30 December 2009

Kontrak Sosial

Sebut kontrak sosial, semua orang pernah dengar. Tapi tak semua orang tahu. Kontrak Sosial adalah peristiwa yang melibatkan persetujuan antara kaum Melayu dengan bukan Melayu dalam perundingan antara kaum untuk mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.

Isi utamanya,
1. Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan selamat.
2. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa urusan rasmi kerajaan, tetapi bahasa-bahasa kaum lain boleh digunakan (kecuali untuk urusan rasmi kerajaan), dipelajari, diajarkan, dan dipelihara
3. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu (dan penduduk peribumi Sabah & Sarawak) dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, ekonomi dan perniagaan, dan hak Melayu terhadap tanah Rizab.

Itulah yang isi kontrak sosial secara ringkasnya, serta boleh dihuraikan dengan lebih lanjut dan tidak diketahui ramai secara jelas.

Tetapi, ramai lagi tidak mengetahui bahawa kontrak sosial berkembang lebih awal di Eropah pada awal kurun ke -17. Konsep ini sebenarnya dipelopori oleh Jean-Jacques Rosseau melalui bukunya Du Contract Social (1762). Beliau mengemukakan bahawa manusia lahir bebas tetapi di mana-mana sahaja mereka dibelengu oleh pelbagai peraturan sosial seperti agama, undang-undang, peraturan, antara manusia atau rakyat dengan kerajaan atau raja. Kebanyakannya terpaksa diikuti demi kebaikan bersama.

Selepas Rosseau, maka wujudlah ahli falsafah sosial yang membincangkan falsafah ini termasuklah John Locke dan John Steward Mill.

Maka, persoalannya.

Dalam temuduga mencari pegawai di dalam bidang seni dan budaya, apakah relevan soalan seperti ini ditanyakan.

"Kamu pernah dengan kontrak sosial? Boleh kamu ceritakan sedikit tentang kontrak sosial?"

6 comments:

Chegu Peace said...

Interbiu Pegawai Kebudayaan ada tak soalan lagu ni?

The Island of NAMOYAKI, said...

dia nak suruh buat 'skrip' pasai kawin kontrak kot sebenarnya? :)

aik, kontrak sosial bukan ada 4, apa dia lagi 1 tu, apa namaa...


p.s:
my 2 cents

KC said...

Interviewer tu nak impress interviewee yang dia pandai sejarah Malaysia dan nampak macam pegawai kerajaan yang best.

Chegu Peace said...

patutla jadi pegawai khalwat

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk

Pegawai Khalwat said...

Chegu Peace
Ntah.

Namoyaki
Yang ni intipati dia. Bukan pernyataan.

KC
Itu yang betul!

Chegu Peace
Hang paham ka tak ni?

Umar
Iklan kena bayar tau.