18 December 2008

Selamat Hari Lahir George Town

Tahukah kalian, hari lahir bandaraya George Town sebenarnya lebih tua berbanding negara Malaysia? (Malaysia dalam erti kata kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya, bukannya tarikh pembentukan Malaysia pada 1963). Lapan bulan lebih tua berbanding Malaysia kalau nak dikira secara kasar. Kerana George Town diwartakan sebagai sebuah bandar pada 1 Januari 1957 oleh Permaisuri England melalui wakilnya Pesuruhjaya Tinggi British.

Ingat! Diwartakan sebagai bandaraya, bukan merdeka. Dan baru-baru ini juga turut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia bersama-sama Melaka oleh UNESCO. Pelancarannya diadakan di Dataran Merdeka bulan lepas dan aku pasti tidak ramai di antara kalian yang menontonnya. Pasti. Kerana aku sendiri pun tidak akan menontonnya, kerana aku sendiri berada di sana.

Selamat hari lahir George Town. Nampaknya tidak ada peluang lagi namamu bertukar ke Tanjung Penaga kerana sudah digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Dan ada peluang juga namamu ditulis dalam bahasa Cina, India, dan Arab.

8 comments:

Fasyali Fadzly said...

eceh, ko bubuh nama aku dalam ruang selebriti. jgn camtu. hehe. aku tahap merangkak lagi ni..

nnt dtg la aku wat RACAU kat USM 26hb ni. kat penang ni aku buat..

Pegawai Khalwat said...

Ha, memang gerenti jumpa aku punya, dan beberapa blogger Penang yang lain.

jagoan said...

by the way,

saya menumpang bangga je sebab MALAYSIA.


.

Fasyali Fadzly said...

klu terserempak, dtg tegur. aku ni pemalu skek orangnye..

nnt leh bual panjang. klu ada masa la..

Aloy Paradoks said...

tu sebelah tu poster rekaan utama ye,,,

erm,,,ok gak...simple.
macam misteri jek benda dlm kelubung tu.

mcm mana la rupa alat yang mampu menghilangkan ingatan tu ye...

Ku Keng said...

Selamat Hari Lahir Georgetown.

Dulu dari Ibbetson Road, naik bas kuning ke Penang Road. Membeli baju di Cheng Lee dan Alapitchay. Makan di Dawood atau Hameedia. Berjalan lagi ke Esplanade makan laksa. Balik ke asrama melalui Dato Keramat, Kampong Makam dan singgah lagi di Kampong Baru untuk minum ABC. Kenangan di Georgetown zaman dulu.

Sudah begitu tua kamu Georgetown. Dan juga kurang tua sedikit saya ini.

Pegawai Khalwat said...

Ah Tok
Aku tumpang bangga.

Vitamin
Insyaallah. Masa tu ada. Kita yang kena bijak mengisinya.

Aloy/Nurul
Aku suka simple sebab nak fotostat senang.

Keng
Tuan, nama-mana jalan tu masih sama cuma 'road' dah jadi jalan.
Tapi rasanya tempat seperti Cheng Lee dan Alapitchay dah tak dikenali generasi sekarang.

Yang masih kekal dah masih enak adalah Hameedia (kini Hameediyah) di Campbell Street.

Direkomen nasi berianinya dengan kuah kari ayam atau daging, bagi yang baru nak mula belahar makan nasi kandar.

Bunga Rampai said...

Saya baru tahu! :(

Selamat Hari Lahir George Town.

Siapa agaknya yang namakan George Town - King George ke?

Salam :)