04 March 2009

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


Anak Cina pasang lukah,

Lukah dipasang di Tanjung Jati,

Di dalam hati tidak ku lupa,

Sebagai rambut bersimpul mati,


Batang selasih permainan budak,

Daun selasih dimakan kuda,

Bercerai kasih talak tiada,

Beribu tahun kembali juga,


Burung merpati terbang seribu,

Hinggap seekor di tengah laman,

Hendak mati di hujung kuku,

Hendak berkubur di tapak tangan.


Kalau tuan mudik ke hulu,

Carikan saya bunga kemboja,

Kalau tuan mati dahulu,

Nantikan saya di pintu syorga
.

Betapa puitis dan indahnya bahasa jiwa lara orang dulu-dulu. Inilah ungkapan cinta orang kita dengan gaya Nusantara dan Asia. Moga keindahan ini tidak terus hilang ditelan asimilasi budaya yang bukan budaya kita.

18 comments:

artisticklytouch said...

percayalah chorpe, tak hilang lagi semua ni, aku baru dapat melalui sms...perggghhhh!!!!

abdullahjones said...

datang penang komtek,kata kamu tempoh hari. pakai isyarat asap kah? tanya hati saya.hahaha. kamu memang.

crunchyahcock said...

Sedih bila pikirkan balik, perasan atau tidak..... budaya, adat & tradisi semakin pudar pada masyarakat dewasa ini.... x kira apa bangsa.

blackpurple @ jowopinter said...

Memang berseni, berjiwa. Dan aku terbayang2 wajah Nordin Ahmad.

The Island of NAMOYAKI, said...

bersedialah menghadapi arus perubahan zaman,

yang masih ada yang tinggal dan masih terjaga, eloklah kita 'premium' kan,
supaya terjaga mutu dan keasliannya.

jangan bersedih hati,
bersedialah untuk menghadpi arus perubahan zaman,
jangan pula menentang arus,
boleh, bukan tak boleh,
kelak penat melawan arus,

jadi, kalau tak mahu penat,
eloklah kita 'premium' kan,

setuju?

:)

Butaseni@Wan Raja said...

kalau jowopinter terbayang nordin ahmad,aku terbayang si mega hebat! hahahahahaa

Anak Antu Seni said...

gurindam jiwa.. sedap bunyinya,

Sastri said...

memang indah... zaman sekarang ni susah nak cari ungkapan cinta sebegini... halus je ungkapannya...

Pegawai Khalwat said...

Art
Aku percaya Art!

AJ
Sebab pakai isyarat asaplah baru tuan AJ reply pelawaan aku sekarang ni. Maklumlah, adakala angin kuat, adakala hujan. Ha ha...

Ahcock
Hang memang.

BP
Aku ada clip lagu asal yang ni.

Zul Rahman
Sambutannya bagaimana?

Butaseni
Bukan hang terbayang Azad? Ha ha ha...

Anak Antu Seni
Walau hang anak antu tapi aku tau jiwa hang haluih....

Sastri
Kalau ada pun nanti di cop jiwang karat.

Aloy Paradoks said...

gua kalau dengar lagu ni boleh nangis ni..

ryann said...

indahnya gurindam. sesekali dengar...segarkan jiwa

kerisLekuk7 said...

berapa lama lagi....dapat dikekalkan,berapa ramai yang ingin tahu atau mengambil tahu.

artsoul said...

aku nak nyanyi lagu ni kat karoeke...

Melody M. said...

Semoga kau, aku dan kita semua mampu bertahan untuk memelihara warisan pusaka kita ni ya. :)

toron menoron said...

salam perkenalan bro

semoga kita dapat berdiskusi kearah semua benda yang kita nak jadi bagus...


hadir!

( kurang kefahaman sket la aku, leh elaborate sket, he he )

budak baru blajar

sila tunjuk ajar...

patungcendana said...

salam maulidur rasul....suka gurindam jiwa...:-)

m i n e r a l . . . said...

tuai padi antara masak,
esok jgn layu-layuan,
intai anak dara nk kena pasak,
jaga budi bahasa dan kemelayuan.

[hmpir tertulis, kemaluan jejejeej]

The Island of NAMOYAKI, said...

gurindam...

"Harta Yang Terpulang"
-zr

tunguuuu...