Masa belajar dulu, aku pernah berniaga jual dan servis komputer. Bukan apa, cari pengalaman dan sedikit duit poket. Aku buat dengan kawan aku. Kalau jual satu set komputer, bolehlah untung RM 300 atau mungkin kurang. Adakala sampai RM 600 pun ada. Kalau servis, tak untung manapun. Format komputer RM 50. Tapi menyiksakan diri kalau kena sesetengahnya yang sistem BIOSnya berlainan. Kalau tukar barang bolehla untung RM20 macam tu. Selalunya untung kecil tapi tekanannya tu besar.
Ada ketika, akan diadakan semacam PC Fair di dalam kampus. Kampus aku memang jauh dari bandar, jadi PC Fair ini menjadi pilihan pelajar untuk mencari barang-barang yang murah. Satu booth untuk pelajar lebih kurang dalam RM200 untuk beberapa hari. Pelajar yang menjual komputer ni taklah ramai sangat, jadi jarang sekali jumlah jualan booth mencukupi. Jadi penganjur yang terdiri dari persatuan atau badan pelajar ini, menjemput vendor dari luar.
Masalah timbul bagi kami bila vendor dari luar dijemput. Ada kalanya vendor yang dijemput itu merupakan stokis kami sendiri. Jadi terpaksalah bersaing dengan stokis sendiri atau vendor yang menjual barang dengan harga yang jauh lebih murah.
Contohnya, kami menjual dakwat isian semula dengan harga RM 10.00. Sedangkan ada vendor yang menjual item yang sama dengan harga RM 9.00. Kenapa jadi begitu? Kerana pada ketika kami memborong item itu, harganya RM 9.50. Sedangkan vendor punya lebihan stok lama item itu yang boleh didapatkan dengan harga RM 7.00. Takkanlah kami nak jual pada harga belian? Begitulah juga nasib yang sama menimpa rakan-rakan niaga pelajar yang lain.
Kadangkala aku merasakan tidak adil menjemput vendor ini. Tapi, aku beranggapan, itulah rencah resam perniagaan. Kalau tak berani ambil risiko, jangan berniaga. Dan aku tak sukakan risiko, maka aku kerja makan gaji sekarang.
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
03 December 2008
Kisah Niaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
pasai apa hang tak usahasama dengan vendor tu.....
dah tentu boleh meniaga......
menduga minda sungguh cadangan jinggo di atas.
kami meniaga CD panas ja dari blok ke blok..
"CD PANAS!!!! CD PANAS!!!!"
macam jual nasi lemak panas
aku pun senasib dgn ang, makan gaji sebab takut risiko. tapi butaseni org yg berani tanggung risiko! caiyok!
JInggo
Usahasama apa? Aku ambik barang dari depa. Baik depa jual direct pada user, lagi untung daripada jual kat stokis macam aku.
lagi pun, aku mana tau depa pun masuk sekali jugak.
Art
nanti aku cerita pasal nasi lemak pula.
Tegezoot
Butaseni tak berniaga.
pi try jual ayam tengok
org kata.. x wat bisnes sendri susah nak maju
org kata.. keja mkn gaji bila nak maju
org kata.. wat bisnes sendri risiko tinggi dan kena berani
org kata.. keja mkn gaji senang hati sbb xyah pikir untung rugi
org kata.. tokey ker, kuli ker.. sama jer penin.. nak maintain ngan nak kena retrench..
aku kata.. hidup kita sendri.. lu org nak pepandai komen tapi sendri pn x jadi... lu pikir lah sendiri..
p/s; org ckp pandai, bila kita susah sume lari, bila kita senang org x penah wujud pn ngaku sedara sendri!!!
Anak Antu Seni
Ayam tu ayam betoi atau sebagai metafora?
Ahcock
Nilah komen hang yang paling bermakna setakat ni!
pernah juga meniaga ni... meniaga kek dan biskut-biskut raya buatan sendiri... hmmm... sekarang berminat juga, cuma tak tau bila nak buat... sekarang ni pun, sampai rumah dah peng... keskeskes... :p
Ahcock ROCKS
butaseni berniaga la!
Risiko tol...takut gak...!
tapi syukur sgt... sbb puteri bt bisnes..takyah nak bwa kuar modal..org beli je..trus dpt untung...
tegezoot,jom berniaga jom..
Biasalah adat meniaga.
Kalo tak untung, rugi, takpun, balik modal.
Yang penting minat dan usaha.
Er..satu lagi, modal.
buat ternak keli ka cacing ka dpn bsn..boleh eksport..
wah..=)
Sastri
Ya. Khabarnya biskut Sas memang menggemparkan dunia blogger ini. Harap satu hari boleh order.
Khalid Al-Walid
Ah cock jiwang la. Dia pakai V6 serba hitam, siap leather seat tapi layan lagu Scoin!
Tegezoot
Berniagaka? Aku tak tau. Hang lebih mengenali dia.
Puteri Cahaya
Bisnes pe tu? Pelik je bunyi.
Artsoul
Pasaipa hang ajak Tegezoot berniaga? Bukan Butaseni?
Deen
Adat tang rugi yang tak syok tu.
Penjejak Badai
Nak ternak pun kena sungguh-sungguh. Takat hangat-hangat taik ayam, kang mati la keli dengan cacing tu. Depan BSN?
Arnamee
Wah wah wah.....
Sekarang aku pun berniaga juga. Buat projek kecil-kecilan. Cabarannya bersaing dengan 'mereka-mereka' yang pakai kabel dan 'orang dalam'.
Argh! Rasa macam nak makan gaji balik!
aku berniaga kain tuala dulu.
Lumayan tapi kena hemoi.
Tau hemoi?
biarla hemoi dalam erti kata tunjuk kualiti kerja yang dilakukan...moga2 pahala pun dapat
pernah terlibat jual refill gak dulu masa belajar. sekarang kerja makan gaji rasa nak kerja sendiri lak tapi tu lah...sama takut risiko
BP
Aku makan gaji dengan hang la.
Mamu
Tau.
Khalid Al-Walid
Moga-moga.
Ryann
Refill canon atau epson?
ya tak ya jugak! pasaipa artsoul ajak aku berniaga? kenapa tak ajak butaseni? ??? ??? ???
Ana musykil lah!
sebab bila ajak hang dia bley guna hang utk gadai wat balachi.. kalau butaseni dia gadai... habeh la dia..haparaaaa... huhuhu
tegezoot..sbb hang kan anjang aku..
ah cock...pasaipa plak aku nak habeh???
ada org tak minat makan gaji..
tapi die terpaksa makan gaji jugak sbb ada mulut lain yang die nak kene beri makan.....
both. lama dulu
kalau nak niaga, dapat menjana, bukan itu saja boleh milik domain dan webhosting dengan hanya $10
http://www.perniagaaninternet.ws/r/shamri
Post a Comment