12 May 2010

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Ketujuh

Sepertimana yang diketahui, tahun ini tidak ada festival teater Malaysia peringkat kebangsaan, yang ada cuma manifestasi teater. 6 kumpulan terbaik NGO/IPT telah dipilih daripada semua johan peringkat negeri. Jadi tidak adalah kumpulan yang dapat mendabik dada kerana menang festival teater dan diiktiraf terbaik diantara terbaik.

Aku tak kisahpun siapa yang baik atau tidak. Kerana setiap pementasan itu pasti ada yang kurang dan lebih. Tertakluk kepada penonton yang datang, mereka akan melihat naskhah yang dipentaskan dengan rasa yang berbeza. Cuma aku dan rakan-rakan akan cuba memuaskan hati semua audien yang datang dengan mempasemborkan cerita yang kami bawa. Datanglah siapa saja, dengan tahap pendidikan yang bagaimanapun, cerita ini akan dapat difahami mengikut lapis-lapis yang berbeza.

Jadi bagi persediaan yang seterusnya, sebelum persembahan di Panggung Bandaraya DBKL pada 16 & 17 Oktober 2010, maka aku akan memulakan latihan yang seterusnya. Kalian akan dapat melihat proses ini berterusan di sini, dan boleh memberi komen atau pendapat tentang apa saja.

Kali ini aku akan mulakan dengan pemantapan watak. Kekurangan paling utama adalah pada perkembangan watak. Bantulah aku yang naif dan daif seni ini.

4 comments:

Fasyali Fadzly said...

langkah pertama, mulakan dengan 5W1H (what, when, where, why, who, how)

kenali setiap adegan dan watak yg terlibat.

what
apa yang berlaku sebenarnya dalam adegan itu. katakan watak berjalan tiba-tiba terserempak dengan Pak Haji. itu adalah APA yang berlaku..

when
bila kejadian itu berlaku. kejadian watak terserempak dengan pak haji itu berlaku. siang atau malam, atau baru lepas berak atau lepas makan atau tgh hisap rokok atau musim sejuk, musim banjir dan sebagainya. setiap masa yang dilalui oleh watak akan mengakibatkan penerimaan terhadap apa yang berlaku berbeza.

where
di mana ianya berlaku. ia juga dapat menguatkan karektor itu. di mana watak terserempak Pak Haji. di suraukah, di Disco kah, di convention centre kah. itu juga akan dapat menjelaskan karektor.

why
kenapa adegan itu terjadi. kenapa watak boleh terserempak dengan Pak Haji. boleh jadi, watak baru balik mengaji. watak tak sempat cabut lari dari mencuri di kebun Pak Haji, terserempak di kedai runcit Mak Cik Melah. atau sebagainya. kena cipta WHY ini walau ianya tiada dalam skrip..

who
ini yang paling penting sekali. siapa watak ini? watak ini lelaki atau perempuan. tua atau muda. sekolah di mana masa umur14 tahun. suka makan apa. suka warna apa. suka no berapa. untuk menulis mengenal pasti WHO ini, boleh ditulis seperti biodata. tulis seolah-olah kita menulis biodata untuk rakan kita paling rapat.. tulis sampai dah tak tahu nak tulis apa. kalau org tanya siapa watak, dengan petik jari sahaja dah dapat jawapan.

how
jadi dah ada dalam situasi/adegan itu, bagaimana/HOW watak meng'handle' situasi tersebut. cara handling watak juga berbeza jika kita ubah biodata watak. watak yang suka warna merah tak kan sama cara handle adegan dengan watak yang suka warna kuning. watak yg suka makan nasi ayam takkan sama cara mengatasai masalah dengan watak yang suka makan nasi goreng kampung pedas. semua ini perlu dijelaskan.

akhir sekali, faham watak seolah-olah dia betul-betul wujud sebagai manusia. seolah-olah dia kawan kita yang paling rapat. kemudian kita pakaikan watak itu pada kita. dan terakhir kita kena percaya dengan watak. kalau kita tak percaya dengan watak, orang lagi la tak akan percaya.

setakat ini, itu sahaja yang aku mampu kongsikan. hehe. banyak lagi yang boleh dikongsikan. tapi, sikit2 dulu la bro eh.. hehehe

Pegawai Khalwat said...

Aku rasa, hang patut mula bagitau macam mana nak atasi kemalasan buat research dan homework.

He he he.....

Fasyali Fadzly said...

haha... malas itu aku tak boleh bantu. itu dalam hati sendiri.

benda ni kau tak perlu tulis pun tak apa, janji benda tu ada dalam hati kau. bila ditanya, dengan sekali etik je dah boleh jawab macam air..bila buat, boleh kuar macam tu je.

yang penting faham dengan apa yang kau buat. kalau kau tak faham audien pun tak faham

Anonymous said...

assalamualaikum...

bg saya, yg penting nawaitu. br sampai apa yg cuba disampaikan. itu apa yg saya blajar dari team en usop dlu la. sebab dgn nawaitu yg elok nk bg mesej yg terbaik pd audien misalnya, rasanya rasa mls pun bley mcm x pernah wujud.

agaknya la...

rindu ar ngan geng teater penang. ntah bla bley kesana balik. doakan la secepat mungkin.. kalau masih ada yg sudi nk menerima pacal yg hina ini.

shikin