16 July 2008

Cakap Yang Benar

Ha ha ha....

Aku ketawa dulu sebelum bercerita.

Seorang suami pulang ke rumah selepas kerja. Dari kejauhan dia dengar suara isterinya menengking pembantu rumah Indonesia. Isterinya marah-marah kerana seluar dalam mahalnya hilang.

"Alah.... setakat sehelai tu, nanti saya ganti balik. Apa yang nak bising-bising macam debat perdana," kata si suami.

Balas isterinya, "Kalau sehelai tak apa bang, ini dah sepuluh helai. Abang nak saya diamkan lagi? Ini mesti kerja budak ni!"

Terperanjat, suami mahukan kebenaran. Dengan tegas dia bertanya kepada pembantu Indonesianya, "Kamu jangan cakap bohong! Kamu ambil atau tidak seluar dalam Ibu? Cakap yang benar!"

Maka dengan terketar-ketar pembantu Indonesia itu menjawab dalam pelat Yogyakarta, "Tidak pak, saya tidak ambil pak. Bapak sendiri tahu, saya tidak pakei seluar dalam kan?"

12 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

hah!macam mana suami boleh tahu indon tu tak pakai?hahahaha
mesti suami yang pakai

PuTeRi CaHaYa said...

ha'ha' x tau..!!

Si isteri pun panas membara..

Abang...!!!!! yaaa...dush!!

(Lain yg di cari... lain yg dapat,apa nak kata??)

m i n e r a l . . . said...

wakakakakak....
tumpang gelak gak...
sure indon nie figura best, huahauuahau

crunchyahcock said...

usopppppp!!!!! jgn wat dah keja tu

artisticklytouch said...

SITIIIIIIIII!!!!!!

weh, hampa ada maid indon ka?

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Dia bukan crossdresser.

Pu3Cahaya
Ya Dush?

Mineral
Sebagai desginer, imajinasi hang memang tinggi.

aHancock
Apa? Hang buat tak pa la?

Art
Maid? Pencuci lantai Goodmaid adala.

Anonymous said...

Hahaha! Cerita yang bagus :)

artsoul said...

jadi,suami die ada affair dgn maid die laaa..owwwwww..

AL-BIMA SAKTI said...

aku dah banyak kali dah dengar citer ni... tp seronok gak...

Pegawai Khalwat said...

Munira
Sekadar menyegarkan lagi idea orang lain saja.

Artsoul
Itulah subteksnya.

al-bima sakti
Ha... hang lagi advance dari aku.

Bunga Rampai said...

Hahahaha ...sempoi!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha!