Dulu (mungkin juga sekarang), beberapa kumpulan dikritik kerana tidak dapat memberi persembahan secara live, ada yang sekadar miming. Kumpulan-kumpulan ini kebanyakannya terdiri dari kumpulan vokal harmoni atau kumpulan yang berat dengan tarian. Kumpulan pop dan rock yang bergantung kepada vokalis utama, kurang dibebani isu ini.
Yang menarik perhatian aku, bila Britney Spears dikritik oleh pengkritik dan peminatnya sendiri kerana menyanyi secara miming di jelajah konsertnya yang terbaru di Australia. Dan ada seorang menteri mencadangkan, agar ada undang-undang khas yang menetapkan agar kalau konserti itu diisytiharkan sebagai live, maka semua lagu seharusnya dinyanyikan live.
Bayangkan kalian membayar beratus ringgit untuk mendapatkan tiket masuk, tetapi disajikan dengan nyanyian miming. Yang hebat cuma tariannya saja. Apakah ada kes sebegitu di negara kita ini?
2 comments:
Satu-satunya penyanyi di Malaysia yg scara mime tapi nmpak realistik, masih dpt ddidengar iaitu Datuk A.Rahman Hassan dan Orkes Nirwana.
hehehe..dia mmg menyanyi live kureng skit..tmbh2 lgi penat tour..Celine Dion yg mantap pon kadang2 mime jugak. :)
Post a Comment