Ulasan ini mungkin agak lewat dari kebiasaannya. Ulasan ini juga mungkin tidak seperti biasa kerana tidak diiringi oleh imejan-imejan. Aku tidak berkesempatan merakamkan imejan kerana penonton yang hadir memenuhi segenap ruang tempat duduk. Aku sebagai aktivis, lebih suka memberi peluang kepada para penonton yang datang dari jauh.
Ulasan ini juga lewat kerana dikekang oleh tugasan hakiki yang turun menimpan bak hujan ribut tropika. Sampaikan aku tak tahu mana satu yang nak ditadah, mana satu yang nak dicurah. Jadi hasilnya inilah.
Kalut merupakan karya dan arahan pertama Haizal. Kalut adalah adaptasi dari tajuk yang sama oleh Razali Ridzuan. Kalut adalah sebuah teater improvisasi. Sebagai seorang pengarah yang baru pertama kali mahu mengarah selain daripada latar belakang teater yang tidak formal, dia memang berani mengambil risiko. Aku tidak pasti sama ada dia sedar atau tidak risiko yang diambil. Aku tidak pasti adakah Kalut dihasilkan kerana mahu dihasilkan hingga kebanyakan perkara lain terabai.
Pastinya lesen kali pertama mengarah digunakan sepenuhnya. Pengarah sukar dihukum kalau itu kali pertama. Sifat dan budaya orang Asia suka memaafkan kesalahan kali pertama. Beri peluang untuk kali kedua. Tapi pada aku, kalau nak buat yang pertama pun, biarlah betul-betul bersedia.
Kalut memang kalut.
Kalut memang telah berjaya dipentaskan sebagai sebuah pementasan teater. Ramai yang ketawa berdekah-dekah dengan lawak-lawak yang dihamburkan. Konsepnya realisme, ceritanya terus. Tak ada kona-kona. Tapi dari kaca mata seorang penggiat teater amatur, ada kelemahan yang perlu diberi perhatian. Tenaga, tempo, kontinuiti, interaksi antara karakter dan beberapa perkara lagi adalah antara perkara yang paling ketara timbul.
Sudah tentunya, tak boleh salahkan pengarah yang baru kali pertama.
Tapi bila isi persembahan itu sendiri nampak kalut, dan dipersoalkan oleh beberapa penonton, maka semua itu harus diberi perhatian serius. Bukan takut pada penonton yang suka meletakkan standard. Tapi takut kita yang berpuas hati dengan standard itu.
Aku bukanlah pandai sangat. Aku pandai-pandai buat saja. Tanpa latar belakang ilmu teater yang formal, aku sama saja dengan pengarah ini atau orang lain. Tapi aku berpendapat, pengalaman masih boleh diambil kira.
Satu perkara yang paling aku nak tegaskan, bila nak buat sesuatu, sekurang-kurangnya mesti ada ilmu. Kalau nak pandu kereta, sekurang-kurangnya tahu cara menukar tayar bila pancit. Janganlah tahu bawa saja. Bila malapetaka menimpa, kita terpaksa mengharapkan orang lain menolong. Dan sudah tentu, seperti bawa kereta juga, kita tidak tahu semuanya tentang kereta kalau kereta itu rosak. Mekaniklah yang paling tahu. Maka merekalah yang patut kita rujuk kalau mahu membuat perjalanan jauh. Dan mereka jugalah yang akan kita minta tolong kalau kereta kira rosak.
Pementasan juga begitu. Pengarah ibarat pemandu kereta. Pelakon dan ahli produksi adalah penumpang. Kalau pengarah setakat tahu bawa kereta, maka bersiap sedialah dengan segala kemungkinan.

17 comments:
happening juga teater kat sana nooo... Baguslah macam tu. Buat teater tak dak ilmu tak pa asalkan lepas buat dia belajaq sesuatu.
nice comment...
Ayaq Hangat
Betoi tu bang, aku pun harap dia belajaq sesuatu.
Don
Tq.
takpa kawan2 ramai boleh tolong...
tolong memang leh tolong.. tapi sendiri kena tolong diri dulu.
aik entry cut and paste.
anak antu....
hang tolonglah dia tlg diri dia,ilmu hang penuh didada. hahahahaha
eeerrmmmm.....
malas nak kata apa.....
bukan boleh di tegoq pon............
Tegezoot
Kawan sapa? Sapa kawan?
Anak Antu Seni
Kalau tak mau ditolong?
Butaseni
Aik taip sendiri, tak la aku cut & paste dari web orang lain.
Jinggo
Tak boleh ka?
yaa..betoiiiiii...
kalut sangat nak pentaskan kalut kot
kalutlah hang neh hehe
x pa la,baru dia tau salah tang mana betoi tang mana..harap2 dia x berenti takat tu jala...mcm mana pon kita kena suport kawan2!!
Terima kasih atas tanda ingatan.
bangga dengan kegiatan seni teater di regional. kelapangan kiranya ke kuala lumpur, jempuut tonton teater ibu fauziah nawi terbaru. persembahan solo beliau
bila show degup jantungnya?
Artsoul
Apa yang betoi?
Art
Aku memang suka kalut.
Penjejak Badai
Kita support kawan-kawan. Kawan-kawan support kita ka?
Areyoung
Sama-sama kasih.
Ryann
Insyaallah
Penjejak badai
Sapa buat Degup Jantungnya?
saya setuju. meski kali pertama, harus telah ada persediaan.
Salam,
KALUT
desas-desus disebalik tirai sebenarnya banyak mempersoalkan tentang ilmu.
setuju dengan penulis bahwa, ilmu itu satu perkara yang sudah semestinya ada didada,
mana mungkin kita bisa melawan '*hantu' tanpa ilmu.
boleh kah kalau kita kata begitu?
zr
*hantu - meng'hantui'.
Post a Comment