pak Razali telah mencipta Blue Ocean.

Melihat populariti apom balik Pak Razali, Pak Azmir dan Pak Haizal pun mula berniaga apom balik juga di pasar Lorong Kulit. Walaupun apom balik Pak Razali masih laku di pasar itu, tapi jualannya telah berkurangan.

Pak Razali kini telah berada di Red Ocean.

Menyedari hal itu. Pak Razali mengubah strateginya dengan mula menjual kuih tahi itik dan kuih akok, yang cuma popular di Pantai Timur.

Pak Razali kembali ke Blue Ocean.

Intipati contoh kes ini sangat mudah dan intipati Blue Ocean Strategy itu juga sangat mudah. Buatlah perkara yang orang belum pernah buat, atau yang orang sudah tidak buat, asalkan kita berbeza dari orang lain. Sekiranya apa yang kita buat itu dituruti oleh orang lain, maka secara tidak langsung kita akan tercebur ke dalam Red Ocean. Maka carilah jalan untuk memasuki Blue Ocean lagi.

Jika mahu dilihat pada contoh korporat pun banyak.

Dulu Maggi merupakan pelopor mee segera di Malaysia. Maggi berada di dalam Blue Ocean sehinggalah pesaing lain turut masuk serta seperti Cintan, Ibumie, Indomie, Adabi dan segala macam lagi, sehingga ia menjadi Red Ocean.

Sayangnya, pengusaha Bumiputera seperti Adabi turut menceburi Red Ocean itu. Seharusnya Adabi mencipta Blue Ocean sendiri.

Begitu juga dengan Milo, yang kini disaingi oleh Ovaltine, Vico, Cadbury dan juga terbaru Oligococo.

Dulu Pampers mungkin merupakan lampin pakai buang yang terawal. Sekarang lihat apa yang terjadi?

Strategi ini mungkin ditulis untuk para korporat. Tapi aku melihat strategi ini sebenarnya berguna juga di dalam kehidupan kita. Cuma aku rasa kita ini tidak mudah untuk keluar dari zon selesa. Dan kalau mahu melakukan perubahan, banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan, juga aku rasa tidak ramai yang sanggup berkorban.

Dalam konteks seni teater itu sendiri, para aktivisnya harus mencipta Blue Ocean masing-masing agar kesegaran idea itu dapat dikekalkan. Sedihnya kerana dari dulu, sejak Stanilavski lagi orang masih menggunakan cara yang sama bila menghasilkan naskhah realisme atau dramatik. Pendekatan Brecht pula digunapakai bila mahu menghasilkan epik teater. Malah, kalau mahu menghasilkan teater fitrah atau Islamik, maka Dato’ Noordin Hassan menjadi panduan.

Bukannya tidak boleh merujuk orang-orang yang berilmu ini. Tapi ada masanya, kita perlu melangkah keluar dari kotak dan berfikir luar dari kotak (pendekatan Blue Ocean Strategy mungkin selari dengan Think Outside The Box, tetapi perinciannya kemungkinan tidak sama).

Ibarat sebiji kelapa tumbuh. Yang terus tumbuh menjadi sebuah pokok kelapa (mestilah pokok kelapa, takkan pokok taugeh pulak). Bila berbuah, buahnya itu pula akan menyebar menjadi pokok kelapa di tempat lain. Buah itulah yang boleh dianggap Blue Ocean.

Stanilavski, Brecht, Dada, Plato, Emmanuel Kant, Jallaludin Rumi, Khalil Gibran, Dato’ Nordin Hassan, Dato’ Johan Jaffar dan lain-lain adalah sumber ilmu. Adunlah ilmu yang diperolehi dan hasilkan Blue Ocean itu sendiri di dalam bidang seni teater.

Tapi usaha ini bukannya usaha berseorangan. Kerana teater itu adalah kerja berpasukan. Nak berenang di dalam Blue Ocean pun, bukan berseorangan, tapi bersama-sama.

Ini baru komen intipati. Kalau aku baca buku Blue Ocean. Harus aku boleh terbitkan satu buku lain pula.

Tapi aku tetap tak boleh lawan Naga. Buku dia dah banyak.

25 comments:

Sir Mute Key Chicks said...

banyak info..tapi aku baca yg last tuh cam ayat merajok ngan naga jer

ryann said...

sentiasa ada yang terbaru. ok.

Bunga Rampai said...

Salam,

Memerlukan daya pemerhatian dan daya fikir yang kuat, serta berani melakukan keunikan dalam persembahan (apa juga lapangan).

Untuk menjayakannya juga banyak bergantung kepada matlamat dan keutamaan bukan saja individu/pasukan malah bidang yang diceburi.

Entri yang sangat membuka selera!

Butaseni@Wan Raja said...

kalau orang yg penuh buku di rak dan tempat riadah dengan bini kat popular perangin mall macam ni hang boleh kata malas membaca,aku ni tak taulah bagi mata hang nak kata apa,buta huruf apa.

Pegawai Khalwat said...

Semut
Huh.... mana bole merajuk dengan Naga. Dia sifu!

Ryann
Sentiasa.

BR
Carilah bukunya. Aku tau BR jenis menghargainya.

Butaseni
Hang si Buta dari Gua Hantu. Buta yang penuh ilmu di dada.

Anonymous said...

mencipta sesuatu yang baru...itu perlu d mana2. kalau boleh y positif la...tp ada jugak yang negatif.. dua2 pon org ingat!

Anonymous said...

abih nak buat camno? pening jugak setiap kali buat blue ocean, ade orang tiru,pahtu kita terjebak sama ke dalam red ocean.maknanya kita kena sentiasa kreatif la.

PuTeRi CaHaYa said...

herm... puteri ni, red ocean pun belum tentu..
tapi x per la..pelan2.. nnt puteri belajar... tq 4 information...

Salam
(",)

artsoul said...

satu persahabatan perlu ada persefahaman diantara kedua2 pihak..bagaimana nak berenang ke blue ocean tu? anyway thanks for being a good listener..

Pegawai Khalwat said...

Halogamora
Yang negatif lagi senang orang ingat.

Penyu
Ya, kena sentiasa macam tu lah.

Puteri Cahaya
Cari buku tu.

Artsoul
Sedangkan lidah lagi tergigit.

pjoe said...

idea tu kadang2 datang dalam pakej yg pelik
influences juga datang dalam keadaan separa sedar

hang masih muda
naga dah 'veteran'
lain
haha

Rapala Jingga said...

Kebaikan lautan merah adalah untuk pengguna dan lautan biru untuk perdagang/perniaga. Tanpa persaingan dalam perniagaan, perniaga akan mendapat untung yang berganda dan hak pengguna akan terabai. pengguna tidak akan ada lagi kuasa untuk memilih kerana penawarannya hanya satu tapi di dalam lautan merah perniaga harus bersaing dan yang untungnya pengguna kerana mereka boleh memilih apa yang terbaik yang dapat ditawarkan oleh peniaga baik dari segi kualiti mahupun harga. Sebagai pengguna aku memilih lautan merah kerana apam balik akan mempunyai lebih kacang dan jagung di dalamnya dan harganya akan lebih murah. :)

Azlan Zed said...

makne nye kena venture something new la kan?

m i n e r a l . . . said...

ade cerita pasal laut hitam tak?
jejeje...

rsnyer pernah terbaca pasal artikel blue ocean nih...tp lupa dah. tq PK menulisnya...

kebanyakkan perkara yg ditulis secara tidak langsungnya teleh byk diperkatakn dlm al-quran, masalahnyer kt tak faham... hingga blue ocean lain mmbukukan dlm sudut pandangan lain tp matlamat sama.

Rajuna said...

merujuk di kotak komen tok rimau.saudara berkata, putih air liur syaberi..


hahahhah

blackpurple @ jowopinter said...

Terima kasih. Kau membuat aku teruja untuk membeli buku itu.

Sebagai blogger sambilan aku rasa aku pun nak mencipta Blue Ocean jugalah.

OP Zaharin said...

aku suka entri kau ni. aku nak berada dalam blue ocean juga nanti.

apa aku nak jual?

Pegawai Khalwat said...

Pjoe
Nampaknya ada pertentangan antara kaum muda dan kaum tua.

Namron
Itu aku setuju.

Tapi macam mana pula dalam dunia teater kita? Adakah kita nak menjamu red ocean semata kepada audien kita?

Alan Zed
Afdalnya begitulah.

Mineral
Kita tak paham satu perkara.
Kita tak cuba nak faham satu perkara.
Dan yang bijak pandai tak cuba nak memahamkan kita pun satu perkara.

Rajuna
Jauh merantau?
Ha ha ha.....

BP
Ya, hang patut beli buku tu.
Lagi pun, walau hang blogger sambilan, tapi hang dalam kategori blogger tegar.

Cantik kalau hang cipta Blue Ocean.

op
Silakan....

Anonymous said...

menarik sungguh blue ocean strategy ni, ada dengar tapi belum baca, ni mcm buku2 spt megatrends la nih, ada la org dpt buat duit, bila plak org msia nak buat teori baru, naga ka apa ka!

Anonymous said...

aha .. lepas baca entri ni saya dok perah otak nak hasilkan blue ocean.

Very inspiring. Thank you.

Anonymous said...

Salam,

Bagus sekali artikel tentang "Blue Ocean" ini.

Kesimpulan yang berbagai-bagai boleh dibuat atau diandaikan. Persoalannya disini,
yang mana satukah lebih hebat cabarannya?

Blue Ocean? atau Red Ocean?

Red Ocean by all means to stay in power or to stay in control.

Blue Ocean somehow "i think" it is maybe a comfort zone for people who dont like challenged. -"Maybe"

Kefahaman tentang ilmu laut yang mana didahului oleh orang melayu lama atau lebih dikenali dengan nama "Orang Laut" sangt2 perlu diteliti semula. Pelayaran mereka ke serata pelusuk dunia perlu diambil tahu.

Blue Ocean- Lautnya tenang, damai TETAPI apabila didatangi oleh RED Ocean?
Apa perlu kita lari dari lonjakan gelombang yang bergelora deras itu?


Salam Hormat,
Love,Laugh,LiveLife& Play,
H.O.T.S

Ku Keng said...

Saya sering menggunakan contoh arak Chardonnay dan Shiraz, meskipun contoh-contohnya haram; kerana keterangan Blue Ocean lebih senang difahami. Tapi saya menegaskan untuk tidak berniaga perkara yang sama.

Pegawai Khalwat said...

Zumo
Orang kita pun bijak sebenarnya. Cuma kadang-kadang peluang yang ada dilepaskan.

Lenny
Silakan. Karya Nur saudari pun tidak kurang hebatnya. Harapnya dapat berenang di Blue Ocean menjangkaui penulis wanita dan lelaki yang ada.

h.o.t.s
Bukan lari, tapi berpindah.
Kisah pelayaran orang Melayu, memang kita dah ada. Kalau tidak tak adalah Undang-undang Laut Melaka.

Tapi memang betullah, menyelidiki itu, siapa yang rajin membuatnya?

Keng
Betul tu tuan. Pada saya, kalau memberikan pengajaran, contoh yang haram itu pun mungkin boleh memberi kesan yang baik.

Tidak pula contoh itu memabukkan dan tidak pula orang makin ramai berniaga arak.

Tuan sebenarnya sudah berada dalam Blue Ocean sendiri, kerana tidak ramai bloggers yang menghasilkan entri seperti tuan.

artisticklytouch said...

aku dikelilingi oleh blue ocean ha ha kerana di sini pulau fantasi island

think outside the boz...keluar dari zon selesa..u r so desperately need ur think tank

Pegawai Khalwat said...

Bak kata Beatles;

HELP! I need somebody!
HELP! Is there anybody!