22 June 2010

Orang Kita Malas Membaca

Itulah yang paling sinonim dengan orang kita, dari dulu hingga kini. Katanya orang kita cuma membaca dua buah buku saja setahun. Mungkin jumlah itu dah meningkat, tapi berapa banyak? Dua setengah? Tiga suku?

Tak bolehlah kalau nak menyalahkan orang kita dengan begitu saja. Kerana aku rasa sifat ini diwarisi hasil daripada dua senario.

Senario 1
Dari dulu lagi masyarakat kita kaya dengan budaya lisan. Penglipurlara seperti tok selampit, awang batil menghiburkan masyarakat melalui cerita lisan. Kemudian kalau cerita turun temurun pun diturunkan secara lisan, sama ada salasilah keluarga, cerita rakyat dan sebagainya. Mana ada cerita yang diturunkan secara bertulis. Mungkin itu salah satu sebabnya.

Senario 2
Selepas kedatangan aksara jawi, orang kita sebenarnya telah kaya dengan ilmu kesusasteraan dan penulisan. Mungkin budaya membaca pada waktu itu masih tidak meluas. Kalau ada pun mungkin membaca kitab suci Al-Quran atau kitab-kitab lama seperti Kitab Kuning dan Tajul Muluk. Aku melihat, kalau keadaan ini berterusan, kita sekarang sudahpun ada budaya membaca pada masa kini. Tetapi bila penjajah British datang, mereka inilah yang merencatkan kembara ilmu orang kita. Pada awal kedatangan British, Stamford Raffles sendiri dikatakan terpaksa belajar Jawi untuk berurusans secara rasmi dengan institusi di Raja. Tapi sebelah campur tangan mereka dan bermulanya sistem Residen, orang kita terpaksa mula belajar kembali bahasa Roman atau Rumi. Gangguan ritma ini telah merosakkan minat membaca orang kita.

Kalau kalian ada telahan lain, mungkin kalian boleh beri komentar.

6 comments:

jinggo said...

British memang telah merosakkan pemikiran org melayu.....
idialogi dari orang igeris lah yang banyak kita guna sampai kita terlupa siapa kita....
oleh yang demikian england kena kalah dalam world cup....

P/s.. Jangan marah haaa tuan tanah.

ezanyelias said...

orang melayu malas membaca tetapi suka mendengar. sebab tu selalu kena tipu.

jinggo said...

yang tu betoi.....
aku sokong.....

artisticklytouch said...

Oooo org kita tu, orang Melayu? Sebenarnya pada aku kegemaran membaca tidak terletak pada bangsa tapi lebih pada budaya Dan pengaruh persekitaran.

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Aku tak tengok World Cup.

Ezanyelias
Yeah.

Art
Itulah maksud entri aku.

KC | The Minimalist Guy said...

Saya ingatkan org kita tu org yg ada panggilan manja macam 'Mamu', Nana','Mami'....

Anyway dua sen saya rasa sebab rega buku mahai...

Pi daftar public library, pilihan pulak tak banyak dan buku menarik takleh pinjam bawak balik...

Ape da..so much so for membaca amalan mulia punya slogan..

Puiyt...