08 September 2009

Nasi Ulam

Kesempatan pulang ke kampung minggu lepas, mak buatkan aku nasi ulam. Sememangnya nasi ulam telah menjadi kegemaran aku tiap kali bulan puasa. Kata orang, bulan puasa ni kebanyakan ulam-ulaman akan menjadi penawar yang mujuarab. Yang pahit pun jadi kurang pahit.

Bukan tidak ada nasi ulam dijual di bazar Ramadan. Tapi kebanyakan yang aku beli, tidak ada rasa. Yang melekat dalam mulut cuma ulam-ulaman yang adakalanya dihiris tebal-tebal. Tiada rasa ikan masin, tiada rasa cabai, lengkuas, halia yang digiling yang aku rasa semuanya di 'blender'. Pendek kata 'tasteless'.

Jadi sesekali dapat nasi ulam yang enak, memang membuka selera. Nasi ulam di sesetengah tempat juga dikenali dengan nama nasi kerabu. Tetapi nasi kerabu ini tidak sama dengan nasi kerabu Pantai Timur. Dan adakalanya nasi ulam ini di makan dengan sayur keladi. Alah... macam asam pedas keladi tu.

Kalau dulu-dulu, arwah nenek aku pernah menceritakan, nasi ulam ini dibuat dengan 99 jenis daun. Daun sekentut, daun kaduk, daun limau, dan segala macam daun lagi yang memang aku tak kenal namanya. Sesetengah daun ini, memang tidak dijadikan ulaman seperti ulam raja, ulam pegaga dan sebagainya. Ia cuma digunakan eksklusif untuk nasi ulam ini di bulan puasa.

Rempahnya pula seeloknya digiling bagi mengekalkan tekstur dan rasa. Kalau dimesin, akan terlalu hancur, dan hilanglah tekstur itu. Ikan kering yang digunakan, kebiasaannya ikan kembung (sini panggil ikan termenung) atau ikan talang. Ini kerana isinya yang mudah hancur dan sebati dengan nasi yang akan digaul. Kalau ikan gelama, rasanya mungkin lain sedikit. Dan ikan kering ini lebih enak kalau dibakar berbanding digoreng, sebelum dihancurkan dan digaulkan bersama perencah yang lain.

10 tahun lagi, aku dah tak pasti mana nak dapatkan nasi ulam yang berbaloi di makan.

7 comments:

artisticklytouch said...

dulu to' njang aku rajin ar buat, la kami rajin beli ja...

cuba kita suh abg hamid buat, kena dengan gulai kawah batang pisang pergh!!!

Anak Antu Seni said...

Aku lebih rela makan nasi beriyani ayam, nasi kambing panggang atau nasi daging golek apa apa sahaja selain sayuran yang membosankan..

Super Nia Hana said...

obasa baru buat nasi ulam last week
watashi menagis okkkkkk
potong bahan2 dari pagi smpai petang

Pegawai Khalwat said...

Art
Molek cadangan tuan hamba.

Anak Antu Seni
Hang memang karnivor!

Super hana
Laa... orang buat sekerat hari saja, dia buat sampai sehari.

Anonymous said...

sedapnya...saya pun baru pekena nasi ulam masa balik umah mak cuti sekolah ari 2...

memang berbaloi!

shikin

Bunga Rampai said...

Baca pun dah rasa sedapnya.

Isy, rasanya nak kena belajarlah buat nasi ulam nih!

Salam :)

Anonymous said...

patut hang awet muda. bulan posa DEEN pun ada juai nasi ulam.