Aku sangat jarang membuat ulasan filem. Kerana filem bukanlah bidang aku. Aku menonton filem kerana aku suka menonton filem. Aku suka semua jenis filem asalkan tidak terlalu memperbodohkan penonton atau terlalu membosankan.
Dan aku antara manusia yang beruntung kerana telah menonton filem Talentime oleh Yasmin Ahmad di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia semalam. Inilah filem buah tangan terbaru beliau. 2 jam masa aku tidak terbuang sia-sia dan aku yakinkan pada kalian dan Yasmin, yang aku akan menonton sekali lagi filem ini bila keluar di pawagam 26 Mac ini.
(Awas : Mungkin ada spoiler di dalam entri di bawah).
Yasmin adalah Yasmin.
Talentime penuh dengan identiti Yasmin seperti mana sebelum-sebelum ini. Dari Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin (Muallaf aku tak tengok lagi), Yasmin bercerita tentang isu masyarakat Malaysia. Melayu, Cina, India. Selain daripada P.Ramlee dan Mamat Khalid, Yasminlah antara pengarah yang memperjuangkan cerita pelbagai bangsa di dalam filem-filem beliau.
Yasmin bijak bermain dengan emosi dan ketawa penonton. Tetapi mungkin perlu aku katakana, kebanyakan komedi yang beliau terapkan (walaupun memang aku sangat suka dengan komedi yang tidak slapstik ini), mungkin tidak dapat diterima audien yang biasa menonton filem Razak Mohaideen atau Senario.
Latar budaya yang Yasmin paparkan juga masih taboo yang belum sedia ditonton oleh kebanyakan masyarakat. Walaupun itulah realiti yang semakin terjadi pada ketika ini, seperti biasa budaya masyarakat kita yang pemalu lebih suka menyorokkan yang buruk itu, dan memaparkan budaya khayal seperti memakai gincu dan maskara di dalam rumah. Namun aku tetap suka dengan keikhlasan Yasmin (mungkin beliau membawa pengalaman hidup beliau) dalam memperkatakan sesuatu.
Lagu-lagu di dalam filem ini juga amat menyentuh dan menyegarkan. Tetapi, mungkin agak berat sebelah kerana lagu yang gembira dan mendayu dengan lirik yang puitis seolah sengaja diselarikan dengan jalan cerita. Memanglah sepatutnya begitu. Tapi sebagai acara talentime, aku tertunggu juga kalau-kalau ada mat black metal, hip hop atau grunge cuba membuat audition (agaknya pihak sekolah tak benarkan kot).
Walaupun Yasmin bermain dengan realiti, tetapi adakalanya mungkin sengaja ditimbulkan adegan yang agak antireal. Mungkin untuk audien mencari hubungkait dengan alam realiti (adegan bayi dan buih). Dan juga bagaimana grand piano yang berat nak mampus tu boleh berada di atas pentas yang pada mulanya kosong, pastinya dalam masa yang singkat kerana pertandingan itu berlangsung satu malam saja.
Tengoklah sendiri. Aku rekomen dengan kuat untuk kalian tengok. Tapi nilailajh sendiri kerana citarasa kita berbeza. Tapi kalau mahu menonton untuk hiburan, Talentime masih berbaloi ditonton. Filem ini juga bukan untuk bangsa Melayu saja, kerana dihasilkan 20 peratus dalam bahasa Tamil dan sedikit bahasa Cina.
Datang jangan tak datang! Mulalah menabung untuk membeli tiket!