Bila Malaysia membina litar F1 Sepang, di tempat jin bertendang yang panas terik, aku sokong. Kerana aku melihat melalui duit rakyat inilah (sebahagian besar duit Petronas kot? Entah...) kita dapat memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Di dalam dunia yang serba digital ini, penjenamaan adalah satu perkara yang penting dalam menghadapi saingan global. Kalau tidak diusahkan bersungguh-sungguh, kita mungkin merangkak macam Timor-Leste (sekadar memberi contoh). Litar di Sepang juga dikatakan digemari oleh ramai pelumba dan paling 'teknikal' kerana ada ruang untuk memecut dan membelok.
Tapi bila Singapura pun buat litar F1 juga, aku kembali terfikir, kenapalah kita tidak kreatif seperti mereka. Singapura yang terhad tanahnya memilih litar jalan raya seperti Monaco dan Valencia serta laluan perlumbaan yang melawan arah jam, seperti di Turki dan Brazil. Tidak cukup dengan kedua kombinasi unik ini, Singapura memilih untuk mengadakan perlumbaan pada waktu malam! Maka aku ternganga. Kenapa kita tidak boleh berfikir di luar kotak seperti itu?
Dan kini berita terbaru, melalui Lotus, kerajaan Malaysia akan ada pasukan F1nya sendiri. Mungkin kerana perkataaan 1 pada F1 kot yang buat kita berminat untuk mempunyai pasukan sendiri. Perkara ini pula hadir pada ketika BMW-Sauber (yang turut ditaja oleh Petronas) dan Honda menarik diri dari F1.
Melihat dari sudut positif, kita dapat rasakan penyertaan ini akan mempercepatkan kemajuan di dalam bidang permotoran. Maklumlah, sejak Proton memiliki Lotus, lihat sajalah berapa banyak kereta Proton yang dah ada teknologi Lotus kan? Jadi mungkin tidak lama lagi kita akan dapat memasuki pasaran kereta mewah dan kereta sport setanding dengan BMW, Mercedes, Lexus, Ferrari dan McLaren.
Mungkin juga kita akan ada pelumba bertaraf dunia seperti Schumacher atau Senna. Maklumlah pelumba kereta dijalanraya kita apa kurangnya. Setakat drift atau drag tak ada masalah.
Negatifnya? Kalian bolehlah fikirkan sendiri. Benda tak elok ni mudah saja orang nak cari, tambahan kalau manusia itu tidak suka pada seseorang atau sesuatu.
Cuma mengikut prinsip ekonomi, setiap pelaburan perlu ada pulangan. Tidak kira sama ada pulangan yang menguntungkan atau sebaliknya. Harapnya bukan yang sebaliknya. Usaha itu ada, cuma harapnya berbaloi.
13 comments:
urgh! akal pembangkang aku terlalu tebal. aku suka idea ini tapi macam jelik dengan penggunaan 1Malaysia itu
jangan jadi macam KL Minardi dah...
selamat hari raya...maaf zahir batin...:-)
singapor siang jem,bub2 dia wat malam kot,ehek..abng usop,wet raya jgan lupa ya..k
Salam Tuan,
Semoga sempat mempergigihkan ibadah pada hari-hari sisa Ramadhan yang diberkati ini.
Selamat berbaju dan berkasut baru.
slamat hari raya, maaf zahir & batin
(",)
salam lebaran
lebih baik Malaysia beli Newcastle United..
Art
Persaingan ni antara pemilik jentera enjin. Yang lain mai menempek publisiti saja. KL Minardi ada buat apa?
Patungcendana
Selamat. Batin?
Abu Caskonaro
Mana hang tau Singapore jem siang? Sapa yang buta perut sangat nak buat race tak tutup jalan?
Ku Keng
Salam raya juga pada tuan.
Puteri Cahaya
Batin lagi?
Anak Antu Seni
Malaysia beli Newcastle United pun aku tak setuju. Lain la Subaidah ka pi beli.
???
Salam Aidilfitri Bro!
Maaf zahir dan batin.
Jangan lupa puasa enam :)
elok tukaq WFA dulu
salam kembali,
topik yang baik,
SEPANG F1 Circuit
pada tahun 90an, jikalau kita bertanya, dimana SEPANG? maka akan dijawablah apa PANG?
Kini, jikalau kita tanya SEPANG tu apa? maka akan dijawablah "oh, SEPANG itu tempat lumba kereta F1, International tau, terkenal di seluruh dunia...."
SEPANG DAN KAWAN-KAWAN SEPANG,
bukankah kita sekarang ini sudah mengenal atau tahu nama K.L.I.A, Pernah dengar nama DENGKIL sebelum ini? Dulu BANGI, Kini ada BANDAR Baru BANGI, pernah dengar nama BANDAR BARU SALAK TINGGI? bagaimana pula dengan LABU? O.k, Apa kata PUCHONG? atau lebih Matrix lagi, CYBERJAYA dan PUTRAJAYA?
maka dengan ini dititahkan akan kepada sekalian segenap lapisan yang mana pernah atau tahu dengan nama-nama yang tersebut demikian agar bangkitlah dari benak yang tidak mahu kembang walhal jikalau disiram air panas sekalipun akan lebih liat kedutnya daripada kembang seMANGKOK yang tidak degil dan boleh kembang!
SEPANG, KLIA, CYBERJAYA dan PUTRAJAYA,
hasilan daripada pemikiran yang LUAR BIASA melebihi dari segala kotak-kotak yang dipunyai oleh orang Singapura-LAH maka sekalian rakyat yang dulu hidup ditengah pekan KOBOI kini tampil dan bangun berkata, "saya tinggal di tepi PUTRAJAYA, saya tiap-tiap hari pergi ke CYBERJAYA,
dan tiap-tiap hari saya pergi hantar karipap ke KLIA.
SIAPA MEREKA
mereka adalah orang-orang biasa yang sudah berjaya, mereka hadir dari Kampung Razak Baginda di tepi Precint 14,
dari pekan kecil DENGKIL, dan berbagai-bagai kawasan yang sewaktu dengannya kini mereka bangga dan mampu membuka kedai-kedai makan, home stay dan nama kampung mereka ada didalam peta dunia F1-WORLD melebihi "MAWI World".
F1 SINGAPURA F1 Circuit
biasa, circuit F1 yang menguji 'maut' para pemandu, dan skill para pemandu, (Monaco telah membuktinya, tetapi Monaco pandai 1000x Juta x 20x Juta dari Singapura kerana Monaco Circuit adalah untuk 'ADVERTISEMENT', advert apa?
'Singapore F1 Circuit' BUKAN menguji KELAJUAN Aerodinamik Kereta F1, tetpi menguji SKILL pemandu,
Jadi F1 sebenarnya menguji KERETA atau PEMANDU?
Kita beli kereta atau pemandu?
atau
kita beli baju yang ada tulis nama Rick Sedondon atau FERRARI?
Singapore F1 Circuit bukan Out of Box, but it was just - OUT!
salam hormat,
maaf, lama tak tulis, baru keluar dari gua,
SOALAN:
1. kenapa orang-orang melayu tidak mahu mengaku akan kehebatan orang-orang melayu?
2. kenapa orang-orang Malaysia tidak mahu mengiktiraf akan kehebatan tempat-tempat di Malaysia?
sedikit FAKTA di No.2,
pernah dengar nama Sungai Sedim?
Sedim River adalah TOP 5 bagi sungai-sungai di DUNIA untuk aksi sukan ekstream 'White Water Rafting'. Fakta: ianya sudah tertulis di 'Kirkdorf-Haiming Austria' sebagai the most ruthless river in the world.
Sedim River, WORLD.
salam hormat
Post a Comment