10 November 2009

Dah Habis Berdusta

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 dah habis. Rasanya aku tak mungkin mementaskannya sekali lagi dalam masa yang terdekat.

Penat!

Penat dengan latihan dan juga persiapan yang bersakala besar (kalau mengikut tahap aku lah). Jadi lepas-lepas ni dah sampai masanya aku buat sesuatu yang lebih serius. Siri Monodrama Manusia Raja adalah projek percubaan yang aku sifatkan berjaya.

Lepas ini, aku akan fokus pada monodrama. Kurang penat, kurang pening. Dan aku pun boleh menghasilkan karya yang lebih serius. Dah tiba masanya audien yang datang untuk menonton teater arahan dan nukilan aku menerima wadah yang lebih berat.

Mungkin ada sesetengahnya aku akan komedikan, tapi masih dengan isu yang berat.

Tahun depan aku melihat kerja aku makin banyak, tanggung jawab pada keluarga pun perlu ditambahkan, maka inilah kaedah yang akan aku cuba pakai.

Untuk semua, nantikan Manusia Raja 2 pada Januari 2009 ini.

14 comments:

Bunga Rampai said...

Cukup bersemangat. Saya kagum.
Semoga berjaya.

Salam :)

Penjejak Badai said...

xjadi jaga

Aloy Paradoks said...

januari 2009? ermmm!

Malaysia Tanahairku said...

Tringat akan pesanan Rasulullah S.A.W kpd sahabat yg baru masuk Islam "Kau nak mncuri x pe asalkan jgn kau berdusta sudah"

renungkanlah....

Malaysia Tanahairku said...

Tringat akan pesanan Rasulullah S.A.W kpd sahabat yg baru masuk Islam "Kau nak mncuri x pe asalkan jgn kau berdusta sudah"

renungkanlah....

tegezoot said...

ang memang semakin berat pun!

Super Nia Hana said...

bila nak wat kt alor setar plak ekk???

artisticklytouch said...

aik, dah ada tempat ka?

Pegawai Khalwat said...

BR
Moga boleh bertemu lagi BR di KL.

Penjejak Badai
Awat pulak?

Aloy
Ermmm.... hang buat la satu mono. Leh je masuk terus kat sini.

Chegu Peace
Hadis sahih ke tu?

Tegezoot
Aku berat hati.

Super Hana
Dah boleh tengok ka? Dulu buat tak mai pun.

Art
Huih mana ada. Baca betoi-betoi.

Anak Antu Seni said...

Mesti jadi punya... kami ada !!

Unknown said...

Organizer baru dah ada? bz nih....good luck ye :)

Deana Amane said...

en PK jan 2009?

jan 2010 kan?

Malaysia Tanahairku said...

Eh ni Ustaz Ismail Kamus cakap dlm ceramahnya saya copy dan paste jela,btulla tu

The Island of NAMOYAKI, said...

Tahniah Tuan P.K,
segala perkongsian ilmu tuan melalui apa sahaja cara amatlah dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat,