Kumpulan Resdongs adalah nama besar di Tanjung selain daripada kumpulan ABAD. Setakat ini kumpulan Resdong tidak pernah gagal mendapat 3 tempat terbaik setiap kali festival teater Pulau Pinang di adakan. Di peringkat kebangsaan, mereka pernah menggondol naib johan. Jadi sememangnya ramai yang meletakkan harapan yang tinggi bila menonton Gelanggang Tok Wali, hasil buah tangan Ahmad Shazli yang pernah menggondol Pelakon Lelaki Terbaik 3 kali berturut-turut.
Sudah tentu, yang terbaik itu tidak semestinya sempurna. Gelanggang Tok Wali adalah garapan pertama Resdongs di luar waktu festival dan inilah juga garapan pertama mereka dalam bentuk realisme. Selalunya, Resdongs suka bereksperimen dengan cerita-cerita yang tidak boleh diletakkan dalam nahu realisme.
Dan uniknya kali ini, kerana pelakon-pelakon yang mendukungi watak-watak di dalam Gelanggang Tok Wali kebanyakannya adalah hantu tanpa tuan (freelance). Ahli-ahli Resdong yang lain membantu di belakang tabir. Dengan pelbagai latar belakang pelakon, pastinya sukar untuk membentuk lakonan yang mengesankan hati penonton.
Ada yang baru, ada yang lama. Ada yang dari bangsawan, ada yang dari realisme. Ada yang berpendidikan tinggi dalam teater, ada yang berlakon kerana minat. Hasilnya, malam pertama yang suram dan malang. Persembahan yang meleret-leret sehingga memakan masa 2 jam 15 minit kerap mengundang resah penonton. Cuma sesekali bila tiba adegan yang lucu dan pertarungan silat, maka mata penonton segar kembali.
Aku juga resah. Aku kerap melihat kiri dan kanan. Ramai yang berborak-borak. Ada rakan-rakan lain memaklumkan rungutan daripada audien. Mujur juga audien yang hadir malam itu, jika bukan penggiat teater, adalah jemputan yang datang dengan bas, atau rakan-rakan pelakon sendiri. Jadi kadar penonton keluar meninggalkan panggung adalah rendah.
Malam kedua, mujurlah juga tenaganya ada. Tetapi sayang lakonan tidak begitu konsisten. Maka keseluruhan cerita ada ketikanya kabur. Cantiknya kerana masa pementasan cuma 2 jam. Aku mengharapkan yang terbaik pada malam ketiga, tetapi sayangnya juga, tenaga pada malam ketiga amat lemah. Terasa letih sangat. Letih pelakon melekat kepada penonton. Cuma lakonan semakin bagus. Tutur kata dan artikulasi semakin jelas. Walau bagaimanapun, penghayatan lebih baik pada malam kedua.
Tidaklah aku katakana persembahan itu gagal. Lain orang lain citarasanya. Pada malam kedua, ada maklum balas daripada penonton sewaktu sessi soal jawab, bahawa mereka terhibur dengan pementasan yang diadakan. Aku sendiri mengaku pementasan itu tidak gagal. Apa yang ingin disampaikan oleh penulis Ismail Kassan, rasanya sampai kepada penonton. Cuma mungkin tidak begitu mengesankan.
Manalah mungkin dapat menghasilkan sebuah pementasan yang sempurna. Bagi aku, yang tidak sempurna itulah cantiknya di dalam seni. Kesempurnaan dalam seni adalah satu kecacatan.
Menurut pengarah Gelanggang Tok Wali, mereka dah berjaya dari banyak segi. Mereka dah berjaya meningkatkan mutu lakonan para pelakon. Mereka sebagai Resdongs berjaya mementaskan teater di luar waktu festival. Beliau sendiri berjaya mengarahkan sebuah teater realisme, suatu kejanggalan yang beliau tidak pernah lakukan. Biarpun ada kelemahan, tapi tetap berjaya.
Dan aku hormat pada usaha mereka. Kerana aku tahu mereka hormat pada usaha rakan-rakan aktivis teater yang lain. Harapnya mereka terus berkarya.
Janganlah nanti ada pula persoalan seperti siapa bunuh Tok Wali.
16 comments:
Daripada gambar, nampak menarik. Minta maaf kalau komentar seolah-olah begitu cetek. Maklum saya tidak berapa arif tentang pementasan tempatan.
Saya setuju dengan pegawai khalwat. Secara 'literal', persoalan 'siapakah pembunuh Tok Wali' itu sudah terjawab melalui persembahan. Persoalan yang sewajarnya timbul dalam diri khalayak dan juga pemain adalah dari perspektif 'metafora', iaitu siapakah sebenarnya yang membunuh 'ideologi' yang diwakili [dibawa]oleh Tok Wali'? Sekiranya persoalan ini wujud dalam diri khalayak dan juga pemain, maka persembahan itu berjaya mencetuskan khalaykanya untuk berfikir, kerana itulah gagasan yang cuba disampaikan oleh penulis lewat karya ini. Jadi, untuk melihat persoalan sejauh mana persembahan itu berupaya melaksanakan tanggungjawbnya sebagai medium komunikasi, memerlukan perbincangan yang rinci. Tetapi itulah nikmat berteater sebenarnya...
komen ku diblog..x larat nak menulis dah..
susah kan nak puaskan hati semua org.. tp kalau hati sendiri bisa senyum, itu maknanya kita dah buat yang terbaik.. tahniah!!
rugi betul kerana saya hanya singgah di penang tanpa sebarang cuti extra. kalau tidak, boleh juga saya bersenang lenang di kerusi penonton meononton teater ini
menonton teater ibarat memberi ubat tanpa perlu ke dokter...
bagi akulah,org lain aku taktau!!!
Ulasan yang menarik.
Lebih menarik kalau saya sendiri berpeluang menontonnya...
... dan saya suka kata-kata ini: Bagi aku, yang tidak sempurna itulah cantiknya di dalam seni. Kesempurnaan dalam seni adalah satu kecacatan.
Salam :)
ada apa show yang terdekat?nak join...nk belakon!!
Munira
Tak perlu minta maaf. Kami semua kurang berilmu jugak.
Bin Basra
Itulah yang kita cuba cari dr. Komen dr. inilah yang dinanti-nanti. Metafora itu adakah sampai pada khalayak?
Malam kedua, komen-komen dari audien terutamanya orang muda dan yang baru menonton, mahukan kesan emosi serta kesan extravaganza seperti silat dilipatgandakan. Maksud sebenar jarang diambil peduli.
Para pelakon pun mungkin tidak peduli metafora ini.
Penjejak Badai
Copy paste la brader. Tak IT sunggoh!
Rena
Memang hang rugi, sebab tak dapat tengok karya arahan naga api biru.
IdzaRis
Betul lah tu.
BR
Kami tau kalau kami di KL, BR pasti sampai. Terima kasih.
Penjejak Badai
Nak join boleh. Nak berlakon kena jadi korus. Kecuali hang nak berlakon dengan produksi lain, yang menuntut tahap kesabaran yang mega.
insyallah mungkin hasilnya lain kali adalah lebih baik. x semua buah di tangkai elok dimakan...kan?
mahal props tu
hehe
membaca ulasan ini kepala saya seperti di pulas pulas...huhu
aku tersenyum,
senyumnya seorang pejuang.
Ahcock
Ni bukan buah ditangkai. Buah dah dihidang.
Rajuna
Memang mahal. Kena tanya Tegezoot kalau nak tau berapa kosnya.
Axim
Pening?
Tegezoot
Senyum ada makna. Senyum seorang juara.
lepas ni...Rekaan Utama lak.adus
pening ya amat...watak yang menakutkan...tolong!!
alhamdulillah dpt jgk taip dlm laman ni,...
untuk produksi,...
berjaya mementaskan teater,...
namun proses GTW ini lebih menyeronokkan untuk ditatapi sebab banyak pengajaran dapat diperoleh,...baik yang ada diluar produksi atau di dalam....:-)
assalamualaikum warahmatullahi wb.
lalu berlalu
berhembus bayu diangin lalu,
sejuk terasa bertiup lalu,
memohon idzin menumpang lalu,
agar hidup tak merugi lalu,
sama berpesan demi masa yang lalu,
sama berkawan demi masa yang nak lalu,
ruh yang ada singgahlah lalu,
jasad dipandang jadi tak lalu,
semoga masa dimanfaati lalu,
agar teguran diberi lalu,
semoga nasihat bertegur lalu,
agar ilmu diberi lalu,
demi masa masa berlalu,
masa yang ada kian berlalu,
memohon ampun sambil berlalu,
maaf dipinta maaf berlalu,
bersama berilmu bersama berlalu.
salam hormat,
taman taman ilmu
Post a Comment