29 March 2012

Pasca Manusia Raja Redux

Manusia Raja Redux telah berlalu. Pementasan selama 1 jam 45 minit tu akhirnya tamat juga. Kami menerima pelbagai komen, pandangan dan kritikan, yang kami terima dengan hati yang terbuka. Tetapi di antara semua komen-komen yang kami terima, yang paling mengesankan ialah kurangnya energy (tenaga) dan tidak cukup stamina.

Aku harus mengakui selama aku berteater, dan juga rakan-rakan yang lain, kami kurang bersenam. kalau ada pun, setakat memanas dan meregangkan badan. Mungkin juga kerana bukan dari latar belakang akademik teater, kami tidak tahu kepentingan bersenam. Memanaskan badan pun sebab dah diamalkan turun-temurun dan ada juga yang dibawa balik dari bengkel-bengkel teater.

Biasanya tenaga (energy) yang dipancarkan oleh pelakon pada pementasan sebelum ini, datang dari dalam diri mereka. Susah nak diterangkan di sini. Apa-apa pun, layan imejan dulu.

Intro - ini baru satu permulaan.

Komunikasi + 1
Manusia Raja Redux memang melelahkan. Kerana mengarahkan 6 monodrama dan 2 drama gerak, seolah-olah mengarahkan 8 produksi yang berbeza. Setiap satu karakter membawa kisah yang berbeza lantas menyebabkan keperluan yang berbeza. Keperluan-keperluan inilah yang menyebabkan aku terpaksa membahagikan otak aku kepada beberapa bahagian pada satu-satu masa. Tambahan pula, MRR kali ini berbeza dengan 4 siri Manusia Raja yang sebelumnya, kerana aku mewujudkan elemen korus agar audien tidak terputus fokus sepanjang penceritaan.

Dalang Songsang

Artisan Marhaenis

Syukur kerana aku merasakan audien pada ketiga-tiga malam (walau jumlahnya tidaklah ramai), dapat mengikuti setiap cerita dari awal hingga akhir. Tidak mudah mengikat audien selama 1 jam 45 minit, tambahan lagi mereka punya hak untuk keluar bila-bila masa (ada satu kumpulan yang keluar awal pun kerana pengangkutan mereka dah sampai).


Mimpi Manis

Variasi Daun-daun Berguguran
Tambahan lagi, kebanyakan naskhah monodrama ini bersifat cakap, cakap, dan cakap. Dan tidak mudah nak mengekalkan minat audien kecuali mereka ini berbakat menjadi ahli politik. Juga, sebahagian naskhah ini  menggunakan bahasa yang bombastik, ada yang banyak metafora dan ada juga yang mencuit dengan ringan. Kecuali satu naskhah iaitu Jebat - Rahsia Kesumat yang banyak bermain ruang dan fizikal badan (itupun ia menggunakan kronologi terbalik), yang lain-lain kebanyakannya bergantung kepada kemampuan pelakon menarik audien melalui kata-kata.

Jebat - Rahsia Kesumat

Selamat Datang Kapitalis
Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada pelakon yang berusaha besungguh-sungguh menjayakan pementasan ini di ketika ada yang terlibat dengan dua pementasan lain. Maka aku tahu itulah antara sebab mereka tidak dapat memberikan penghayatan 110%. Bergiat sukarela macam ni, aku faham kekangan sebegini. Aku cuma mengharapkan karya aku diterima dan pengarahan aku difahami oleh audien yang datang. Kerana bagi aku, teater ini komunikasi. Kalau aku tidak dapat berkomunikasi dengan audien dengan cara membuatkan mereka faham (tidak kiralah lapisan pertama, kedua atau ketiga), maka aku gagal.

Aku Bukan Parewa

Artisan Marhaenis
Aku berharap dapat berkarya lagi, dan mementaskan sesuatu lagi. Buat masa ini aku ada dua idea untuk naskhah baru, tetapi tertangguh kerana banyak urusan lain yang patut aku utamakan. Tengoklah kalau ada ruang senggang dan kiranya naskhah ini menjadi escapism aku, maka akan muncullah yang terbaru. Itupun kalau ada yang sudi menanti.

Para pelakon Manusia Raja Redux

Terima kasih kepada yang hadir, kepada yang menunggu untuk memberikan komen dan kritikan, kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

3 comments:

Anonymous said...

stamina sgt penting utk persembahan monolog (dan bukan monolog pun) kerana kita bercakap dua kali lebih daripada realiti. Mana nak tenaga keluarkan vokal lagi, nak lawan nervous lagi, jadi kalau stamina tak ada sedangkan energy perlu produce juga utk support sistem badan, akhirnya akan nampak sangat kelemahan itu walaupun kita cuba sedaya-upaya nak cover. Memang takkan boleh cover punya. Kesannya adalah mengah, suara makin tenggelam. Semakin kita nak lawan maka energy dibakar semakin banyak sedangkan energy itu sudah tak ada, maka terpaksa push daripada sistem badan dari mana-mana entah. Kalau boleh kawal, namanya pancit. Kalau tak boleh kawal, pengsan. :)

Stamina datang daripada disiplin fizikal yg konsisten. Warm up jgn pada hari show saja, ia mesti bermula dari latihan. Malah ada pelakon yg saya kenal, walaupun dia tak ada show, dia tetap buat rutin warm-up, jadi consistency dia membuatkan dia seorang pelakon yg bagus walaupun persembahan teater itu gagal. So PELAKON dan PERSEMBAHAN ada measurement yang tersendiri.

Tips sharing drpd seseorang yg tak datang pun tengok show ini hehe ...

DAN kepada kumpulan penonton yang balik awal tu, lain kali tunggu sajalah. Pengangkutan dah ada tak payahlah balik awal ... (Saya faham sangat perasaan performer yg melihat orang keluar panggung ramai2 depan mata).

Anonymous said...

astaghfirullah, sebenarnya nak ucap tahniahhh ... itulah banyak sangat membebelnya ...

tahniah semua dan teruskan berkarya.

Pegawai Khalwat said...

Lenny
Terima kasih Lenny. Ini juga benda baru bagi saya. Selama ini kami cuma warmup dan stretching tiap kali sebelum latihan dan sebelum show saja. Stamina ni bergantung kepada stamina sedia ada para pelakon.

Alhamdulillah, tips yang diterima sangat membantu dan akan saya cuba terapkan.

Errr... pengarah kena ada stamina jugak tak?